Search in ideas for "CHART"
REVENUE - Cup dan Handlechart revenue secara general telah membuat chart patern C&H, sekarang sedang membuat pullback/ handle kecil..
boleh diperhatikan dan menunggu CRS untuk entry atau BO..
ianya akan lebih menarik sekiranya dapat memecah ke atas handle pada harga 1.73 dan BO paras 1.81..
Taget Price? brp % kedalaman cawan begitulah target price yg anda boleh target inshAllah.. cawan kecik 20% +-, cawan besar 35% +-.. :)
#TRADE AT YOUR OWN RISK
18 AUGUST 2019: TEKSENG pullbacks yang cantik!!PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
7200 TEKSENG
1. Pullbacks sedang berlaku dalam weekly chart!
2. Pastikan ema tidak dipatah untuk uptrend! Kalau dipatah then cabut!
3. Accumulasi yang cantik pada weekly chart, berpotensi untuk terbang bersama volume yang cantik.
[Chart pattern] TriangleAntara chart pattern yang menarik untuk dikaji.
Sudah ada fresh breakout. Adakah pattern ini akan melakukan kenaikan berdasar chart pattern
triangle ascending.
Sekiranya berjaya. Target kenaikan ada dalam sekitar 50% iaitu pada harga 160usd.
Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi.
FBMKLCI Tiada Hala Tuju - MendatarFBMKLCI telah menunjukkan satu gerakan major correction dan cubaan untuk memecah lantai 1600.00 tetapi dengan sokongan daripada institusi kewangan Malaysia index mampu untuk bertahan di atas paras support berdasarkan carta FBMKLCI. Harga terkini berada pada 1607.00 dan menunjukkan satu aliran tiada hala tuju (sideway) berdasarkan carta bulanan FBMKLCI. Berdasarkan teori pakar chart, aliran sideway mempunyai potensi untuk menaik dan menurun 50:50. Di dalam situasi sebegini, jika index berjaya memecah support 1600.00, hala tuju yang pertama index adalah pada sekitar paras 1429.00 berdasarkan bacaan Fibonachi Retracement dan jika berjaya untuk membuat satu lantunan kembali paras target yang pertama berada di sekitar 1895.00.
-M.H.N. Jimmy@isaham-
Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
KLCI pandangan medium term/long term Indeks KLCI masih berada diatas paras sokongan psikologi 1600, merupakan suatu tanda yang baik setelah beberapa kali kelihatan indeks mencuba paras ini (2015 - 2017)
Medium term:
Carta indeks sebelah kanan - carta mingguan
bentuk carta: membentuk descending wedge - merupakan sebuah chart pattern yang bullish JIKA pergerakan indeks melantun dari paras trendline sebelah bawah dan berjaya menembusi trendline sebelah atas. Paras sasaran ialah paras tertinggi sebelum ini iaitu lebih kurang 1900.
candlestick: candle terkini membentuk Hammer, yang juga merupakan reversal candlestick pattern.
Medium term - KLCI bullish selagi atas paras 1600.
Long term:
Carta indeks sebelah kiri - carta bulanan
Bentuk Carta: Tiada (sideways). Indeks bergerak dalam julat antara 1600 hingga 1900 (ranging). namun begitu, paras 1600 dilihat sebagai kritikal. Jika indeks melantun dari paras ini, maka sasaran seterusnya dilihat pada 1900. Jika paras ini ditembusi dengan kuat, maka bentuk carta double top akan terbentuk, dan indeks akan bearish dengan target sekurang-kurangnya paras 1300.
Candlestick pattern: tiada. candle terakhir (Mei) masih dalam proses pembentukan.
Long term KCI - bullish selagi diatas paras 1600.
Crude Oil menuju sasaran S3 dan mungkin jatuhpergerakan harga sedang membentuk chart pattern Ascending Wedge . harga mungkin akan mencuba paras S3 untuk menyempurnakan chart pattern tersebut sebelum jatuh dan memecah paras bawa sempadan Ascending Wedge tersebut. jika ini berlaku, sasaran kejatuhan dijangka kembali ke R1.
cadangan Long sehingga S3 dan tukar kepada Short setelah mencapai S3. CL jika harga mengundur sebanyak 5%
Arah Tuju DancoDanco sedang melengkapkan pattern cup dimana neckline di aras 0.575. Adakah mampu memecahkan neckline ataupun hanya menyentuh aras 0.575 kemudian turun membentuk handle. Sama-sama kita follow rapat dan sediakan trading plan ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
Aturmaju Cubaan Melengkapkan Cup Yang KeduaAturmaju baru mengeluarkan QR result yang sihat dan daripada chart pattern seperti dalam cubaan untuk melengkapkan cup yang kedua untuk pattern double bottom. Sama-sama kita follow rapat ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
GBP/USD ABC Corrective WaveKini harga telah membuat Corrective Wave A, selepas 5 waves impulse dari high 1.3216 dan harga dijangka untuk membuat penurunan 3 waves Corrective B. Juga dikenalpasti disini, satu 'classic chart pattern' Head & Shoulder yang berkemungkinan untuk terbentuk dan menjangka harga untuk membuat satu lagi bounce setelah selesai Corrective Wave B ke arah Corrective Wave C.
Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.
FBMKLCI - Nak Naik ke Nak Turun sebenarnya ni?Saya sering menyatakan bahawa kejatuhan indeks KLSE dari pertengahan tahun 2018 adalah serupa dengan corak kejatuhan pada Asia Financial Crisis 1997. Persoalan yang timbul sekarang ialah di fasa mana kah kita pada ketika ini jika dibandingkan dengan krisis 1997?
Terdapat dua analisis dari perspektif yang berbeza dimana yang pertama, indeks kita akan meneruskan kejatuhan manakala yang kedua, indeks kita sudah menjumpai ‘bottom’nya dan akan memulakan kenaikan.
Saya akan jelaskan, dan saya mohon rakan pembaca untung berkongsi pendapat sama ada indeks Akan Jatuh atau Akan Naik. Jika ada yang mengatakan indeks akan sideways, sila nyatakan juga sebab nya .
Market Nak Jatuh
Melihat perbandingan carta di atas, berkemungkinan indeks akan meneruskan kejatuhan.
Antara faktor yang menyebabkan kejatuhan akan berterusan adalah disebabkan masalah global yang akan mempengaruhi pasaran saham Malaysia. Faktor global adalah seperti Sovereign Debt Crisis, kemungkinan kenaikan kadar interest, hubungan diplomatik antara negara besar, peratusan Debt/GDP ratio untuk negara2 maju yang membimbangkan dan sebagainya.
Pasaran saham US ( DJIA ) berkemungkinan tidak akan jatuh dengan mendadak buat masa ini berikutan The Fed mengekalkan kadar interest pada bulan lepas. Pada pendapat saya, interest rate menjadi timing tool buat masa ini sama ada DJIA akan jatuh dalam masa terdekat atau kejatuhan itu dilengahkan.
Manakala di Malaysia pula, suasana ketidakstabilan politik amat membimbangkan para pelabur. Aktiviti untuk stimulate ekonomi (seperti projek mega) juga masih belum kelihatan. Perkara ini penting bagi menarik minat para pelabur terutamanya FDI.
Dari segi teknikal, long term chart pattern, kelihatan seolah-olah pattern double top sedang membentuk (sama seperti 1993 - 1997) dan ini adalah reversal signal yang menyebabkan kejatuhan akan berlaku. Juga disokong dengan head & shoulder jika kita lihat pada carta dari awal tahun 2017.
Tidak dinafikan terdapat kenaikan yang berlaku pada saham2 di Bursa sejak awal tahun. Namun adakah ia betul2 kenaikan? Atau just a mere rebound di mana kejatuhan akan berterusan selepas ini? PE ratio bagi indeks pula berada di paras yang tinggi berbanding dengan tahun2 sebelum ini.
Market Nak Naik
Market nak naik ini bukanlah bermaksud bahawa indeks akan meneruskan kenaikan dan membuat All Time High yang baru tetapi ia adalah sekadar recovery selepas kejatuhan.
Melihat pada carta diatas, adakah kita sudah berada di fasa permulaan kenaikan? Bermakna indeks dah jumpa ‘bottomnya’ dan akan membuat recovery. Corak kedua-dua carta adalah sama.
Kini saya masukkan indikator ke dalam carta. Indikator yang saya gunakan adalah MA50 dan MACD.
Lihat beberapa persamaan :
- Lihat bagaimana behaviour MA50 line pada point A di kedua dua carta dan behaviour selepas point B
- Lihat kedudukan MACD semasa indeks berada di Point A. Kedua-dua nya menunjukkan MACD di atas paras 0.
- Lihat pada MACD divergence. Kedua-duanya sama.
- Dan lihat pada bulatan yang saya buat pada MACD. Juga sama antara dua carta ini.
Faktor yang menyokong kenaikan :
Ekonomi Malaysia bukanlah di dalam keadaan yang teruk/tenat. Stock market is a leading indicator. Bermaksud, recovery pada pasaran saham akan berlaku dahulu dan akan disusuli dengan perkembangan ekonomi. Kebanyakan carta2 sektor (technology, construction, property etc) sedang membuat kenaikan sejak awal 2019. Dan kebanyakan kaunter2 yang jatuh mendadak dari tahun lepas sudah mula membuat recovery.
Kerajaan mungkin sedang berusaha dan merancang beberapa plan/projek untuk mengembangkan ekonomi dan menarik minat pelabur asing. Cuma belum mengumumkannya lagi (mungkin). Jika kerajaan tidak mahu meneruskan projek2 mega sebelum ini (ECRL,HSR dan lain2), mengapa kerajaan tidak membatalkan sejurus selepas pilihanraya tahun lepas. Mengapa kerajaan menangguhkan projek2 ini? :)
Point saya disini, kerajaan memainkan peranan penting dan things can change overnight. Pengumuman dari kerajaan boleh memberi kesan pada pasaran saham.
Correlation with US market - tidak dinafikan sekiranya DJIA jatuh, pasaran saham di negara lain juga akan terkesan. Namun kesannya tidak besar pada Malaysia kerana source of problem bukan pada Malaysia. Tetapi di US sendiri. Berkemungkinan pada ketika itu akan terjadi nya ‘decoupling’ antara US market dan Malaysia market. Terdapat juga beberapa news yang menyatakan pelabur akan shift pelaburan merka ke South East Asia selepas ini. Ini akan menguatkan lagi reason untuk decouple. Sekiranya perkara ini berlaku, FBMKLCI bukan sahaja akan recover malah akan membuat rekod kenaikan yang baru!
Ending
Jadi di atas adalah dua perspektif untuk menyokong kejatuhan atau kenaikan pasaran saham Malaysia. Apakah pendapat para pembaca? Sekiranya terdapat faktor2 lain, sila nyatakan. Sekiranya ada info yang saya nyatakan di atas adalah tidak benar, saya memohon maaf dan minta rakan pembaca betulkan. Sebarang kritikan yang membangun di alu-alukan.
Sama ada nak naik atau nak turun, yang penting kita dapat mengambil peluang sebaik mungkin.
Inari - Peluang Ke-dua Untuk Cut LossKelemahan Yang Ditunjukkan dicarta:
1. Sell-Off bar dengan Volume yang tinggi
2. Upbar dengan volume yang rendah
3. Harga gagal menembusi rintangan
Send us your preference stock to review based on TradeVSA chart by comment at below.
Disclaimer
This information only serves as reference information and does not constitute a buy or sell call. Conduct your own research and assessment before deciding to buy or sell any stock
Dsonic Cubaan Menukar Trend Dsonic sedang cuba untuk memecahkan shortterm trend. Sama-sama kita follow rapat jika esok Dsonic berjaya naik ke atas 0.50. Boleh set alert dan sediakan trading plan masing-masing ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
Carta Mingguan DJIA - pergerakan mulai lemahSetelah 2 minggu kenaikan / technical rebound dari paras 21,750, DJIA mulai menunjukkan kelemahan. pergerakan indeks ini seterusnya dijangka akan kembali mengundur didalam zone S1 ini.
Corak carta / chart pattern masih boleh diguna pakai - double top pattern - bacaan terkini - pergerakan indeks telah memecah dan confirm signal break neckline (s1), kini ia hanya retest S1 sebelum meneruskan penurunan. Jika S1 berjaya di tembusi kembali, maka indeks kembali bullish .
Arah Tuju NihsinNihsin pernah menjadi kaunter popular apabila membuat kenaikan berterusan selama 12 hari dagangan. Melihat kepada corak carta terkini Nihsin, ianya membentuk corak descending triangle dimana tapak yang kuat di aras 0.23. Kami cadangakan dua arah tuju Nihsin untuk tujuan pembelajaran. Agak-agak yang mana satu pilihan Nihsin ya? Sama-sama kita perati rapat. Kalau ada peluang, boleh la mencuba dengan Nihsin.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
Peluang Jangka Pendek Dengan EdaranEdaran masih dalam trend menurun tetapi jumaat lepas membuat candle reversal. Adakah satu reversal yang kuat atau sementara sebelum kembali menurun? Kami sediakan aras sokongan dan rintangan untuk tujuan pembelajaran. Semoga bermanfaat dan mampu sedikit sebanyak menjana profit dengan edaran.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.