G3: dah 2 bulan sideway dah kena 52Week LowSyarikat
G3 Global Berhad (sebelumnya dikenali sebagai Yen Global Berhad) ditubuhkan pada tahun 1992 ketika memperkenalkan pakaian jeans ke pasaran dengan jenama GA Blue. Kumpulan ini disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia pada tahun 2004 sebagai GA Blue International Bhd dan kemudiannya dinaikkan pangkat ke Papan Utama pada tahun 2005.
Kumpulan ini terutamanya pemilik dan pengeluar jenama yang asli, yang fokus pada pembuatan dan pemasaran produk pakaian berjenama berkualiti tinggi yang memenuhi standard dan kehendak pengguna yang peka dengan jenama. Produk Kumpulan disalurkan melalui rangkaian pengedaran yang luas yang terdiri daripada lebih daripada 300 kedai runcit di seluruh negara yang terletak di bandar-bandar besar dan pusat membeli-belah yang popular.
Selama bertahun-tahun, Kumpulan memperluaskan rangkaian produknya dengan mempunyai jenama seperti Mustang, Edwin, Wrangler, Underground Products, Once Upon A Time dan lain-lain. Pada tahun 2003, jenama utama GA Blue dianugerahi status Superbrands Malaysia oleh Malaysian Superbrands Majlis kerana kesedaran, kualiti dan pengiktirafan jenama yang berbeza.
Pada tahun 2016, Green Packet Berhad memperoleh kepentingan dalam G3 Global, mewujudkan usaha Kumpulan dalam perniagaan ICT melalui pengambilalihan Atilze Digital Sdn Bhd dan Atilze AI Sdn Bhd. Mengkhususkan diri dalam penyelesaian Internet of Things (“IoT”) dan Artificial Intelligence ( "AI"), Syarikat menyediakan penyampaian dari ujung ke ujung peranti bersambung, aplikasi dan layanan berdasarkan data berbasis cloud untuk Kenderaan Bersambung, Pengawasan Keselamatan Awam, Pengawalan Akses Pengecaman Wajah, Rumah Pintar, Bangunan Pintar, Bandar Pintar, Pertanian Pintar dan penyelesaian yang dibina berdasarkan Rangkaian Kawasan Lebar Daya Rendah (LPWAN) terutamanya pada teknologi LoRa.
Pada bulan Mac 2017, Kumpulan dinamakan semula sebagai G3 Global Berhad sejajar dengan kepelbagaian perniagaan dan aspirasi untuk menjadi pemain global.
Cari dalam idea untuk "iot"
KEYASIC (Berehat atau Bertukar Arah?)Sektor:
- Technology, Internet of Things (IoT), Electronic.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, KEYASIC telah mencatatkan kerugian sebanyak 8 quarter berturut². Hasil (revenue) KEYASIC juga dalam trend menurun. Keuntungan dan revenue KEYASIC menunjukkan kemerosotan YoY masing² sebanyak -159.23% dan -7.78%.
- Dari sudut Teknikal, dalam time frame (tf) daily, KEYASIC menunjukkan kenaikan parabolic dengan volume yang sangat signifikan.
- Hari ini, KEYASIC membentuk candle gravestone doji pada tf daily memberikan signal reversal.
- Bagi meneliti lebih terperinci, saya gunakan tf 4 jam untuk membuat kajian.
- Setelah melakukan kenaikan parabolic, kini KEYASIC dilihat membuat pullback sehingga ke paras fibo 0.5 iaitu RM 0.210.
- KEYASIC perlu membuat rebound samada di atas fibo 0.5 atau fibo 0.382 bagi meneruskan kenaikan.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Gravestone Doji = Keadaan dimana harga buka sama dengan harga tutup dengan ekor panjang di atas.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PEMINAT IPHONE BOLEH TUNGGU DI TRENDLINESectors: Technology, Exports, Internet of Things (IoT), Electronic, Semiconductors, OSAT
1. INARI masih lagi dalam keadaan uptrend, berdagang di atas MA200 da berada di atas trendline.
2. Mungkin akan meneruskan ke "sideway" an nya sebelum melakukan pantulan di trendline.
3. Perlu di ingat, kaunter-kaunter teknologi di Malaysia berpandukan kiblat NASDAQ, jadi harus dipastikan juga indeks NASDAQ sebelum membuat entry.
Support : Sesuai Fibonacci
Resistance : 3.75, 5.51
KRONO menganas?1) kotak bernombor 1 melihatkan harga berjaya memecahkan kawasan rintangan dan harga kemudian menguji semula kawasan rintangan yang kini menjadi kawasan sokongan.
2) setelah menguji kawasan sokongan baru, kotak no 2 menampakan pantulan harga kerana kemasukan volum pembelian yang kuat
3) kotak 3 menampakan harga kekal berada diatas kawasan sokongan dan meneruskan kenaik, dan harga terkini sudah mengatasi harga tertinggi di kotak no3
corak carta : kotak
Sektor : Teknologi, Internet of Things (IoT), Penyelesaian IT / Produk IT, Perkhidmatan Digital, Pembekal Awan
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
GTRONIC permulaan kenaikan?1) harga berada atas 3 garisan EMA
2) harga bertahan atas garisan rintangan
3) GTRONIC perlu memecahkan harga tinggi semasa untuk meneruskan kenaikan di area harga 3.200
4) harga sasaran berdasarkan corak segitiga menaik pada 4.810
corak carta : segitiga menaik
Sektor : Teknologi, Eksport, Internet of Things (IoT), Elektronik, Semikonduktor, OSAT
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
ARBB [S]: ASAS FUNDAMENTAL YANG BAGUS TAPI HARGA DIBAWAH NILAI!ARBB : ASAS FUNDAMENTAL YANG BAGUS TAPI HARGA DIBAWAH NILAI!
1. ARBB merupakan sebuah syarikat dari sektor teknologi yang terlibat dalam subsector software (IOT, Enterprise Resource Planning (ERP), dll )
2. Bagi sesiapa yang suka mengkaji, perhatikan FA bagi kaunter ARBB :
Number of Share: 455.60m (kaunter ringan)
EPS (cent): 8.01 *(8.01 x 8.1 = 64 sen, undervalued - bagus)
P/E Ratio: 3.25 (Terbaik)
ROE (%): 21.65 (okay la)
NTA (RM): 0.370 (undervalued - bagus)
3. ARBB sentiasa mencatatkan keuntungan sejak QR3 Sep 2018
3. Walaubagaimanapun, price action tidak menunjukkan kaunter ini berada dalam fasa mark up.
4. Adakah sekarang ARBB berada dalam fasa accumulation yang menanti masa untuk membuat kejutan? Sama-sama kita saksikan.
5. Pastikan ARBB menjadi salah satu kaunter watchlist anda. Tunggu masa yang sesuai. Get ready to get in jika ada peluang.
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
KRONO masih bermain main1) harga masih berada dalam kawasan pengumpulan
2) harga sudah mencuba untuk masuk kedalam kawasan rintangan namun masih tidak berjaya, dan telah menguji di garisan putus sokongan
3) sekiranya harga jatuh dari garisan putus sokongan, berkemungkinan harga akan mencuba di kawasan sokongan dan harga masih dalam fasa pengumpulan
4) KRONO harus diatas dan kekal berada 0.735 untuk meneruskan kenaikan
corak carta : kotak
Sektor : Teknologi, Internet Perkara (IoT), Penyelesaian IT / Produk IT, Perkhidmatan Digital, Penyedia Awan,
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.