Kajian FCPO mingguanKajian FCPO mingguan
Daripada carta 15 minit, saya dapati beberapa keadaan yang lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pad harga buka minggu lepas. Ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku pada hari besok.
kemungkinan pertama
Harga akan membuat satu gap yang besar pada jarak harga 1987 - 1979. Ini adalah berdasarkan sejarah market yang menunjukkan harga bukaan pada hari pertama setiap minggu akan mencari jarak harga tertinggi atau terendah sebelum membuat pusingan. Keadaan ini biasanya akan menyebabkan segelintir trader keliru akan pergerakan harga sehingga membuka posisi ke atas sedangkan ketika itu harga telah mencecah tahap tertinggi atau sebaliknya menyebabkan posisi bertentangan dengan arah pergerakan market.
kemungkinan kedua
Harga akan buka berdekatan dengan harga tutup minggu lepas. keadaan ini adalah normal bagi market dimana trader mudah untuk menjangkakan pergerakan harga.
untuk yang demikian, harga pada jarak 1987 - 1979 adalah pusat di mana penentu pergerakan market pada sepanjang minggu ini. sekiranya harga melepasi jarak harga ke atas, posisi yang sesuai adalah posisi ke atas dan keadaan yang sama berlaku apabila hatga melepasi jarak ke bawah. Kenapa? keadaan ini disokong dengan keadaan market yang semakin menguncup yang membawa makna market menyimpan daya gerakan harga yang tinggi sekiranya berlaku kebocoran pada bentuk menguncup market.
Dengan beberapa sokongan maklumat fundamental seperti usaha kerajaan untuk meningkatkan harga minyak kelapa sawit yang di antaranya ingin mengurangkan pengeluaran minyak kelapa sawit dari 20 000 tan kepada 15 000 tan, usaha untuk meneruskan projek biodisel dan pensijilan minyak kelapa sawit adalah maklumat penting bagi menentukan arah market.
mungkin anda yang membaca boleh memberi sedikit komen dan "like" untuk menambah informasi berkenaan pergerakan harga minggu ini.
maklumat yang dikongsi pada pos kali ini adalah sekadar pembelajaran semata-mata dan tiada berniat untuk memberi arahan kepada mana-mana posisi. di harap pos kali ini menberi manfaat yang baik kepada semua.
Selamat membaca 😎
Search in ideas for "FCPO"
#FCPOG2022Saya menjangkakan level swing penurunan adalah pada level Supply yang dapat dikenal pasti pada TF15M.
Compression yang dapat dilihat memberi signal awal akan berlakunya satu BreakOut. Namun di level Resistance bukanlah tempat ideal untuk kita membuat dagangan. Adakah breakout ini memberi kekuatan meneruskan perjalanan, ataupun, breakout ini akan memberikan peluang belian di level Supply?