Cari dalam idea untuk "ELLIOT"
TDM - Uptrend Phase TDM 7/12/2020
Menarik untuk diperhatikan!
1. Berjaya brekout keluar daripada consolidation phase (kotak merah) pada 1/12/2020.
2. Membuat minor uptrend dalam cubaan untuk menuju ke 52w resistance pada paras 0.445.
3. Jika berjaya breakout dan bertahan di atas paras itu. berkemungkinan akan meneruskan kenaikan pada aras FIBO extension 1.618 atau lebih.
4. Masih berada dalam keadaan major uptrend jika berdasarkan Elliot wave pada monthly chart.
// Analisis peribadi. TAYOR //
SCH di Fasa Correction SCH jika diperhatikan dan kajian yang dibuat berdasarkan teori elliot dapat kita jangka kan sekarang berada di titik A ke B di mana iaiya kenaikan yang pendek dan tempat untuk short dan yang mana tersangkut untuk lepas pada tahap ini . apapun ini hanya sekadar kajian dan perlukan kajian anda sendiri juga untuk menentukan hala tuju sesebuah kaunter itu.
Kajian untuk rujukan di masa akan datang
Nasdaq - Perlu bolosi garisan bawahAnalisis Nasdaq
Nasdaq seperti Index US yang lain, perlukan satu tujahan ke bawah untuk memecahkan garisan bawah aliran menurun.
Memecahkan aliran ini bakal menunjukkan kekuatan tren yang dikaitkan dengan gelombang 3 Elliott Wave.
Sudut kejatuhan juga masih landai menunjukkan tiada daya impulsif yang wujud.
Paras invalidasi adalah bull-bear line. Sekiranya dibolosi, admin cenderung mengatakan kejatuhan sudah tamat.
Abang Doji.
Ekovest - Di penentuan Bull atau Bear RunAnalisis Ekovest
Sedikit analisis Elliott Wave untuk Ekovest.
Admin merasakan ada lagi new low untuk Ekovest, namun sekiranya Ekovest berjaya memecahkan level kotak merah ini, kemungkinan kita akan menyaksikan satu rally yang lebih panjang untuk Ekovest.
Abang Doji.
Nasdaq - 0.618 Fibo Top?Kemaskini Nasdaq -
Nasdaq sudah berada di paras 0.618 carta mingguan.
Untuk darjah yang lebih kecil, kelihatan ada kemungkinan bahawa Nasdaq telah menyiapkan 5 dari 5 gelombang kenaikan. Kejatuhan tempohari adalah lebih besar dari puncak Mid February sebelum kejatuhan Corona Virus.
Admin lukiskan 3 channel menaik Nasdaq yang semakin lama semakin tinggi darjah kenaikan. Ini berpotensi untuk menjadi Klimaks Belian untuk Gelombang 5 dalam Elliott Wave.
Mari kita ikuti seterusnya.
Abang Doji.
Emas - Terpaksa Recount. Kenaikan sudah tamat!Kemaskini Emas:
Dengan penguatan US Dollar, kenaikan Emas mungkin bakal terhenti.
Admin telah menukar kiraan gelombang kerana kiraan sebegini lebih tepat.
Wujud corak 'pennant' / 'triangle' dan ada pendapat dalam analisis Elliott Wave bahawa 'triangle' tidak berada di posisi gelombang kedua.
Sekiranya kemungkinan ini diambil kira, Emas sudah menyiapkan 3 gelombang korektif dan kita bakal menyaksikan penurunan harga yang lebih banyak.
Abang Doji.
Careplus - Tiada swing cuma fifoAnalisis gelombang Elliott buat Careplus.
Admin merasakan masih ada potensi kenaikan buat Careplus. Namun di tahap ini, admin sendiri tidak akan memilih untuk masuk. Admin lebih berminat untuk menunggu diskaun di paras yang lebih rendah.
Sekiranya paras harga RM1.54 dibolosi, admin rasakan itu adalah paras sokongan terakhir dan boleh lupakan Careplus buat seketika.
Abang Doji.
JCY - Belum tamat selagi belum terbuktiAnalisis gelombang Elliott untuk JCY
JCY kelihatan sudah membuat corak baji menaik yang sinonim dengan corak gelombang kelima dalam 5 pergerakkan impulsif.
Oleh kerana gelombang 1 dan gelombang 3 mempunyai magnitud yang sama, jadi gelombang kelima boleh jadi lebih panjang atau lebih pendek. Gelombang kelima hanya terbukti tamat jika ia memecahkan paras gelombang keempat di harga 0.450.
Untuk yang memegang saham ini, paras 0.450 adalah paras kritikal. Sekiranya ia bocor, JCY mungkin menyaksikan jualan yang lebih dalam.
Abang Doji
Solarvest - Jangan entry selagi..Analisis Gelombang Elliott untuk Solarvest
Solarvest kelihatan sudah menemui paras sokongan dengan ekor bawah yang panjang di fibo 50%.
Paras halangan kini adalah di laluan menurun serta paras overlap gelombang 1 di harga RM1.440.
Admin mencadangkan untuk menunggu harga memecahkan kawasan ini untuk memberi petanda awal bahawa potensi kenaikan masih ada.
Sekiranya gagal, admin berpendapat bahawa harga mungkin akan memecahkan channel aliran menaik dan kita bakal menemui satu gelombang jualan yang lebih besar.
Abang Doji.
Bursa Mingguan - Gagah di gelombang ketiga dari ketigaAnalisis Bursa dari sudut pandangan Gelombang Elliott
Bursa kini sedang berada di paras momentum, gelombang ketiga dari ketiga. Admin rasakan satu kerugian sekiranya kita terlepas untuk membeli saham baik seperti ini.
5 gelombang telah seakan lengkap dalam darjah yang lebih kecil, admin menantikan satu harga yang lebih rendah untuk mengambil posisi beli.
Abang Doji
Dufu - 5 Gelombang telah LengkapPerkongsian Idea Gelombang Elliott untuk Dufu -
Dufu kelihatan sudah menyiapkan 5 gelombang untuk gelombang 1 dari 3. Gelombang ketiga adalah gelombang yang paling panjang dan penuh momentum, bermakna saham ini sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. (Faktor fundamental perlu diambil kira, potensi sektor cakera keras dll).
Jumaat lepas Dufu telah berjaya memecahkan paras halangan 0.618% fibo (hubungan gelombang 5 = 0.618% gelombang 1-3). Paras penutupan mingguan ini kelihatan kuat.
Bagaimanapun, sekiranya Dufu memecahkan laluan menaik di kotak biru, itu menandakan bahawa gelombang 1 telah tamat dan gelombang kedua telah bermula.
Abang Doji
Minyak Mentah - Harga yang sangat menarik untuk short!Kemaskini harga Minyak Mentah Mingguan:
Minyak mentah kini terhalang di paras fibo 50% dari kenaikan. Paras ini dilihat menjadi satu rintangan buat minyak mentah buat masa sekarang.
Sekiranya kiraan gelombang admin betul, Minyak mentah masih memerlukan satu lagi kerendahan rendah (Lower Low) untuk gelombang kelima, dan kenaikan ini tidak boleh melepasi paras gelombang pertama (Peraturan Gelombang Elliott - Gelombang 4 tidak boleh masuk ke kawasan gelombang 1)
Harga ini adalah satu harga yang cantik untuk mencari posisi jual, memandangkan ratio risiko - ganjaran yang tinggi!
Abang Doji.
Top Glove Aset Penting KLCISedikit idea kiraan gelombang untuk saham Top Glove. Bursa Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai saham saham getah dalam komponennya.
Admin cenderung kepada neutral dan mahu melihat lebih banyak gelombang seterusnya untuk menilai kiraan gelombang Elliott untuk Top Glove.
JFTECH1. Masih lg uptrend - harga masih meniti garisan sokongan oren (short term to mid term)
2. Tanda-tanda untuk harga turun itu sudah ada dan mungkin sedang bermula proses untuk melakukan gelombang elliot ke 2
3. Level penurunan yang dijangka adalah antara 62%, 50% dan 38% sebelum kenaikan
4. Jika harga pecah ke bawah garisan sokongan silver, berkemungkinan besar gelombang kedua tidak menjadi
XINHWA bullish kalau break 69senXINHWA sekarang belum berjaya tembus 69sen.
buat masa ni, elliot wave count pada chart ini mungkin mencadangkan wave 5 dah abis, dan akan masuk fasa correction ABC.
pergerakan harga dijangka bullish jika berjaya menembusi 69sen, seperti yang terjadi pada 11 feb, dan penyambungan Wave 5.
GDB1. Major trend masih bullish dengan bankerchip masih menguasai
2. Harga seakan sudah di puncak walaupun harga sasaran asal berdasarkan corak carta rounding bottom ialah 0.690. Jika diambil kira kitaran elliott wave sejak permulaan kenaikan berserta volume, sekarang sudah sampai wave ke 5 dan jangkaan akan retrace dulu . Ada candle merah dgn volume paling tinggi juga beri signal bahawa ada smartmoney sudah menjual (mengambil untung)
3. Jika trend bullish masih berterusan sasaran 0.690 boleh dicapai cuma jangkaan sekarang dia akan bermain di paras antara 0.565-0.630 untuk terus menaik. Jadi boleh ambil level fibo tersebut sebagai support dan resistance jika ingin trade.
KLCI, strong bullish menanti?Lihat pada carta mingguan KLCI kita dapati ianya membuat corak Falling Wedge. Dan sedang menyempurnakan Gelombang 5 (Elliott Wave).
Cuma persoalannya di manakah hujung Gelombang 5.
Sebelum lihat pada Gelombang 5 kita lihat pada Gelombang 4 dahulu. Gelombang 4 sebenarnya agak pra matang iaitu tidak mencapai puncak maksimum (61.8%) tetapi sebaliknya hanya capai puncak minimum (50%).
Jika Gelombang 4 capai puncak maksimum, projection Gelombang 5 dijangka berakhir di paras 1605.
Namun disebabkan Gelombang 4 tidak capai puncak maksimum, kita lihat pula pada projection minimum Gelombang 5 iaitu 38.2% iaitu di paras 1629.
Namun apakah pengesahan yang ada bahawa di situ kemungkinan besar adalah penghujung Gelombang 5. Kita lihat pada carta harian.
Pada carta harian kita nampak adanya isyarat Bullish Divergence dan juga indeks hari ini tutup di atas paras 1629. Ini sekaligus menyokong 1629 sebagai penghujung Gelombang 5.
Apa pergerakan seterusnya?
Jangkaan seterusnya ialah indeks akan bergerak ke paras 1732. Di situ akan berlaku sedikit retracement. Ini adalah saat kritikal untuk menentukan samaada indeks akan bergerak bullish ataupun bearish.
Analisa ini sah selagi indeks tutup atas dari paras 1629.
Frontkn kini di Gelombang ke 5Semalam dengan jayanya Frontken membuat breakout untuk mencipta ketinggian baru. Tapi adakah ia akan naik tanpa had?
Jika melihat pada carta mingguan, frontken kini di Gelombang ke 5 mengikut teori Elliott Waves.
Melalui Fibonacci Projection, maka kita boleh dapat target price sekitar 1.23 dan 1.41.
Setelah capai ke puncak gelombang 5, biasanya harga akan membuat pembetulan major. Ini boleh jadi Distribution Consolidation (sesudah itu harga akan tren ke bawah) ataupun Re-Accumulation Consolidation (sesudah itu harga akan sambung kenaikan). Yang pastinya Consolidation ini makan masa panjang.
Trade Smart.
*Analisis ini sekadar untuk pembelajaran, bukan Buy Call. Anda dinasihatkan untuk melakukan analisa sendiri sebelum membuat sebarang keputusan.
VELESTO - masih uptrendVELESTO kelihatan dalan wave 3 dan mula membuat pembetulan. kemungknan menuju kearah S1 untuk wave 4 sebelum kembali mencuba paras R1 untuk wave 5. Jika S1 gagal menahan pergerakan harga dari turun, paras seterusnya ialah S2. Jika paras ini juga ditembusi, maka pengiraan elliott wave ini terbatal.