Cari dalam idea untuk "SUPPORTANDRESISTANCE"
KLCI sah BEARISH tapi sampai ke mana?Dengan menggunakan Fibonacci Retracement dan Ichimoku, mula-mula kita lihat tanda awal bearish di mana. Petunjuk bearish bermula apabila pada Februari 2019, Indeks menguji awan (Senkou Span B) sebagai rintangan, kemudiannya pada Mac 2019 Indeks telah sahkan awan (Senkou Span B) sebagai rintangan dengan membuat penurunan atau melantun ke bawah. (1)
Sehingga hari Rabu lepas, masih lagi terdapat 'hope' untuk kembali rebound kerana Indeks masih bertahan atas paras 1640 (Fibo 0.236) dan Chikou (garis hijau) masih lagi belum melepasi ke bawah paras Indeks yang lalu.
Namun pada hari Khamis (Semalam), Indeks akhirnya memecahkan paras 1640, dan Chikou telah melepasi ke bawah Indeks yang lepas (2). Tambahan dua lagi petunjuk Indeks bearish. Jadi nak tak nak kita kena terima Indeks KLCI kini dalam keadaan bearish.
Tapi di mana paras sokongan seterusnya?
Paras sokongan seterusnya adalah di 1600. Saya jangkakan akan berlaku lantunan apabila sampai di 1600 untuk menguji paras 1640 sebagai Rintangan.
Sekiranya Indeks tidak dapat melepasi 1640, maka kita berpeluang untuk lihat Indeks KLCI turun ke paras berikutnya iaitu 1480.
6139 TAKAFUL : Shooting Star? Permulaan Retracement?TAKAFUL telah berada di dalam fasa uptrend yang agak kukuh.
Shooting Star muncul pada chart TAKAFUL hari ni, berkemungkinan esok dan beberapa hari akan datang, akan berlaku retracement.
Di tambah lagi, TAKFAUL berada di fasa OVERSOLD.
Jadi tidak mustahil retracement akan berlaku untuk beberapa hari.
Saya percaya selepas itu, TAKAFUL akan meneruskan pendakian semula.
FA yang kukuh ada pada TAKAFUL adalah sangat sesuai untuk investment.
Sunway Construction (SUNCON) Melepasi Garis MA 200.SUNCON (MYX:5263) melintas ke atas garis MA 200 pada daily timeframe hari ini, mungkin dipacu dengan berita baik menerima kontrak berjumlah RM781.3 juta pembinaan kampus TNB di Bangsar (www.thestar.com.my)
MACD membuat silangan semalam dan RSI berada pada paras yang tinggi menunjukkan momentum yang kuat untuk kaunter ini.
Patuh shariah: Ya
Skor Fundamental iSaham: 4.2
Skor Teknikal iSaham: 5.5
Skor Purata Alpha Indicator: 7
* Sekadar pandangan seorang trader baru.
Formosa Prosonic Industries (FPI) Membuat All-Time HighFPI pada hari ini membuat all-time high yang baru melepasi harga 2.040, setelah tidak berjaya melepasinya beberapa hari yang lepas. MACD masih menunjukkan "divergence" menandakan momentum yang kuat, begitu juga RSI. Namun RSI sudah melampaui paras 70% iaitu tahap "overbought". Mari kita lihat sama ada FPI akan mampu membuat lonjakan yang tinggi hari ini.
Patuh shariah: Ya
Skor Fundamental iSaham: 5.8
Skor Teknikal iSaham: 7.9
Skor Purata Alpha Indikator: 10
* Ini pandangan seorang trader baru yang masih belajar selok-belok stock trading.