27-JAN-2020: INTEL sila perhatikan adakah ianya nk bagi discountAssalamualaikum & Salam sejahtera
Sedikit pandangan terhadap stock Intel
Stock ini telah mengalami kenaikan sebelum earning dan telah meningkat secara mendadak apabila earning diumumkan sangan memberangsangkan.
All time high yang ditandakan adalah harga yang telah dicapai pada tahun 2000 (75.69) dan kalau mengikut perkembangan semasa ianya tidak mustahil untuk dicapai...
Perancangan,
1. Saya tidak menggalakkan untuk SELL sebab tiada syarikat yang nak rugi ya... mereka akan cuba push nilai syarikat mereka ke tahap tertinggi...
2. Sekiranya harga jatuh, kita hanya menunggu peluang kerana market tengah memberikan discount... jangan kejar harga ya...
3. So seperti yang kita lihat saya hanya akan memasuki pasaran apabila harga mececah pada anak panah yang saya tandakan sahaja (harap boleh sampai)
4. Perhatikan reaksi harga di kawasan anak panah 1, Gap dan anak panah 2 dimana kita akan tunggu CRS yang terbentuk di kawasan tersebut.
5. Sasaran harga kita adalah 75.69 (ATH)
So hari ni nak masuk ka tak? Sabar ya rakan2 Isnin ni kita pantau dulu pergerakan dan jangan gopoh sangat.
Semoga bermanafaat.
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Sahamglobal
9-JAN-2020 : INTEL nampak menarikPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
terdapat potensi untuk entry di kaunter ini,
uptrend
membentuk HL
pada paras support
rebound MA / TL / SNR
sila perhatikan dan boleh masukkan dalam Watchlist masing2
masih perlu diingat esok adalah jumaat dimana data NFP akan dikeluarkan dan mungkin boleh mempengaruhi harga
like/ share / dan follow saya untuk update yang menarik
boleh follow juga di FB GROUP :- BOKOJOZ TRADING IDEA
8-JAN-2020: TEVA, potensi bentuk struktur baruAssalamualaikum & salam sejahtera,
KAJIAN ini adalah berdasarkan teknikal semata-mata dan tidak mengambil kira prestasi kewangan dan potensi syarikat. Ianya boleh dijadikan latihan dan rujukan bagi yang berminat.
Sekadar untuk pembelajaran, stock ini
1. Memecahkan trendline
2. Struktur pergerakan harga LL
3. Memecahkan support terdekat
4. MA bersilang ke bawah
Boleh perhatikan reaksi... Secara keseluruhan keadaan semasa ini nampak seerti menurun, kita boleh mencuba untuk PO sell di SBR
5-JAN-2020: STARBUCK seperti ada potensi mendakiPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Secara teknikal kaunter ini NASDAQ:SBUX berada dalam fasa mendaki.
RSI dan MACD juga dalam zon uptrend
Sila perhatikan potensi-potensi yang ada...
Namun sila berhati-hati dengan sentimen semasa dimana ketegangan diantara IRAN-US mungkin akan mempengaruhi pergerakan saham US pada pembukaan market esok. Pantau pergerakan harga dan elakkan diri dari membeli atas dasar news.
Ikhlas
Irwan