Analisa FCPO1! | 2018 : 10/12 - 14/12Berdasarkan carta 30 minit FCPO1! , jangkaan menaik ternyata meleset disebabkan harga FCPO1! hanya melewati ke kawasan harga halangan 2043 - 2077 dan menurun ke paras sokongan/belian yang di plotkan pada kawasan 1979 - 2010. Harga minggu lalu tutup pada harga 1998.
Harga tertinggi minggu lalu telah membentuk Lower High Higher Low , garisan tren berwarna jingga apabila digabungkan garisan tren berwarna biru membentuk satu formasi yang dikenalpastikan sebagai formasi diamond . Garisan putus tren menurun berwarna ungu telah ditembusi oleh belian disaat akhir minggu lepas.
Berikut adalah paras sokongan dan halangan bagi minggu hadapan.
Paras Jualan: 2022, 2030, 2051
Paras Belian : 1963, 1982, 1990
Kami menjangkakan harga FCPO1! ke paras jualan pada minggu hadapan , sekiranya garisan tren oren menaik ditembusi, maka FCPO1! akan turun pada harga yang lebih rendah.
Search in ideas for "FCPO"
Analisa FCPO1! | 2018 : 10/12 -14/12 (Pertengahan Minggu)Lihat pada carta 30-minit, analisa awal kami telah menembusi garisan putus tren menurun berwarna ungu pada hari Isnin dan telah melewati kawasan halangan. FCPO1! masih belum menunjukkan arah jelas bagi pedagang jangka masa sederhana ( swing trader ). Jangkaan kami, untuk beberapa jam terakhir dalam minggu ini, FCPO1! akan berlegar dalam formasi diamond . Untuk paras halangan dan sokongan sila rujuk kepada analisis yang lepas.
FCPO: Ke Mana Halatuju?FCPO pada selang masa harian kini dilihat sedang bergerak dalam fasa mendatar mematuhi corak carta segi empat tepat
Paras harga sekitar 4800 dilihat bertindak penting sebagai sokongan kuat corak carta segi empat tepat ini
Petunjuk RSI dilihat berada di paras pertengahan selari dengan pergerakan harga yang mendatar sejak beberapa hari kebelakangan ini
Petunjuk MACD pula dilihat sedang menuju ke bawah namun belum melakukan persilangan emas untuk kenaikan
Trend secara amnya dilihat masih cenderung menuju ke atas dengan disokong oleh garisan trend yang terhasil daripada pergerakan harga sebelum ini
Boleh diperhatikan bagaimana harga akan bertindak ketika berada berdekatan dengan paras rintangan dan sokongan segi empat tepat
Andainya harga hendak meneruskan kenaikan pastinya ia akan mematuhi garisan trend utama
Menarik untuk diperhatikan
*Berhati-hati dengan breakout palsu
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
PAPERTRADING FCPO TF30 (25/08/2020)Pattern dilukis awal pagi tadi... Harga telah sampai ke point jangkaan D=2620 ( Jangkaan EP Long)... Adakah harga akan berjaya membuat lantunan ke paras fibo 0.382 (2673) dan 0.618 (2705)? Sambung esok... 😁😁😁
Disclaimer: Perkongsian ini hanyalah sebagai pembelajaran peribadi.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia #fcpo
Peluang naik bagi FCPO Setelah membuat kajian pada carta kenaikan harga pada tarikh 27 Nov 18' pada paras harga 1940 hingga 7 Feb 19' pada paras harga 2344 trend menunjukkan harga menaik dengan cukup drastik dan sekali gus memberi petunjuk harga FCPO bakal menaik, mungkin lebih jelas pada suku pertama pada tahun 2019.
analisa menggunakan alat Fibonacci retracement juga telah menunjukkan harga hampir menyentuh pada peratus 78.6% dan akhiri pada paras harga 2038, jadi apa saya dapat conclude adalah kita mungkin ada peluang cerah untuk mencari entry long pada minggu depan sengan paras SL 2038 atau risiko lebih besar, SL pada harga 1940. dan TP lebih tinggi dari paras harga tinggi 2344 sebagai peak price terbaharu.
Selamat maju jaya pada semua :)
Analisa FCPO1! | 2018 : 3/12 hingga 7/12Berdasarkan carta 30 minit FCPO1! , pedagang jangka pendek berhati-hati dalam mengambil posisi kontrak FCPO1! . Ini disebabkan FCPO1! telah berlegar pada formasi megafon bermula dari 12 November 2018 sehingga minggu lepas.
Berikut adalah paras sokongan dan halangan bagi minggu hadapan.
Paras halangan: 2043, 2060, 2077 dan 2093 .
Paras sokongan : 2010, 1994, 1979 dan 1963 .
Kami menjangkakan tren ini akan berterusan kearah utara pada minggu hadapan walaupun terdapat perubahan ketidaktentuan tren pada indikator Trend Identifier kami. Pedagang disarankan mengambil separuh lot daripada lot biasa.
FCPO Ketinggian BaruFCPO kalau di lihat pada Carta, menunjukkan suatu yang memberasangkan. Tahap tertinggi pernah di capai adalah pada bulan Mac 2008 dan bulan (Ogos 2021) ini FCPO memecahnya. Tahap yang paling tinggi dilakukan pada 12 Ogos dan kemudian mengalami tekanan jualan. Keesokkannya FCPO mencuba lagi untuk mengatasi ketinggian sebelum ini. Akhir urusniaga ianya mencapai tahap 4511 mata.
FCPO masih lagi trend menaik dan berada di atas EMA 20, 50 dan 200. Kemunculan Parabolic SAR pada hari ketiga, disokong Bar Hijau Heiken Ashi, pasaran FCPO akan membuat ketinggian baru. Kenaikan ini turut melanjak kenaikan Sektor Peladangan yang boleh di perhati dekat. Saham-saham peladangan sudah mula membuat riak-riak untuk naik.
Sekian.