EMAS (Dua Garisan Penting untuk Dilepasi)- EMAS masih di dalam mood downtrend.
- EMAS meneruskan penurunan sehingga ke paras RM 220/gram.
- Kemudian EMAS dilihat rebound sehingga ke paras SBR. Paras ini penting untuk dilepasi tetapi EMAS dilihat tidak berjaya untuk melepasi paras SBR ini. Jadi, kemungkinan kenaikan ini hanya technical rebound atau dead cat bounce sahaja.
- Setelah melepasi garisan SBR ini, EMAS perlu melepasi garisan downtrend line pula untuk bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sideways.
- Kemungkinan EMAS akan jatuh semula di atas new support. Setelah jatuh di paras new support, amat penting untuk dilihat samada EMAS jatuh melebihi paras new support atau cuba untuk rebound semula. Jika harga EMAS jatuh melebihi paras new support, EMAS akan meneruskan penurunan dan mencari support terbaru manakala jika harga EMAS rebound kembali, kita perlu perhatikan samada harga mampu memecahkan SBR atau tidak.
Nota kaki:
* Downtrend = Penurunan / Harga menurun.
* Rebound = Harga melantun keatas.
* SBR = Support Become Resistance. Paras harga RM 230/gram sebelum ini adalah support (lantai) terkuat untuk EMAS tetapi apabila EMAS jatuh di bawah support (lantai) ini, support (lantai) ini menjadi resistance (rintangan) pula bagi EMAS.
* Technical rebound dan dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika 'harga jatuh secara keseluruhan'.
* Uptrend = Kenaikan / Harga menaik.
* Sideways = Harga mendatar.
* New Support = Lantai baru.
Cari dalam idea untuk "EMA"
EMAS (Semakin Membimbangkan?)Emas sekarang berada di paras support terkuat iaitu pada sekitar harga RM 230/gram. Ini merupakan kali keempat emas turun ke paras ini sejak April 2020.
Pada pertengahan Julai 2020, emas telah berjaya melepasi harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai support terbaru. Kemudian, tidak lama selepas itu emas turun semula di bawah harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai resistance semula. Emas juga telah jatuh di bawah MA 200 menjadikan emas berada dalam keadaan downtrend.
Satu bentuk atau pattern yang yang menarik dapat diperhatikan dalam graf ini iaitu 'head and shoulders'. Pattern ini kebiasaannya mendorong harga untuk jatuh kebawah lagi. Adakah harga emas akan rebound semula atau akan jatuh dengan drastik?
Nota kaki:
* Support = Lantai. Kebiasaannya harga akan naik semula apabila turun sampai ke paras lantai ini.
* Resistance = Rintangan / Bumbung. Kebiasaannya harga akan turun semula apabila sampai ke paras rintangan ini.
* MA 200 = Moving Average 200. Purata pergerakan harga untuk 200 hari kebelakang. Kebiasaanya apabila harga berada di atas MA 200, harga dikira stabil dan menaik manakala apabila harga berada di bawah MA 200, harga dikira membimbangkan dan menurun.
* Downtrend = Harga menurun.
* Rebound = Melantun semula ke atas.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan dimana lantai menjadi rintangan / bumbung.
* Head and Shoulders = Kepala dan Bahu. Kebiasaanya bentuk ini menggambarkan bahawa harga akan menurun.
EMAS (Perjalanan Menuju ke Paras Kegemilangan)EMAS terus melakukan lonjakan setelah berjaya BDTL. Kenaikan terkini merupakan pusingan kedua sejak harga BDTL. Sebelum melakukan pusingan kedua kenaikan, EMAS dilihat membuat pullback dan rebound di atas fibo 0.618 menandakan kekuatan kenaikan EMAS pada kali ini adalah kuat (strong uptrend).
EMAS berjaya breakout paras harga RM 250/gram yang merupakan resistancenya (kini telah menjadi support) dan fibo 1.618 pada paras harga RM 251.70/gram. Berkemungkinan selepas ini, harga akan retest dahulu di paras RBS sebelum meneruskan kenaikan. Berkemungkinan juga harga akan terus melonjak ke paras fibo 2.618 pada paras harga RM 263.85/gram.
Target yang paling ditunggu² adalah paras harga RM 280 yang merupakan ATH bagi EMAS. Adakah EMAS mampu kembali ke paras ATH nya? Mari sama² kita perhatikan. 🍿🍿🍿
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
DISCLAIMER: Penulis bukan penasihat pelaburan, penasihat kewangan atau broker berlesen. Sebarang idea-idea analisis yang dikongsikan hanya bertujuan untuk memudahkan pembelajaran semata, bukan buycall atau sellcall.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
EMAS (Berjaya Melawan Arus Penurunan)EMAS secara overall dilihat masih dalam downtrend. Sebelum ini, EMAS dilihat berjaya melepasi MA 50 tetapi tidak mampu melepasi downtrend line. Walaubagaimanapun pada hari ini, EMAS telah melepasi MA 50 dan juga downtrend line. Adakah BDTL ini mampu membuat EMAS reversal atau sekali lagi membuat technical rebound?
Jika EMAS mampu bertahan di atas RBS (RM 230/gram - RM 233/gram), target seterusnya adalah pada harga RM 250/gram. Jika harga sekali lagi jatuh di bawah RBS (RM 230/gram - RM 233/gram), target seterusnya adalah pada harga RM 220/gram.
Nota kaki:
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika sebelum meneruskan penurunan.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
EMAS (Arus Penurunan yang Sukar Dilepasi)EMAS masih di dalam mood downtrend. Sebelum ini, EMAS berlegar² di kawasan RBS tetapi tidak mampu lagi melepasi downtrend line dan MA 50 (rujuk garisan ungu). EMAS dijangka menuju ke paras support pada RM 220/gram sebelum membuat keputusan samada ingin meneruskan penurunan atau rebound dan kembali meneruskan kenaikan.
Kejatuhan EMAS ini dikaitkan dengan pengukuhan matawang US Dolar dan US Treasury Yield yang meningkat.
Nota kaki:
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* RBS = Resistance Become Support.
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Rintangan atau bumbung harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
EMAS (Percubaan Memecahkan Arus Penurunan)Emas rebound diatas support terkuat iaitu pada harga RM 230/gram. Tiga hari harga emas bermain di kawasan support terkuat ini dan pada hari ni, emas dilihat cuba untuk rebound dan meneruskan kenaikan. Adakah harga emas akan meneruskan kenaikan sehingga ke RM 250/gram atau meneruskan kenaikan sementara kemudian turun kebawah harga RM 230/gram? Sama² perhatikan samada harga mampu memecahkan downtrend line atau sebaliknya.
Nota kaki:
* Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang descending triangle, boleh klik pautan di bawah 👇
EMAS (Penurunan Seketika yang Berupa Peluang bagi Pelabur Emas)EMAS kini sedang mencuba untuk mendaki pergunungan hingga ke pucuk yang pernah dicapai iaitu RM 280/gram yang merupakan ATH bagi EMAS. Kebiasaan dalam kenaikan, pasti akan berlaku juga penurunan sedikit atau lebih dikenali sebagai pembetulan harga sebelum meneruskan lagi sesi kenaikan. Terkini, EMAS dilihat membuat pullback yang sangat tajam setelah sebelumnya melakukan kenaikan parabolic. Walaubagaimanapun, pullback yang tajam ini masih dianggap penurunan yang sihat kerana:
1) Harga masih di atas trend line (rujuk garisan biru di dalam carta).
2) Harga dilihat membuat rejection di atas fibo 0.382 iaitu pada paras harga RM 245.50/gram.
Nota kaki:
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
EMAS (Menuju ke Paras Kegemilangan Sebelum Ini)EMAS terus melakukan kenaikan dan terkini, EMAS telah berjaya breakout MA 200 menjadikan EMAS kini uptrend untuk long term. Berkemungkinan harga akan retest dahulu di atas MA 200 sebelum breakout paras harga RM 250/gram dan berpotensi untuk menuju ke ATH nya pada paras harga RM 280/gram.
Nota kaki:
* Breakout = Harga naik dan memecahkan resistance.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
EMAS CPD KITARAN PERGERAKAN HARGA EMAS SEPANJANG 50 TAHUNANALISA TEKNIKAL :
1. Sepanjang 50 tahun kebelakangan ini , harga emas dunia telah mengalami kenaikan di dalam Dua kitaran Super Gelombang besar dan
2. Kini pergerakan harga emas semakin hampir melangkaui fasa akhir gelombang kitaran super kelima ((5) ) iaitu dalam Gelombang pembetulan kitaran ke Empat yang membentuk corak
Segitiga (Triangle -ABCDE) sebelum menyempurnakan Gelombang Kitaran super kelima ((5)) dan seterusnya akan membuat Gelombang Pembetulan kitaran Super berbentuk corak Zigzag (ABC)
3. Anggaran Tempoh & Jangkamasa ,
i) Kini dan sehingga tahun 2022 ;- pergerakan di dalam pembentukan gelombang Pembetulan Segitiga (Triangle ABCDE) dan harga Emas dunia hanya berkisar pada USD1,850 -USD2,000 sahaja.
ii) Berkemungkinan gelombang pembetulan ke Empat akan berakhir pada sebelum akhir tahun 2022 dan akan memulakan pergerakan menaik bagi melengkapkan Gelombang Kitaran
Super Kelima ((5)). begitu juga Pergerakan harga Emas akan mula menaik selepas Tahun 2022 dengan anggaran mencecah harga tertinggi dalam sejarah di antara
unjuran USD2,600 - USD 3,030.
iii) Selepas melengkapkan Gelombang Kitaran Super Kelima ((5)) , jangkaan pada akhir tahun 2024 , akan berlakunya penurunan Gelombang pembetulan Kitaran Super berbentukan
Corak Zigzag (ABC) dan anggaran harga emas akan mengalami kejatuhan sehingga di antara USD 1,200 - USD1,500.
Segala Rumusan & nota ini adalah berhubungkait dengan pasaran Ekuiti dunia yang di jangka akan mengalami proses pembetulan gelombang pada akhir tahun 2022,
* Untuk Makluman , ini adalah kajian semata-mata sahaja berdasar pemerhatian penulis tentang pasaran secara Global.
EMAS (Berjayakah Melantun dan Meneruskan Kenaikan?)Idea analisis :
~ Teknikal ~
- EMAS melakukan penurunan drastik dan dilihat membuat rejection di atas 2 paras sokongan:
1) Trend line support.
2) RBS pada paras harga RM 230/gram - RM 233/gram.
- Terkini, EMAS dilihat sedang rebound di atas 2 paras sokongan ini dengan 2 petunjuk:
1) Candlestick bullish harami.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Jika EMAS mampu rebound di atas 2 paras sokongan dengan 2 petanda rebound ini, harga mampu menuju ke paras resistance terbarunya pada paras harga RM 253/gram - RM 255/gram.
~ Fundamental ~
- Penurunan EMAS ini dikaitkan dengan ucapan Jerome Powell iaitu Pengerusi US Federal Reserve.
- Dalam ucapan beliau, kadar faedah kekal direndahkan sekarang iaitu sebanyak 0.25%.
- Kesannya, para pelabur akan cenderung untuk menyimpan wang mereka di dalam bank berbanding melabur ke dalam EMAS dan saham.
Nota kaki :
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Bullish Harami = 'Body' candle hijau diberanakkan atau ditelan oleh 'body' candle merah sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
EMAS (Telah Tiba Masa untuk Berhenti Berehat)Berita baik buat pelabur emas.
Baru² ini, EMAS telah berjaya BDTL dengan jayanya selepas beberapa kali membuat rejection. Kemudian, EMAS retest di atas trend line dan classical support (RM 230 - RM 233) dahulu sebelum meneruskan kenaikan.
Ketika ini, muncul juga signal 'hidden bullish divergence' daripada indikator stochastic RSI. Signal ini menandakan bahawa momentum penjualan / penawaran sangat kuat tetapi tidak mampu untuk menjatuhkan harga ke bawah kerana ketika ini, minat pembelian / permintaan terhadap EMAS adalah lebih kuat.
Mengikut MA 200 (rujuk garisan hitam), EMAS masih downtrend untuk long term. Terkini, EMAS dilihat cuba melepasi MA 200 dan berpotensi menuju ke paras harga RM 250/gram yang merupakan SBR bagi EMAS.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Rejection = Keadaan dimana harga tidak mampu melepasi paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'classical support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
EMAS (Sudah Bertemu Lantai Baru untuk Bertapak?)Idea analisis:
- EMAS masih berada dalam keadaan downtrend.
- Setelah jatuh di bawah support terkuat iaitu RM 230/gram, EMAS dilihat membuat support terbaru di paras harga RM 220/gram. Ini dikuatkan lagi dengan indikator Stochastic RSI yang membuat cross up di paras oversold.
- Adakah RM 220/gram merupakan support terakhir EMAS sebelum meneruskan perjalanan ataupun EMAS akan turun lagi mencari support terbaru?
Nota kaki:
* Stochastic RSI oversold = Line Stochastic RSI berada di bawah paras 20.00.
* Stochastic RSI cross up = Line biru bersilang ke atas line merah.
Hari pembukaan strategi perdagangan emas selepas Krismas 26/12/2Emas Meningkat pada Pembukaan Sesi Sydney
Harga emas meningkat dari 2615 pada pembukaan sesi Sydney dan kini mendekati zon 2628, yang sebelum ini telah dikenalpasti sebagai tahap rintangan untuk diperhatikan. Zon ini dijangka menjadi titik kecairan. Ketika ini terdapat reaksi pada tahap ini, namun pedagang perlu memantau dengan teliti sama ada harga mempunyai momentum yang mencukupi di sini. Jika tahap rintangan ini gagal bertahan untuk penjual, beri tumpuan kepada pergerakan harga menuju zon-zon yang lebih tinggi. (Pastikan untuk memantau kemas kini pada carta.)
Hari ini, laporan Unemployment Claims (Tuntutan Pengangguran) akan dikeluarkan. Dijangka laporan ini mungkin tidak memihak kepada USD. Berdasarkan data tahun-tahun sebelumnya, laporan Unemployment Claims biasanya menunjukkan jumlah tuntutan yang tinggi menjelang akhir tahun. Keadaan ini mungkin memberi tekanan kepada USD dan mendorong harga emas ke tahap penting yang lebih tinggi, di mana peluang untuk strategi jual boleh dirancang.
Dengan mengambil kira julat harga hari ini dan hari cuti bank di negara-negara EU, dijangka laporan Unemployment Claims dan pembukaan awal pasaran boleh menyebabkan turun naik harga dalam julat 15-20 price
Strategi Dagangan:
Jual Scalp:
Entry: 2635 - 2637
Stop Loss (SL): 2641
Take Profit (TP): 2627 - 2625
Zon Jual:
Entry: 2648 - 2650
SL: 2654
TP: 2640 - 2635 - 2627 - 2620
Beli Scalp:
Entry: 2608 - 2605
SL: 2602
TP: 2615 - 2620
Zon Beli:
Entry: 2602 - 2600
SL: 2595
TP: 2610 - 2615 - 2620 - 2628
Nota Penting:
- Beri perhatian khusus kepada strategi dan zon harga penting untuk mendapatkan hasil dagangan yang optimum.
- Tahap breakout, breakdown, serta zon reaksi penting telah ditandakan pada carta untuk rujukan anda. Bertindaklah secara proaktif dalam melaksanakan pesanan anda.
****SEMOGA BERJAYA!
EMAS (Singgah di RNR untuk teruskan atau batalkan perjalanan?)Harga emas dunia sekarang masih dalam mood accumulation tetapi semalam ia telah terkeluar daripada area acculumation dan bermain di area sokongan/support kedua.
Jika harga emas jatuh lalu memecahkan sokongan/support kedua, mungkin harga akan semakin jatuh.
Adakah emas hanya singgah di sokongan/support kedua atau memecahkannya?
Emas - Terpaksa Recount. Kenaikan sudah tamat!Kemaskini Emas:
Dengan penguatan US Dollar, kenaikan Emas mungkin bakal terhenti.
Admin telah menukar kiraan gelombang kerana kiraan sebegini lebih tepat.
Wujud corak 'pennant' / 'triangle' dan ada pendapat dalam analisis Elliott Wave bahawa 'triangle' tidak berada di posisi gelombang kedua.
Sekiranya kemungkinan ini diambil kira, Emas sudah menyiapkan 3 gelombang korektif dan kita bakal menyaksikan penurunan harga yang lebih banyak.
Abang Doji.
emas - naik naik dan turun bukitcarta emas menunjukkan sedang berlakunya pemadatan dalam beberapa waktu kebelakangan.
secara umumnya teori pemadatan ini akan diikuti pemancutan ke atas di sekitar 1880 usd perauns.
Kita tunggu saja lah di zon terakhir pemancutan ini.
EMAS/Gram 4 JUN 2021Semalam emas kelihatan melakukan kejatuhan smentara (retracement) yang agak ketara iaitu sebnyak 2% dan mencatatkan harga semasa di paras RM 248/g.
Walau bagaimanapun, belum kelihatan potensi untuk komoditi turun dengan lebih banyak kerana masih ada momentum yang kuat.
Rintangaan :
i. RM 249.56
ii. RM 251.21
Sokongan : RM 247.36
Semasa : RM 248.31
Penafian ;
Ini hanyalah sekadar perkongsian idea secara peribadi sahaja dan bukan untuk dijadikan sebarang bentuk sahutan belian atau jualan ye. Ingat para pedagang sekalian.
Lakukan Kajian anda dengan bijak.
Melabur dengan hebat & bijak.
EMAS (Adakah Harga Mampu Melawan Arus Penurunan?)Harga EMAS berlegar² di paras SBR iaitu pada sekitar harga RM 230/gram. Adakah harga mampu memecahkan downtrend line? Jika harga mampu memecahkan downtrend line, harga berpotensi bertukar arah kepada uptrend atau sideways. Jika harga tidak mampu memecahkan downtrend line, harga berkemungkinan akan turun semula ke support sekitar harga RM 220/gram.
Nota kaki:
* SBR = Support Become Resistance.
* Uptrend = Keadaan di mana harga menaik.
* Sideways = Keadaan dimana harga bergerak mendatar.