naimmp98

QES (Berjaya Bangkit)

MYX:QES   QES GROUP BERHAD
Sektor:
- Automation, Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipment, Semiconductors, ATE.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan QES meningkat QoQ dan YoY namun dari sudut trend, keuntungan QES kelihatan bergerak mendatar atau sideways. Hasil (revenue) pula menurun QoQ sebanyak -2.04% dan YoY sebanyak -3.81%.
- Dari sudut Teknikal, QES berjaya BDTL dan dilihat rebound di atas MA 50 dan Fibo 0.5.
- Rebound di atas Fibo 0.5 ini menunjukkan kekuatan uptrend bagi QES adalah sederhana.
- MACD juga hampir cross up di atas paras 0 menunjukkan QES masih uptrend dan hampir keluarnya signal buy.
- Indikator MCDX Smart Money juga menunjukkan jerung atau operator sedang menolak harga naik lebih tinggi.

Nota kaki:
* QoQ = Quater over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* BDTL = Break DownTrend Line.
* Rebound = Harga melantun naik keatas.
* Cross up = Line MACD (biru) melintas ke atas line signal (merah).

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.