AAPL (Antara Ambil Peluang @ Lepas)• Saham Apple (AAPL) adalah saham pendasar utama etf HLAL.
• Etf HLAL pula adalah aset utama portfolio US Stocks dan Very Aggressive (Wahed Invest).
• Pergerakan harga saham AAPL sangat memberi kesan kepada harga etf HLAL.
• Pergerakan harga etf HLAL sangat memberi kesan kepada nilai portfolio US Stocks dan Very Aggressive.
• Jadi, keputusan pelaburan dalam portfolio US Stocks dan Very Aggressive perlu diberatkan @ bias kepada saham AAPL dari sudut fundamental dan teknikal.
• Dari sudut fundamental, secara amnya syarikat Apple antara syarikat yang terbesar di dunia dari sudut perolehan (revenue).
• Permintaan kepada saham AAPL ini juga meningkat dari masa ke semasa. Kesannya, harga saham AAPL meningkat tinggi sehingga saham AAPL perlu di'split' harga sebanyak 5 kali sejak 1980 bagi membolehkan pelabur² bilis seperti kita mampu beli saham AAPL ini.
- Dari sudut teknikal, terkini harga saham AAPL dah jatuh sebanyak 30% daripada harga tertinggi (USD 182.94) dalam masa kurang 6 bulan dan sekarang masih berusaha untuk naik melebihi harga tertinggi.
• Selepas kejatuhan drastik ini, harga saham AAPL dilihat sekarang sedang membuat reversal dengan petunjuk:
i. Breakaway gap di atas dinamic SnR yang agak kuat bagi saham AAPL iaitu MA 200.
• Walaubagaimanapun, saham AAPL juga berpotensi untuk meneruskan kejatuhan lagi selepas ini dengan dua petunjuk:
i. Hidden Bearish Divergence yang berpotensi terbentuk. Ini memberi gambaran bahawa momentum pembelian yang kuat masih tidak mampu menaikkan harga kerana minat penjualan masih lebih kuat.
ii. Exhausting gap yang terbentuk setelah pembentukan leading diagonal.
• Penulis lebih memilih pendapat kedua iaitu saham AAPL masih lagi bearish dan belum tiba masa untuk reversal.
• Pendapat ini juga bersandarkan kepada bacaan² dan berita² terkini yang banyak menunjukkan bahawa pasaran saham global masih lagi dalam keadaan bearish.
Nota Kaki
• Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada bearish kepada bullish.
• Bearish = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
• Bullish = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
• Breakaway Gap = Gap permulaan trend.
• Exhausting Gap = Gap dihujung trend.
• Gap (Up) = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
• SnR = Support and Resistance.
• Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
• Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
• Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi oscillator menaik (higher high).
• Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER
⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan.
⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
Cari dalam idea untuk "aapl"
AAPL: Mampukah Bertahan?AAPL secara amnya dilihat bergerak dalam trend menaik mematuhi sokongan dan rintangan saluran menaik
Terkini harga dilihat berada berdekatan dengan sokongan saluran menaik menguji kekuatan saluran tersebut
Sokongan ini adalah dilihat kritikal kerana bertembung dengan MA200 harian yang merupakan sokongan dinamik terdekat dengan harga
Lilin pada hari sebelumnya dilihat membentuk 'inverted hammer' namun volum pada lilin tersebut dilihat berada di bawah volum purata harian
Begitu juga dengan etunjuk RSI juga masih berada di kawasan jualan dan masih belum memasuki kawasan 'oversold' menunjukkan masih terdapatnya kemungkinan minat jualan masih lagi berlaku
Lilin dagangan ketika idea ini ditulis dilihat menunjukkan terdapatnya minat belian namun jumlah volum masih lagi dilihat dibawah kadar purata volum harian dan kurang daripada hari sebelumnya
Tidak mustahil harga akan naik seketika sebelum meneruskan penurunan kembali atau sebaliknya
Dengan keadaan pasaran semasa yang kurang memberangsangkan mampukah AAPL melawan arus?
Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
AAPL: Mencari Sokongan?AAPL secara amnya dilihat bergerak dalam trend menaik
Lilin pada hari terakhir dagangan dilihat membentuk 'bearish divergence' menenggelamkan lilin hijau hari sebelumnya
Analisa volum pada petunjuk OBV mendapati jumlah volum semakin berkurang tatkala harga berada di paras tertinggi
Petunjuk RSI harian juga dilihat condong ke bawah setelah ia memasuki kawasan 'overbought' beberapa hari dagangan yang lalu
Harga dijangka akan cuba mencari sokongan di garisan EMA20 mingguan (tidak dipaparkan) untuk menguji kekuatan sokongan
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama didahului dengan terima kasih
AAPL [S] MEMBUAT PATTERN ASCENDING TRIANGLE -IMPENDING BREAKOUT!AAPL MEMBUAT PATTERN ASCENDING TRIANGLE -IMPENDING BREAKOUT!
1. Saham AAPL (Apple Inc.) Sedang berada pada paras tertinggi dalam sejarahnya
2. Sedang membentuk pattern ascending triangle (impending breakout)
3. Adakah AAPL akan berjaya memecahkan garisan rintangan all-time highnya? Sama-sama kita saksikan
4. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
AAPLBerdasarkan analisis saya:
1. AAPL telah membentuk carta pennant setelah breakout dengan volum yang tinggi.
2. Stochastic menunjukkan harga dalam trend bullish.
3. Disokong MA20, 50 & 200, harga adalah dalam trend bullish.
4. Pedagang disarankan mengambil keuntungan pada paras harga (1) 139 USD atau (2) 143 USD.
Syeikh Hafiz
Penganalisis Pasaran Saham