zurytrader

FBMKLCI - Nak Naik ke Nak Turun sebenarnya ni?

FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Saya sering menyatakan bahawa kejatuhan indeks KLSE dari pertengahan tahun 2018 adalah serupa dengan corak kejatuhan pada Asia Financial Crisis 1997. Persoalan yang timbul sekarang ialah di fasa mana kah kita pada ketika ini jika dibandingkan dengan krisis 1997?

Terdapat dua analisis dari perspektif yang berbeza dimana yang pertama, indeks kita akan meneruskan kejatuhan manakala yang kedua, indeks kita sudah menjumpai ‘bottom’nya dan akan memulakan kenaikan.

Saya akan jelaskan, dan saya mohon rakan pembaca untung berkongsi pendapat sama ada indeks Akan Jatuh atau Akan Naik. Jika ada yang mengatakan indeks akan sideways, sila nyatakan juga sebab nya .

Market Nak Jatuh


Melihat perbandingan carta di atas, berkemungkinan indeks akan meneruskan kejatuhan.

Antara faktor yang menyebabkan kejatuhan akan berterusan adalah disebabkan masalah global yang akan mempengaruhi pasaran saham Malaysia. Faktor global adalah seperti Sovereign Debt Crisis, kemungkinan kenaikan kadar interest, hubungan diplomatik antara negara besar, peratusan Debt/GDP ratio untuk negara2 maju yang membimbangkan dan sebagainya.

Pasaran saham US ( DJIA ) berkemungkinan tidak akan jatuh dengan mendadak buat masa ini berikutan The Fed mengekalkan kadar interest pada bulan lepas. Pada pendapat saya, interest rate menjadi timing tool buat masa ini sama ada DJIA akan jatuh dalam masa terdekat atau kejatuhan itu dilengahkan.

Manakala di Malaysia pula, suasana ketidakstabilan politik amat membimbangkan para pelabur. Aktiviti untuk stimulate ekonomi (seperti projek mega) juga masih belum kelihatan. Perkara ini penting bagi menarik minat para pelabur terutamanya FDI.

Dari segi teknikal, long term chart pattern, kelihatan seolah-olah pattern double top sedang membentuk (sama seperti 1993 - 1997) dan ini adalah reversal signal yang menyebabkan kejatuhan akan berlaku. Juga disokong dengan head & shoulder jika kita lihat pada carta dari awal tahun 2017.


Tidak dinafikan terdapat kenaikan yang berlaku pada saham2 di Bursa sejak awal tahun. Namun adakah ia betul2 kenaikan? Atau just a mere rebound di mana kejatuhan akan berterusan selepas ini? PE ratio bagi indeks pula berada di paras yang tinggi berbanding dengan tahun2 sebelum ini.


Market Nak Naik

Market nak naik ini bukanlah bermaksud bahawa indeks akan meneruskan kenaikan dan membuat All Time High yang baru tetapi ia adalah sekadar recovery selepas kejatuhan.


Melihat pada carta diatas, adakah kita sudah berada di fasa permulaan kenaikan? Bermakna indeks dah jumpa ‘bottomnya’ dan akan membuat recovery. Corak kedua-dua carta adalah sama.

Kini saya masukkan indikator ke dalam carta. Indikator yang saya gunakan adalah MA50 dan MACD.


Lihat beberapa persamaan :
- Lihat bagaimana behaviour MA50 line pada point A di kedua dua carta dan behaviour selepas point B
- Lihat kedudukan MACD semasa indeks berada di Point A. Kedua-dua nya menunjukkan MACD di atas paras 0.
- Lihat pada MACD divergence. Kedua-duanya sama.
- Dan lihat pada bulatan yang saya buat pada MACD. Juga sama antara dua carta ini.

Faktor yang menyokong kenaikan :
Ekonomi Malaysia bukanlah di dalam keadaan yang teruk/tenat. Stock market is a leading indicator. Bermaksud, recovery pada pasaran saham akan berlaku dahulu dan akan disusuli dengan perkembangan ekonomi. Kebanyakan carta2 sektor (technology, construction, property etc) sedang membuat kenaikan sejak awal 2019. Dan kebanyakan kaunter2 yang jatuh mendadak dari tahun lepas sudah mula membuat recovery.

Kerajaan mungkin sedang berusaha dan merancang beberapa plan/projek untuk mengembangkan ekonomi dan menarik minat pelabur asing. Cuma belum mengumumkannya lagi (mungkin). Jika kerajaan tidak mahu meneruskan projek2 mega sebelum ini (ECRL,HSR dan lain2), mengapa kerajaan tidak membatalkan sejurus selepas pilihanraya tahun lepas. Mengapa kerajaan menangguhkan projek2 ini? :)
Point saya disini, kerajaan memainkan peranan penting dan things can change overnight. Pengumuman dari kerajaan boleh memberi kesan pada pasaran saham.

Correlation with US market - tidak dinafikan sekiranya DJIA jatuh, pasaran saham di negara lain juga akan terkesan. Namun kesannya tidak besar pada Malaysia kerana source of problem bukan pada Malaysia. Tetapi di US sendiri. Berkemungkinan pada ketika itu akan terjadi nya ‘decoupling’ antara US market dan Malaysia market. Terdapat juga beberapa news yang menyatakan pelabur akan shift pelaburan merka ke South East Asia selepas ini. Ini akan menguatkan lagi reason untuk decouple. Sekiranya perkara ini berlaku, FBMKLCI bukan sahaja akan recover malah akan membuat rekod kenaikan yang baru!

Ending

Jadi di atas adalah dua perspektif untuk menyokong kejatuhan atau kenaikan pasaran saham Malaysia. Apakah pendapat para pembaca? Sekiranya terdapat faktor2 lain, sila nyatakan. Sekiranya ada info yang saya nyatakan di atas adalah tidak benar, saya memohon maaf dan minta rakan pembaca betulkan. Sebarang kritikan yang membangun di alu-alukan.

Sama ada nak naik atau nak turun, yang penting kita dapat mengambil peluang sebaik mungkin.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.