Cari dalam idea untuk "APPLE"
Harga Saham Apple melibas tiga gagak hitam!Walaupun pada carta harian saham Apple menunjukkan pergerakan jatuh yang drastik minggu ini, kelihatan saat-saat akhir sesi dagangan pada carta jam menunjukkan bentuk tiga askar putih, diikuti bentuk tiga gagak hitam yang kecil dan dilibas satu bentuk marubozu. Bentuk carta kecil ini mempunyai kebarangkali untuk membuat lantunan harga yang tinggi melebihi kemungkinan 70%.
Julat X ke X Apple dan Earning Gap!Setelah pengumuman berita earning selepas pasaran saham ditutup semalam (AMC), syarikat Apple Inc. mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sekaligus membentuk gap pada sesi pembukaan market hari ini. Jika dianalisa sebelum ini, pergerakan harga sangat konsisten menaik dan julat harga bergerak untuk satu gelombang sahlun adalah 38 mata USD dengan purata 30 ke 45 hari pergerakan.
TP1: 340
TP2: 360
SL1: 310
SL2: 300
Saham Apple masih menaikSejak dianalisis tahun lepas, harga saham Apple Inc telah menembusi semua masa tertinggi 'all time high' hingga ke sekitar USD300 kini. Gelombang sahlun juga masih menunjukkan momentum dan trend masih lagi dalam keadaan menaik dan ia dijangka akan berterusan membuat harga X-X terlebih dahulu.
TP1: 325
TP2: 350
SL1: 260
SL2: 280
Kemas kini APPLESaham apple sedang berlegar-legar digarisan fibo 50% iaitu pada harga 187.44. Dan indicator MACD kelihantan seperti ingin melakukan golden cross dengan positif momentum.
Strategi untuk trading.
1. Sekiranya harga membuat kenaikan lebih dari garisan fibo 50%, kaunter ini akan mencari paras rintangan seterusnya iaitu 198.20 / 213.52.
2. Sekiranya harga membuat penurunan dari paras fibo 50% ini, kaunter ini akan mencari paras sokongan yang seterusnya iaitu pada harga 176.68 / 163.37
INARI - hampir berada pada harga sokongan 52 minggu terendahINARI - hampir berada pada harga sokongan 52 minggu terendah
1-Monitor untuk harga pantulan dari kawasan harga sokongan, bersama volume yang lebih daripada purata hari untuk entri.
2-Telah melalui paten HNS & Fasa4 (downtrend), dan dalam Fasa1 (basing).
Info semasa (punca penurunan harga) - turut terjejas, MPI dan Globetronics
-Impak China Percukaian Cukai 50% untuk Malaysia Semicon
-kelemahan penjualan iPhone, pembekal utama Apple juga memotong ramalan keuntungan mereka, memetik "permintaan pelanggan yang tidak menentu" dan "pengurangan penghantaran kepada pelanggan utama"
Rumusan FA
-YoY FY18 menunjukkan peningkatan dari tahun sebelumnya.
-QR1 FY19 akan diumumkan tidak lama lagi. QoQ yang baik akan meyakinkan pelabur/IB, dan trader untuk kembali.
APPLENOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing
Mampukah candle menuju ke area green box
Jika candle turun ke area red box ( stop halus) abaikan dulu .
note: stay at home.. semoga semua kita selamat dari covic-19
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual saham,
Ianya bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..Jaga modal kita..ingat tu
APPLE (Nasdaq)Teknik : Penawaran & Permintaan + Sokongan & Rintangan
Selang Masa : Minggu
Entri Belian/Ambil Untung Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi)
Entri Jualan/Ambil Untung Belian : Kotak merah atau Garisan Merah
Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya
TAYOR
Sambungan fasa Mark-Down dengan Isyarat Penjualan TersembunyiApple masih menunjukkan isyarat kelemahan di paras rintangan. TradeVSA menunjukkan 2 isyarat Up-Thrust di paras rintangan. Penjualan akan sambung terutamanya isyarat pembelian tersembunyi seperti Spring (SP), No Supply (NS) and Line Change (LC) gagal membentuk sokongan.
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
BELI - INARI (0166) - Beli, Simpan & PeramKaunter yang paling diminati para Investor, adalah Inari yang terletak di Penang
Apabila sebut sahaja Inari, company yang terlibat seperti Apple, Samsung, Osram
Kaunter ini mengalami retracement akibat keputusan QR yang tidak begitu merangsangkan
Walaubaimanapun, ia berada pada tahap yang sesuai untuk dibeli, terutamanya oleh para Investor
1) Sokongan dan Rintangan
Sokongan yang terdekat adalah: S1-2.24, S2-2.20, S3-2.07, S4-2.00
RIntangan yang terdekat adalah: R1-2.40, R2-2.56 (All Time High)
Harga sekarangan berada pada rintangan sokongan yang menarik, berkemungkinan akan turun ke 2.20 sebelum naik semula. Bergantung pada "Price Action" pada sekitar harga tersebut
2) Fibonacci
Kelihatan harga bermain pada level-level fibo yang terdekat, dan, level Sokongan & Rintangan juga berada berdekatan level fibonacci
38.2% - 2.20 (S2)
50.0% - 2.07 (S3)
3) Analisis Fundamental
Tidak dapat dinafikan fundamental Inari berada pada keadaaan yang baik, dan dianggap sebagai leader atau ketua dalam sektor teknologi dan semikonduktor
QR yang baru keluar pada bulan ogos mengalami sedikit kemerosotan akibat FOREX, iaitu MYR menguat berbanding USD sebelum pilihanraya Malaysia. QR seterusnya akan dijangka meningkat berikutan MYR yang melemah selepas pilihanraya sehingga sekarang.
Terdapat berita gembira dan sedih untuk peminat Inari-Apple:
1) Gembira - Warren Buffet menambah pemilikan saham Apple, kerana mengatakan Apple masih "Undervalue"
2) Sedih - Prestasi penjualan peranti iphone berkurangan setiap tahun, tetapi, hasil keuntungan jualan iphone meningkat seiringan dengan harga iphone yang semakin meningkat. Adakah iphone terbaru dapat merangsang semula bilangan pembelian.
INARI (0166) - Pengakhiran Fibo Downtrend?INARI adalah salah sebuah kaunter yang mempunyai fundamental yang bagus
walaubagaimanapun, setiment dunia tidak sebegitu bagus (sentiment teknologi dan apple)
INARI selalu dikaitkan dengan APPLE
walaubagaimanapun, INARI adalah lebih dari APPLE, lebih sepatut dikaitkan dengan semiconductor
INARI juga mempunyai customer lain dari APPLE seperti samsung, osram, dll
Jika dilihat pada fibo, sudah sampai penghujung downtrend bagi inari pada 361.8% (1.375)
Boleh consider untuk memberli pada harga sekarang atau sehingga memcecah 1.375
Cari peluang entry atau boleh menunggu candlestick pattern yang anda sukai
PineApp Apa PlanPineapp syarikat teknologi berasaskan perisian.
Bilangan syer sebanyak 48 juta unit, ringan seperti kapas.
QR nampak macam baru nak turn black.
Kelihatan meniti atas aras talian hayat 1.09, pecah je WAJIB lari.
Kemungkinan akan menguji ketinggian lalu, 1.38.
MACD baru DX, sideway dulu la kot.
TAYOR.
''Apple Pen, Pinaapple Pen, Pineapple Apple Pen"
*joget joget*
FBMKLCI 2020 - EXPECTING A GOOD YEARPrestasi FBMKLCI bagi tahun 2019 tidak begitu memberangsangkan dan perkara ini sama seperti analisis saya pada tahun 2018 berkenaan arah tuju index untuk tahun 2019. Secara kesuluruhannya, sentiment bagi stock market Malaysia berada di dalam keadaan yang teruk sejak Q3 2014. Saya berjaya menggabungkan 2 indicator yang saya cipta, ZSI (Indicator for Sentiment) dan ZMI (Indicator for Momentum) ke dalam satu carta (wish to share the chart but I dont know how to share the URL :( ..). Sentiment bagi pasaran saham Malaysia adalah sangat bearish sejak Q3 2014 kecuali Q4 2015 dan 1H 2017. Walaupun ada sesetengah counters (seperti JHM , Penta, MFCB, Padini... dan ada beberapa lagi) yang performed well bagi selepas Q3 2014, tetapi kebanyakan kaunter2 lain are trending down.
Kita mendapat 2 'anugerah' pada tahun ini dimana Malaysia merupakan "The World's Worst Major Stock Market Is Really, Really Boring” and “Cheap Malaysian Stocks But Nobody Wants Them”. Pada hemat saya perkara ini adalah perkara biasa lagi2 selepas Malaysia dinobatkan "The World’s Longest Bull Market" pada 2014. Its normal price behaviour. Apabila price naik dengan begitu pantas/lama, ia akan melakukan sharp retracement atau long sideways sebelum meneruskan kenaikan.
FBMKLCI 2020
Political instability is a again become one of the factor that slow our market to move. Ditambah pula dengan sentiment dunia sekarang, saya tidak menjangkakan index untuk naik sehingga 2000 point melainkan ada catalyst yang boleh menyemarakkan pasaran saham. Apa pun, saya menjangkakan 2020 merupakan tahun yang baik berdasarkan faktor2 berikut:
1) Trend
(Sila rujuk gambar pada link dibawah). Saya membuat analisis menggunakan simple trend movement (HHHL/LHLL). Sekiranya kita lihat pada gambar tersebut, kita akan lihat index akan bergerak dengan sesuatu trend selama 2 tahun sahaja. Dalam kata lain, index tidak akan melakukan kenaikan lagi pada tahun ke 3 selepas membuat consecutive uptrend pada tahun 1 & 2. 2018 is a downtrend year and same goes to 2019. Bagaimana pula tahun 2020? Boleh jadi sideways (which is better than downtrend) dan boleh jadi up trend. Boleh juga meneruskan kejatuhan dan mencatat rekod yang baru tetapi kebarangkalian sangat rendah. (Any way it all about perspective. Different people may see it as different trend pattern. Gambar dibawah merupakan dari perspective saya sendiri).
2) Technical
Currently index sedang berlegar pada Low 2015 (during Flash Crash period where both DJIA & SSE drop more than 5% in a single day) dan level ini likely akan menjadi support yang kuat kerana index sedang membentuk potential double bottom .
Divergence – MACD divergence merupakan satu strong reversal signal jika dibandingkan dengan divergense signal yang lain (seperti RSI / Stochastic ). Dan merujuk pada gambar dibawah, MACD membuat Higher Low manakala index pula plummet dari July hingga September and currently is slowing down.
3) Elliot Wave
Berdasarkan personal reading saya, saya percaya index berada di Wave 4. Salah satu rule Elliot Wave adalah “Wave 2 and Wave 4 will alternate. If Wave 2 is a sharp style of correction, Wave 4 will be a sideways style of correction.“ Index sedang berada di dalam sideways trend sekiranya dilihat dari Monthly Chart. Apa pun saya mungkin salah kerana saya bukan pro Elliot Wave . Bacaan EW mungkin kita tidak berada pada W4 pada masa ini dan mungkin boleh jadi kita berada di Wava (A) selepas truncated Wave 5. Betulkan saya jika saya salah.
4) Price Earning Ratio
Kebiasaanya kita akan gunakan PE ratio sebagai relative valuation tool. Kali ini kita tengok dari sudut yang berbeza. Mari kita lihat index behaviour dengan PE movement (sekali lagi tak tahu mcm nak share gambar.. so sorry haha). Dari tahun 2000, PE ratio crossed melebihi PE 20 sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali. Perasan tak apa yang berlaku pada index selepas PE cross down balik bawah PE20. Bila PE mula cross down dari above PE 20, index akan diverge dengan direction PE. PE baru cross below PE 20 pada August lalu dan 5 bulan sudah berlalu. PE crossover pada tahun 2000 mengambil masa 6 bulan untuk index memulakan kenaikan. Bagaimana pula sekarang? Will history to repeat again? (Note : this method can only be applied on certain condition).
Pada tahun 2014, Malaysia dinobatkan sebagai The Longest Bull Market, dan subsequently index mula hilang momentum. Tahun 2019 pula, Malaysia was named as Really Boring Market. And what going to happens next?
SEKTOR YANG MENARIK MINAT SAYA
1.Property
Property sectors are doing pretty well currently dan berada top 3 PE yang paling rendah berbanding dengan sektor2 yang lain. Kita boleh lihat dengan jelas accumulation sign dari carta dan juga announcements. Both EPF and KWAP mula acquire kaunter2 property pada Quarter ini. Sama ada penjualan hartanah meningkat atau tidak, saya tidak tahu. Yang penting stock price naik. The Why didnt matter. More importantly is price action and to grab the opportunity.
2.Technology
Technologies counters (especially semiconductor) sudah naik selepas pengumuman Quarter Report pada Ogos yang lalu dimana beberapa smaller companies dalam industri ini mengumumkan keputusan yang memberangsangkan. Kenaikan kaunter2 teknologi berterusan sehingga pertengahan Oktober dimana syarikat2 yang besar didalam industri ini (Vitrox, Unisem, Gtronic,etc) mengumumkan QR yang tidak memberangsangkan. Carta index teknologi bertukar kepada sideways sehinggalah pertengahan December baru2 ini, carta index teknologi memulakan kenaikan semula. Mengapa sektor ini menarik bagi saya adalah kerana kebanyakan negara2 maju komited untuk melancarkan 5G pada 2020/2021. Penjualan smartphone pun increase (iPhone 11 is selling so well that Apple is ramping up production by up to 10%. Apple share price increase by 30% from iPhone 11 launched. 2nd, Europe’s refuse to shut it door on Huawei.) Ini boleh menjadi penyebab higher earnings pada syarikat2 yang terlibat and for the whole value chain.
Disclaimer : Analisis ini merupakan personal opinion dan bagi tujuan pembelajaran. Saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang keputusan yang di ambil berdasarkan analisis di atas. The entire analysis could be wrong and I don’t mind if Im wrong. Its normal. What matters is my action when Im wrong. Apa pun, may the trend be with us
Inari Amertron bakal ke RM 0.90Saya menjangkakan Inari Ametron untuk menguji RM 0.90 dalam masa terdekat susulan:
a) Perang dagang yang semakin tegang.
b) Huawei bakal dan sedang dikenakan sekatan oleh syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat.
c) Sasaran harga Apple terus menerus diturunkan oleh bank-bank, dan yang terbaru oleh UBS bank.
d) Kelemahan laporan kewangan suku tahun pertama (Q1) 2019 Inari sendiri, yang kelemahnnya dijangka akan disusuli dengan suku tahun kedua (Q2), ketiga (Q3) dan keempat (Q4) jika keadaan di atas berterusan.
Harga RM 0.90 tidak termasuk dengan 'worst-case-scenario' jika Apple dijadikan sasaran China untuk membalas balik perlaksanaan sekatan oleh US ke atas Huawei.
Cari entri terbaik semasa harga sedang dikaunKaunter apple telah membuat gap down pada
malam tadi. Harga terkini telah melepasi paras
fibo 38.2%.
Indikator stochastic pada carta harian sedang memasuki
kawasan overbought manakala pada carta minggu sudah
memasuki zone momentum penjualan.
Berdasarkan carta minggu, kaunter apple akan melakukan
penurunan sekiranye membuat new low di paras fibo 50%,
sekiranya ini terjadi maka target seterusnya adalah pada
paras fibo 61.8%
Jangan lupa untuk perhatikan pada carta harian untuk
mencari pembelian yang menarik.
SNS percubaan pecah rintangan 270..menarik!Kaunter Kajian: SNS
Sektor: Teknologi,Peralatan Teknologi
Kap Pasaran: 435 M.
Bilangan Saham: 1612 M.
Live update
Sila rujuk lukisan pada carta. SNS sedang cuba pecahkan rintangan, jangkaan projuksi harga adalah seperti tertera pada lukisan di carta (tp1, tp2). Kaunter dalam momentum kuat di atas ma20, 50, 200.
Sokongan Gann: 0.25/0.23 | Rintangan: 0.28/0.31
Sekadar kajian bagi tujuan pembelajaran. #tayor
SNS Network Technology Berhad ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan. Melalui anak-anak syarikatnya, Kumpulan terutamanya terlibat dalam penyediaan produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT. SNS terlibat dalam penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan, serta penyediaan perkhidmatan dan penyelesaian ICT, dan penyediaan pembaikan peranti dan perkhidmatan berkaitan untuk Apple, serta penjualan perkhidmatan jalur lebar. Rangkaian SNS menawarkan portfolio pelbagai jenama terbeza yang terkenal di Malaysia, iTworld, GLOO dan JOI. Pasaran utama syarikat ialah Malaysia, Hong Kong, Singapura dan lain-lain (cth. Maldives, Emiriah Arab Bersatu, Vietnam, Australia, Jerman, Amerika Syarikat dan Perancis). Syarikat ini telah diperbadankan pada 2016 dan berpangkalan di Ipoh, Perak, Malaysia.
Nilai Pemegang Saham (M):
Ko Yun Hung 140.26
Pah Wai Onn 140.26
Siow Wei Ming 31.92
Siow Wei Shan 7.97
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 5.14
Dana Makmur Pheim 3.61
Jauhari bin Hassan 3.61
Yahya bin Razali 3.05
Carta Apple Bertukar Trend> Pada carta 4 jam
> Carta telah bertukar ke trend menurun
> Terdapat trendline pada carta
> Ada membentuk Corak Divergence
Boleh lihat pada carta
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Berdagang di atas risiko anda sendiri.
AAPL: Masih BertahanSaham syarikat Apple dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Terkini, saham syarikat terbabit dilihat masih bertahan di atas sokongan fibonaci membentuk lilin 'spinning top'
Pembentukan candlestick terbabit menunjukkan arah pergerakan masih lagi bergerak mendatar dan belum menunjukkan halatuju
Namun, jika diperhatikan carta mingguan pergerakan harga dilihat telah membentuk lilin 'bearish engulfing' pada minggu dagangan lalu
Walaubagaimanapun sekiranya minat belian tinggi pada hari terakhir dagangan tidak mustahil akan terbentuknya 'piercing candle' pada selang mingguan
Petunjuk volum pada selang harian sebelum ini menunjukkan masih terdapatnya minat belian
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
AAPL: Ke Mana Halatuju?Saham syarikat Apple dilihat membuat kejatuhan kesan daripada pengumuman oleh rizab persekutuan (Federal Reserve) AS pada jumaat lalu
Saham syarikat ini dilihat membuat kenaikan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu namun gagal tutup di atas rintangan garisan arah aliran
Pergerakan lilin pada selang mingguan dilihat seakan menunjukkan pembentuk candle 'evening star' yang kebiasaannya isyarat perubahan arah
Harga pembukaan pada minggu ini dibuka rendah berbanding minggu dagangan sebelumnya hasil momentum jualan minggu sebelum ini
Harga ketika ini dilihat cuba bertahan di atas MA50 mingguan yang juga selari dengan MA200 harian (tidak ditunjukkan)
RSI mingguan dilihat masih bertahan di atas garisan pertengahan
Ke mana halatuju saham syarikat ini? sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!