Dow Jones - Jatuh tapi Senyap sampai tak rasaAnalisis EW Dow Jones
Admin masih menantikan satu impulsif ke bawah dengan kriteria:
1. Garisan bawah aliran menurun perlu dibolosi
2. Sudut garis tren perlu lebih tajam
Sekiranya keadaan ini terjadi, volatiliti akan meningkat dan kemungkinan perserta market akan lebih berjaga jaga dengan market.
Saranan admin masih sama.
Admin masih menjauhi stok market, sama seperti aliran pelabur asing ketika ini.
Abang Doji.
Cari dalam idea untuk "ELLIOT"
Biohldg - Kejatuhan kelihatan korektifAnalisis Biohldg
Kejatuhan kelihatan sangat korektif untuk Biohldg. Admin menjangkakan ada lagi satu gelombang ke atas untuk gelombang 5.
Paras hubungan W = Y dan fibo 50% menjadi kawasan yang baik untuk gelombang korektif berakhir.
Konfirmasi adalah sekiranya Biohldg memecahkan aliran menurun dengan impulsif (Marubozu dalam daily chart).
Sekiranya pecah paras invalidasi, kenaikan hanya membentuk 3 gelombang korektif. Kejatuhan yang lebih besar akan menanti.
Perhatikan sentimen semasa Bursa untuk menilai kekuatan konter ini.
Abang Doji.
Asiaply - Segitiga yang menanti tujahanAnalisis Asiaply
Corak segitiga yang jelas buat Asiaply.
Secara amnya, corak segitiga (dalam analisis corak carta, corak segitiga ini dipanggil corak bendera penan / "pennant") adalah corak korektif yang menyambungkan tren sebelumnya.
Kita menantikan satu tujahan ke atas dan mensasarkan minimum kawasan 0.8 sebagai matlamat.
Sekiranya paras invalidasi dibolosi, maka kita tidak memanggil ini sebagai sebuah segitiga, namun dia adalah permulaan untuk gerakkan 5 gelombang ke bawah untuk 3 atau C.
Abang Doji.
KLCI - Potensi membuat lantunanKemaskini KLCI
Admin melihat KLCI mempunyai katalis yang baik, iaitu posisi konter konter getah yang menyumbang kepada kenaikan indeks.
Buat masa sekarang, KLCI masih bearish, namun sekiranya berjaya memecahkan aliran menurun dan paras invalidasi, kemungkinan KLCI akan membuat lantunan yang proportional dengan kejatuhannya sejak awal September.
Cadangan : Mula cari konter konter yang menarik untuk kita swing buat masa sekarang, terutama yang baru ingin memecahkan garisan aliran menurun. (Downtrendline)
Abang Doji.
Greatech - Tunggu lebih bawah untuk gelombang 4Analisis Greatech
Admin suka Greatech sebab stock ni selamat. Nak pam 50k pun inilah stok yang sesuai.
Fundamental yang baik + Kenaikan impulsif yang jelas.
Greatech telah menyiapkan Baji Menaik dan kini turun untuk gelombang keempat.
Kita menantikan 5 gelombang kejatuhan untuk C dari 4 sebelum bermulanya kenaikan seterusnya.
Stok yang patut labur!
Abang Doji
S&P - Masih bermain di rangeAnalisis S&P
S&P sudah kelihatan membuat 5 gelombang kejatuhan. Kini S&P bermain sekitar range yang sama untuk beberapa minggu.
Sekiranya pecah ke atas, admin lebih cenderung untuk melabel bahawa kejatuhan sudahpun tamat dan kita bakal menyaksikan satu lagi gelombang kenaikan.
Sekiranya pecah ke bawah, maka admin mengjangkakan bahawa satu lagi gelombang jualan yang besar akan bermula.
Kita nantikan ia pecah ke mana.
Abang Doji.
FCPO - Setup Swing Jual Analisis FCPO
Admin nampak seperti 5 gelombang ke bawah telah siap sepanjang awal tahun 2020. Kini menantikan sama ada rebound dari kejatuhan itu membentuk 3 gelombang atau 5 gelombang.
Setakat ini, 3 gelombang ABC telah jelas kelihatan.
Rebound FCPO ini kemungkinan hanya korektif, kerana:
1. Pergerakkan rally jelas hanya bermain di dalam aliran menaik (ascending channel)
2. Gelombang ketiga (C atau 3) tidak begitu kuat dan seakan terhenti di paras ekuilibrium A = C (Hubungkait gelombang A = C)
Entry adalah sekiranya aliran menaik itu dibolosi. Paras henti rugi adalah sekiranya harga membuat ketinggian yang baru setelah membolosi aliran menurun.
Abang tak trade CPO ye. Belum sempat lagi haha
Abang Doji
Greatech - Beli jika BreakoutKemaskini Greatech
Susulan idea minggu lepas, Greatech kelihatan sudah menemui puncak selepas membuat satu lagi high melepasi paras fibo 4.618%.
Kelihatan kejatuhan samada korektif atau membentuk 1 leading diagonal sebagai wave pertama kejatuhan.
Untuk yang berminat dengan saham ini, cadangan admin adalah untuk beli sekiranya ia melepasi paras RM5.545.
Abang Doji.