Cari dalam idea untuk "BITCOIN"
BCH (Selamat Datang ke Luno)Bitcoin Cash (BCH) baru sahaja disenaraikan di Luno. Jadi, mari kita pantau pergerakan BCH ini. BCH dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan MA 100 sebagai support dinamiknya.
Kemudian, BCH membuat kenaikan parabolic dan tidak lagi menjadikan MA 100 sebagai support. Disini, fibonacci retracement diperlukan bagi mengukur dimanakah sepatutnya BCH ini membuat retracement. BCH sepatutnya membuat retracement paling rendah sehingga fibo 0.382 iaitu USD 795 sahaja tetapi berlaku sebaliknya.
BCH jatuh sehingga melebihi fibo 0.382 dan keadaan ini sepatutnya mendorong BCH untuk jatuh ke bawah tetapi berlaku sebaliknya. Keadaan ini disokong oleh signal 'hidden bullish divergence' yang menunjukkan momentum penjualan masih tidak mampu menjatuhkan harga ke bawah kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
Terkini, BCH berjaya breakout resistance pada paras USD 1,240 dan jika harga mampu bertahan di atas USD 1,240 ini, harga berpotensi menuju ke target seterusnya pada fibo 1.618 bersamaan USD 1,700.
Nota kaki:
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
BITCOIN (Kripto): Gayatnya!Berdasarkan analisa ke atas corak carta dan trend mendapati bahawa harga boleh naik untuk membuat paras tertinggi sepanjang zaman sekiranya berjaya melepasi garisan merah dan hijau di atas sekalai serta tutup di atasnya. Garisan merah merupakan paras halangan yang merupakan paras SBR. Sekiranya tidak berjaya, berkemungkinan harga akan turun untuk menguji pula paras RBS di garisan hijau bawah. Jika tembus, harga akan turun lebih jauh. TAYOR
BTC (Berehat di Persinggahan Sebelum Meneruskan Kenaikan)Bitcoin (BTC) masih di atas MA 50 menandakan BTC masih berada dalam keadaan uptrend. MA 50 ini boleh dijadikan dinamic support untuk BTC kerana BTC telah beberapa kali membuat pullback sehingga ke paras MA 50 sebelum rebound. Jika harga mampu rebound, BTC berpotensi naik melebihi RM 250,000.
Nota kaki:
* Dinamic support = Lantai harga dinamik.
* Pullback = Kejatuhan sementara sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas selepas berlaku penurunan.