0196 QES : FASA AKUMULASIVolatility : Sederhana
Trend : Uptrend
Ruang pelaburan sebelum breakout : 23%
Volume tertinggi pernah dicapai : 87.56 juta
Harga Tertinggi 30 Hari : 0.590
Harga Terendah 30 Hari : 0.455
Ditutup pada 0.510 pada 1 aPRIL. Buy rate sekitar 65%.
Berdasrkan analisis FA. Kelihatan prestasi syarikat beradaa pada paras agak baik.
Analisis TA menunjukkan QES berada fasa akumulasi. Terdapat signal kenaikan pada TF 1H dan 4H.
Support kuat yang dapat dikenalpasti pada 0.450 dan 0.350. Jika tidak yakin CL selepas melepasi kotak akumulasi.
Sila buat analisis sendiri sebelum membeli apa-apa saham. Ini sekadar analisis dan pandangan peribadi.
Semoga berjaya
QES
QES (Berjaya Bangkit)Sektor:
- Automation, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment, Semiconductors, ATE.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan QES meningkat QoQ dan YoY namun dari sudut trend, keuntungan QES kelihatan bergerak mendatar atau sideways. Hasil (revenue) pula menurun QoQ sebanyak -2.04% dan YoY sebanyak -3.81%.
- Dari sudut Teknikal, QES berjaya BDTL dan dilihat rebound di atas MA 50 dan Fibo 0.5.
- Rebound di atas Fibo 0.5 ini menunjukkan kekuatan uptrend bagi QES adalah sederhana.
- MACD juga hampir cross up di atas paras 0 menunjukkan QES masih uptrend dan hampir keluarnya signal buy.
- Indikator MCDX Smart Money juga menunjukkan jerung atau operator sedang menolak harga naik lebih tinggi.
Nota kaki:
* QoQ = Quater over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* BDTL = Break DownTrend Line.
* Rebound = Harga melantun naik keatas.
* Cross up = Line MACD (biru) melintas ke atas line signal (merah).
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
QES Ada Pennant Yang Perlu Di PecahkanQES sedang berehat setelah membuat lonjakan ke aras tertinggi sepanjang hayat. Kini QES membentuk corak pennant. Adakah pecah ke atas atau bocor ke bawah. Jika pecah ke atas secara teorinya QES akan kembali menguji aras tertinggi sepanjang hayat iaitu di aras 0.665. Jika diletakkan indicator Bollinger Band (BB), aras middle BB adalah di 0.550. Jadi secara teorinya jika QES berjaya melepasi aras 0.550 dan berjaya mempertahankan aras 0.550, potensi untuk memecahkan corak pennant dan kembali menguji aras tertinggi sepanjang hayat nampak cerah. (Sekadar kajian, teori dan pembelajara).
0196 QES : POTENSI ABC?QES telah selesai melakukan retracement di sekitar Fibo Retracement 0.50.
Volume yang ada pada 1 Mac menunjukkan masih ada minat pelabur terhadap saham ini.
Potensi untuk melengkapi Pattern ABCD jika mampu melepasi RM0.665.
Bagi pelabur yang berani, ini masa yang sesuai untuk 'ride the trend'.
Jika anda pelabur baru/beginner, disarankan untuk masuk setelah harga QES melepasi RM0.665
Daripada segi volatility, QES menunjukkan kadar volatility yang agak tinggi.
Jika anda membeli stock ini, disarankan untuk pantau selalu kerana kadar volatility yang agak tinggi.
Target peribadi sy pada sekitar RM 0.770.
Support di RM0.445, RM0.405 dan 0.370 (support kuat).
Semoga berhasil memperoleh untung daripada stock ini.
QES nak sambung ke? sideway sikit ke ?atau pullback sikit ?Minggu lepas agak meriah QES ini naik. Jumaat 5 Feb sepertibiasa berlaku profit taking oleh retailer.
Dijangka akan berlaku sideway/ding dong pada paras 0.495-0.46
Mengikut analisa Apps smartrobie , robot tu kata boleh cuba entry pada paras breakout 0.55/0.565 atau tunggu pullback / retrace pada 0.425/420 dimana ia akan sentuh awan atas Ichimoku.
Utk yg masih hold, adakah anda sanggup bertahan jika ia retrace ke 0.425 ? ia bakal menguji emosi anda...
Ini hanyalah kajian sahaja, tiada siapa tahu apa bakal berlaku seterusnya. Namun anda mampu mengawalnya jika ada perancangan trading plan. Jangan yg dikejar tak dapat digendong keciciran.
Ini sebagai analisa pembelajaran dan bukan buy call. Kalau tak nnti kena saman berjuta-juta.
UPDATE: QESMasih mempunyai momentum. Minggu lepas QES membuat cubaan untuk breakout dengan volume tertinggi sepanjang kariernya di Bursa. Market kurang cantik sejak dua menjak ni. Masih lagi dalam long term plan. cubaan untuk swing. Bagi yang belum masuk boleh cuba untuk buy on breakout nanti.
Kajian sebelum:
QES : Retracement Pada Segi Tiga1. Kaunter ini jelas dalam keadaan uptrend kerana berada atas MA200.
2. Harga sekarang sedang dalam fasa retracement dalam bentuk triangle.
3. Indikator RSI berada dalam lingkungan area 50%. Ini menunjukkan masih ada momentum untuk sambung kenaikan.
4. Boleh entry jika pecah/breakout triangle dan target price pada resistance sebelum ini.
QES (0196) : Petanda nak breakout?Boleh pantau pada 2 Dis 2020.
1. Volume minat belian mula kelihat pada 1 Dis 2020.
2. Keluar dari corak segitiga pada 26 Nov 2020.
3. Stochastic lebih 50.
4. MACD telah melantun 2 hari lalu dari oversold.
5. Rintangan perlu dipecah untuk keluar dari sideway : 0.325 menuju 0.335
6. Lantai terdekat: 0.300
#tujuan untuk pembelajaran
SM TENGAH KUTIP SAHAM QES KE?QES adalah antara salah satu saham yang menunjukkan uptrend sejak selepas kejatuhan dari fasa Perintah Kawalan Pergerakan.
1) QES juga sebelum ini telah melonjak tinggi melebihi paras rintangan all time high dan membuat pullback semula.
2) Namun, jika diperhatikan QES masih membuat HH dan HL, dengan kata lain masih uptrend.
3) Minat belian masih ada kerana jumlah jualan semakin berkurangan. Ada kemungkinan geng SM sedang mengutip saham QES.
4) Paras sokongan masih di bawah dalam harga 0.28
Pada pendapat saya, pada pedagang perlu melihat dulu carta QES untuk satu dua hari ini. Jika lilin reversal keluar, bersiap sedia dengan peluru anda untuk masuk dan menuju kenaikan
QES GROUP BHD (0196) - MONITOR FOR BREAKOUT (28/07/2020 @ 10:40)QES GROUP BHD (0196)
Sektor: Industrial Products
Total Share Issue: 758,308,000
Public Float %: 33.87%
Syariah: YES
QES ditubuhkan pada Oktober 1991. Pakar dalam pembuatan, pengedaran dan penyediaan perkhidmatan kejuruteraan untuk pemeriksaan, ujian, pengukuran, peralatan pengendalian analitik dan automatik. Kumpulan syarikat QES sejak itu telah berkembang menjadi penyedia penyelesaian bersepadu terkemuka dengan kemampuan pembuatan. Kumpulan mempunyai 2 bahagian perniagaan teras; Bahagian Pengedaran dan Bahagian Pembuatan.
Harga sudah melapasi halangan keras sebelum ini iaitu pada paras 0.250. Halangan terdekat buat masa ini ialah 0.260.... boleh monitor untuk breakout players. Sila rujuk carta untuk TP levels.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia
QES Telahpun Berjaya Memecahkan Aras 52 Minggu TertinggiQES berjaya memecahkan aras 52 minggu tertinggi (52 weeks high) di 0.250. Seterusnya, QES dalam cubaan untuk mencari aras tertinggi sepanjang hayat (all time high) di 0.380. Jadi kita boleh set target price untuk peraman panjang QES di 0.380. Cuma QES ini kalau nak beli, kena banyak bersabar sebab pergerakan dia perlahan cuma yang penting bergerak ke atas. Untuk rekod dan makluman, harga ketika QES dilahirkan adalah di 0.245. Jadi hari ini memecahkan harga lahir juga. Sama-sama kita sediakan trading plan dan perhati rapat ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).