FauziSaham

KLCI, strong bullish menanti?

Panjang
FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Lihat pada carta mingguan KLCI kita dapati ianya membuat corak Falling Wedge. Dan sedang menyempurnakan Gelombang 5 (Elliott Wave).

Cuma persoalannya di manakah hujung Gelombang 5.

Sebelum lihat pada Gelombang 5 kita lihat pada Gelombang 4 dahulu. Gelombang 4 sebenarnya agak pra matang iaitu tidak mencapai puncak maksimum (61.8%) tetapi sebaliknya hanya capai puncak minimum (50%).

Jika Gelombang 4 capai puncak maksimum, projection Gelombang 5 dijangka berakhir di paras 1605.

Namun disebabkan Gelombang 4 tidak capai puncak maksimum, kita lihat pula pada projection minimum Gelombang 5 iaitu 38.2% iaitu di paras 1629.

Namun apakah pengesahan yang ada bahawa di situ kemungkinan besar adalah penghujung Gelombang 5. Kita lihat pada carta harian.


Pada carta harian kita nampak adanya isyarat Bullish Divergence dan juga indeks hari ini tutup di atas paras 1629. Ini sekaligus menyokong 1629 sebagai penghujung Gelombang 5.

Apa pergerakan seterusnya?

Jangkaan seterusnya ialah indeks akan bergerak ke paras 1732. Di situ akan berlaku sedikit retracement. Ini adalah saat kritikal untuk menentukan samaada indeks akan bergerak bullish ataupun bearish.

Analisa ini sah selagi indeks tutup atas dari paras 1629.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.