Cari dalam idea untuk "ELLIOT"
Tesla - Lebih kejatuhan di hadapan?Analisis Tesla
Kelihatan Tesla telah membuat 3 gelombang korektif di paras fibo 0.618%. Admin tidak menolak kemungkinan yang Tesla mungkin berisiko untuk turun semula selepas correction ini, memandangkan Tesla telah membuat 5 gelombang kejatuhan yang jelas sebelum ini.
Sila berhati hati.
Abang Doji.
JETSON : dalam radar gelombang !!
Boleh lihat pada carta...
>
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Saudee - lantunan sementaraanalisis Saudee
Saudee kelihatan sudah menyiapkan 5 gelombang kejatuhan. kini kita menanti lantunan sementara sebelum kembali meneruskan tren jatuh.
Sekiranya Saudee berjaya memecahkan saluran menurun, maka target awal untuk Saudee adalah RM0.46.
Abang Doji.
Msm - Menyambung Tren MenaikAnalisis MSM
Msm kelihatan sudah berjaya keluar dari fasa pengumpulan (accumulation) dengan notasi wave ABC (korektif).
Msm memecahkan saluran menurun menandakan sudah bersedia untuk gelombang kenaikan yang seterusnya.
Target MSM adalah untuk membuat 5 gelombang kenaikan 12345 dengan target minimum adalah RM2.
Abang Doji.
Ulicorp - Nampak Corrective dan Berpeluang NaikAnalisis Syarikat Uli Ulicorp
Kelihatan Ulicorp telah menyiapkan 3 gelombang Corrective ABC dan tamat betul betul di garisan bawah Corrective Channel dengan corak Ending Diagonal (Baji Menurun).
Ulicorp kelihatan membuat rejection dengan lower wick dan terus melantun naik dengan kuat, mungkin memberi signal perubahan tren.
Sekiranya paras RM0.88 berjaya bertahan, ada kemungkinan Ulicorp untuk terus naik membuat ketinggian yang baru.
Jadikan paras RM0.88 sebagai cutloss, dan masuk bila harga retrace.
Abang Doji.
Widad - Pewaris Dataprp?Analisis Widad
Widad telah terbukti membuat gerakkan impulsif ke atas dengan tujahan kuat sejak beberapa hari yang lalu.
Kini pada pendapat Admin, Widad mungkin sebab membuat Extended 3rd Wave rally.
Sekiranya Widad memecahkan paras RM0.545 ini dipecahkan, maka senario 3rd wave extension ini terbatal, namun begitu Widad masih bull cuma perlukan lebih banyak retracement.
Melihat struktur dan volum, besar kemungkinan Widad adalah Dataprp seterusnya.
Abang Doji.
Emas - Menanti Konfirmasi MenaikAnalisis Emas
Emas mempunyai kiraan gelombang yang agak cantik, yang berakhir di paras fibonacci 0.382%.
Sekiranya kerendahan ini berjaya bertahan, admin merasakan bahawa Emas mempunyai peluang untuk naik.
Senario Kes yang terbaik adalah Emas berjaya membuat ketinggian yang baru untuk Gelombang 5.
Abang Doji.
KLCI - Lantunan Setelah Baji Menurun Sudah Selesai?Analisis KLCI
KLCI telah memecahkan corak baji menurun seperti analisis sebelumnya.
Kelihatan corak Baji Menurun ini adalah Leading Diagonal untuk Wave A atau 1, dan lantunan setelah itu adalah wave B atau 2.
Kini kita masih menantikan kejatuhan seterusnya.
Paras konfirmasi kejatuhan ini adalah sekiranya harga memecahkan 1557. Selagi harga di atas paras itu, bermaksud KLCI masih mempunyai potensi ke atas.
Abang Doji.
T7Global - Segitiga yang BesarAnalisis T7Global
Konter T7 Global adalah antara kaunter yang sekian lama senyap.
Paras ketinggian terakhir adalah pada 3 September 2020. Sejak itu, T7 Global hanya main dalam segitiga tanpa membuat apa apa ketinggian atau kerendahan yang baru.
T7Global kelihatan menghampiri bucunya.
Admin rasa boleh perhatikan sekiranya T7 Global berjaya memecahkan dua apex segitiga atas, yang bakal menandakan T7 Global sudah berjaya breakout dan membuat tujahan setelah fasa konsolidasi.
Abang Doji.
Pestech - Masih bermain dalam saluran korektifAnalisis Pestech
Kelihatan Pestech sedang dalam fasa korektif. Ini dapat dilihat dengan kejatuhan Pestech yang perlahan, batang lilin yang pendek pendek serta saluran menurun yang jelas korektif.
Pestech kelihatan sudah menyentuh paras fibonacci 61.8%, kawasan yang sesuai untuk kembali menyambung tren menaik.
Signal pembelian adalah ketika Pestech berjaya memecahkan saluran menurun, manakala paras invalidasi adalah di paras fibonacci 0.618%.
Kawasan mengambil untung adalah sekitar ketinggian yang baru.
Abang Doji.
Jcy - Mungkinkah reversal?Analisis JCY
Jcy kelihatan sudah menyiapkan 5 gelombang kejatuhan untuk wave C dengan hubungan Wave C = 1.236 Wave A.
Admin positif dengan Jcy sekiranya Nasdaq berjaya meneruskan tren menaik dan membuat ketinggian yang baru.
Sekiranya Jcy berjaya memecahkan Saluran Menurun, kemungkinan Jcy sedang memulakan tren menaik yang baru.
Abang Doji.
Widad - Ke atas nampaknyaAnalisis Widad
Widad kelihatan telah menyiapkan 3 gelombang korektif ABC dalam bentuk Zigzag (5 - 3 - 5). Pendapat ini disokong oleh garisan Saluran Menurun yang berjaya ditembusi oleh Widad. Harga juga telah membuat korelasi A = C yang sangat sinonim dengan ratio pergerakkan korektif.
Buat masa sekarang, Admin berpendapat bahawa Widad sedang dalam Gelombang 3 dari 5 gelombang ke atas.
Pendapat ini valid sekiranya Widad berjaya membuat satu lagi ketinggian (wave 5) selepas satu Retracement (untuk Wave 4), dengan syarat retracement ini tidak membolosi kawasan Wave 1 (kotak biru).
Sekiranya retracement ini memasuki kawasan Wave 1, bermaksud Widad hanya membuat 3 gelombang kenaikan, dan admin berpendapat bahawa ada lagi kejatuhan untuk Widad.
Bagus untuk diperhatikan esok hari.
Abang Doji.
Dufu - Corak Bahu dan KepalaAnalisis Dufu -
Kelihatan Dufu telah melengkapkan tujahan segitiga untuk Gelombang 4.
Kini Dufu sedang membuat corak Bahu dan Kepala, sekaligus menandakan kemungkinan Dufu akan mencari paras harga yang lebih rendah.
Paras RM3.095 adalah penting, kerana sekiranya dibolosi, berkemungkinan Dufu sedang dalam fasa pembetulan yang lebih besar, dan kita akan menyaksikan lebih banyak risiko kejatuhan.
Abang Doji.