Cari dalam idea untuk "macd"
MYEG 15 DIS 19 NOTA MINGGU 511. DAILY:
a. EMA dan MA: dah nampak tanda tanda reversal ke dalam uptrend, kena check next punya wave untuk kompom. Wave seterusnya dijangkakakan ke atas.
b. BB: Dah cecah line tengah.
c. MACD: Dah cantum tapi masih diff -0.024.
d. DMI: Uptrend in the making, down trend melemah.
2. TF15: dah rebounce stromg up. volume selling tapi buyer banyak.
3. TF 5: BB dah sampai atas... boleh tadah dekat 1.15.
KESIMPULAN: EP 1.15 CL 1.10, TP 1.21. RRR1:1. Watch and see dulu dekat daily.. kalau isnin close atas line tengah BB.. boleh layan laaa
GDEX berada di dalam saluran Downtrend dari Nov 20201. Resistance R1 pada 0.23 dan R2 pada 0.27.
2. Support S1 pada 0.205 dan S2 pada 0.19.
3. MACD menunjukkan bullish trend dengan persilangan garisan MACD.
4. Bollinger Band dah mengembang.
5. Jika candle dapat break out dan stay R1 dengan volume tinggi maka boleh harap reversal.
6. Candle mungkin akan berada di sideway sementara volume tinggi dan big money masuk.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
MJPERAK Tampak Menarik Menepati Teknik Gigi Emas MokKaunter Kajian Untuk Tujuan Pembelajaran : MJPERAK
Sektor : Harta benda & Solar
Kategori : Penny
Pencapaian kewangan syarikat: Negatif (Tidak memberasangkan)
MJPERAK didapati menepati ciri-ciri teknik gigi emas di mana ke empat-empat paparan masa 1 minggu, 1 hari, 1 jam, 30 minit & 15 minit mempunyai persilangan emas MACD. Ini petanda baik kaunter akan membuat kenaikan yang memberasangkan, momentum kenaikan harga yang positif.
Paparan 1 hari
1. Persilangan emas 1 macd bersilang ke atas petanda kaunter sedang membuat kenaikan (momentum menaik)
2. Stochrsi & Rsi kedua-duanya berada pada aras 65 % petanda momentum kenaikan harga yang positif
3. Kaunter berada pada paras uptrend di atas ema 100, ema 50, ema 20 & ma 5
4. Candle berada pada atas medium donchian channel (petanda uptrend) namun telah sedikit terkeluar dari channel atas donchian channel. Kebarangkalian harga akan turun memasuki area donchian channel 40-40.5 sen terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan.
Jika kaunter membuat corak periuk (saucer) atau pun bercorak mangkuk (bowl) , double rounding bottom:
- Harga mungkin mampu bergerak mencapai harga unjuran saucer & bowl iaitu sekitar harga 45.5 sen
Jika kaunter membuat corak cawan dan pemegang dibimbangan area neckline akan bocor dan turun membuat pemegang terlebih dahulu sebelum mebuat kenaikan yang tinggi.
Harga sokongan: 0.4/0.37
Harga rintangan: 0.43/0.46
Ini hanya sekadar pandangan saya semata-mata. Kajian adalah bertujuan untuk pembelajaran bersama, bukan khidmat nasihat atau 'buycall'. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian/keuntungan tuan/puan. Hati-hati dalam berdagang. Sediakan perancangan dagangan terlebih dahulu. Kenal pasti harga sokongan dan rintangan. #tayor
IOICORP DILIHAT MUNGKIN TURUN KE ZON 'DEMAND'IOICORP
Sektor : Perladangan Kelapa Sawit, Getah & Pemprosesan
1. IOICORP dilihat masih di fasa 'downtrend, di bawah EMA 100, EMA 50,SMA 200.
2. MACD menunjukkan persllangan death cross (DC)
3. Keberangkalian turun ke area demand sekitar harga RM3.845 - RM3.945
4. Storch & RSI berada pada fasa oversold di bawah 40%
IOICORP dilihat mampu membuat kenaikan (reversal uptrend) pada carta mingguan menghampiri persilangan golden cross MACD.
Sekadar pandangan sahaja. #Tayor
Gula MSM membentuk Hidden Bullish Divergence?Apa itu Hidden Bullish Divergence?
Hidden Bullish Divergence boleh disebut sebagai continuation pattern semasa sesuatu kaunter itu sedang berada dalam fasa uptrend.
Walaupun berlakunya momentum jualan yang lebih besar dalam sesuatu saham, namun harga tidak mampu ditolak untuk turun lebih bawah.
Kita akan melihat pada beberapa perkara:
1. Pembentukan pada chart apabila higher low terbentuk.
Mungkin dapat mejangkakan bahawa harga akan bergerak ke atas disebabkan momentum jualan yang lebih kuat pun tidak mampu untuk menolak harga ke bawah. Ini menujukkan bahawa minat belian saham MSM lebih kuat.
2. Indicator RSI yang membentuk lower low telah menunjukkan momentum jualan yang lebih kuat telah berlaku. Namun momentum tersebut tidak menolak harga saham untuk jatuh lebih jauh.
3.Pending Golden Cross MACD. MACD merupakan salah satu indicator laggard. Sekiranya berlakunya persilangan golden cross di mana garisan biru akan cross garisan kuning merupakan petanda bahawa saham akan memulakan pergerakan uptrend.
Setelah kenaikan yang agak banyak telah berlaku pullback menandakan bahwa chart MSM ini masih melakukan kenaikan yang sihat.
Apa-apa pun sekadar idea saya dengan mengaplikasikan bullish divergence dalam chart.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
YBS(0025): Pandangan Daripada Pedagang BaruYBS ialah syarikat pengeluar major dalam besi dan kejuruteraan.
Mengikut pandangan carta. YBS didalam trend menaik dan sedang membuat HH yang baru.
MACD Histo menunjukkan pengurangan ingin bertukar kepada trend lembu dan hanya menunggu untuk silangan emas MACD.
Berjaya kah dia sampai ke harga lahir. Jika pecah harga lahir. Kemungkinan akan mencari harga lahir. (Rujuk Carta)
Garisan melintang sebagai aras rintangan dan lantai. Garisan putus putus sebagai aras sambutan.
Sekian pandangan dari pedagang baru.
widad tf30min berpotensi aktif esok 23/11/2020indi stochastic rsi menunjukkan persilangan cantik biru ke atas merah pd TF 30min menunjukkan akan ada kenaikan sementara dlm ms terdekat (jangkaan esok).
indicator MACD juga sgt cantik bersilang biru ke atas merah dan kaunter akan leboh menarik baka BO sekiranya melepasi garisan 0.00 MACD.
Volum pd TF 1hari juga menunjukkan terdapat pengumpulan 😁💪🏻.
.
KHEE SAN COKLAT MANIS... semanis candle sticknya!!!KAJIAN 16 OGOS 2020
KHEESAN SECTOR INDUSTRIAL PRODUCT...
.
.
.
FA: Number Of shares: 114.40 M (agak cepat untuk naik dan turun)
.
.
.
TA: Cubaan Breakout MA50, cadangan entry apabila market berjaya mengekalkan candle pada garis di atas MA50.
> Stock RSI masih mendongak, namun sedikit di atas ( jika berjaya entry pada harga 0.340 / 0.345 ) boleh teruskan pegangan sekiranya menunjukkan kenaikkan memecahkan halangan TP1: 0.360 untuk mendaki lebih tinggi ke TP2: 0.385.
> MACD juga menunjukkan perkara positif apabila garis biru masih berada di atas garisan merah nampak cubaan rebound pada garis MACD.
> Garis MA50 sebagai support terdekat yang perlu di ambil perhatian. Stoploss sekiranya candle pecah ke bawah MA50.
Penafian:
sila sediakan pelan dagangan masing-masing...Kajian yang di buat hanya sekadar cadangan dan pembelajaran
#studentmahersahampremium
#kongsikanrezekidoakansaya
EWEIN: Pembelian berisiko rendah1) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana persilangan garisan MACD dan signal nya bagi indikator MACD.
2) Selain itu, indikator Stoch RSI juga telah bersilang dan mencapah ke atas di paras 30.
3) Candle juga berada diatas MA10 menunjukkan kaunter didagangkan dalam mod uptrend bagi jangka pendek.
4)Tetapi masih perlu berhati-hati kerana didagangkan dibawah MA20 dan MA50.
5) Jika dilihat pada kemasukan volume semestinya tidak boleh diabaikan kaunter ini.
6) Cut loss level pada 0.565 dan target TP pada 0.610.
MPAY: Saham Kecil yang mula mendaki
Secara Teknikal melihat kepada petunjuk Ichimoku, MA dan MACD. di lihat harga saham MPAY mula mendaki di atas awan, dan harga di lihat stabil di atas 20ma, dan MACD pula telah mula bertukar menjadi nilai positif. melihat kepada carta harian saham ini secara keseluruhan , berkemungkinan ini adalah permulaan bagi pendakian saham MPAY ke paras yang lebih tinggi.
REVENUE: Mengharap dapat memberi revenue kepada kita1) Paras sokongan bagi kaunter ini adalah pada 1.180 dan paras rintangan seterusnya pada 1.340 dengan risk reward ratio lebih kurang 1:1.
2) Kaunter ini didagangkan diatas MA20 menujukkan trend jangka sederhana dalam keadaan melakukan kenaikan.
3) Kaunter ini menerima volume pembelian yang banyak pada 13 Mac, maka kita tahu terdapat market maker didalam kaunter ini.
4) Kaunter ini juga menarik keran garisan MACD dan garisan signal telah bersilang dan menuju paras 0. Sejarah kaunter ini menunjukkan kaunter ini bakal melakukan kenaikan lebih tinggi apabila melepasi paras 0 di indikator MACD.
5) Indikatir Stoch RSI berada paras 60 dengan momentum build up berlaku dan bakal melakukan kenaikan lagi.
6) Indikator PArabolic SAR juga telah melintas kebawah, kita boleh ride the trends selagi parabolic SAR berada di bawah candle.
7) Para traders boleh melakukan pembelian pada harga terkini atau tunggu kaunter melakukan retracement sedikit.
PRESTARIANG: DIVERGENCE
Melihat pada carta harian Prestariang, saya melihat ada pembentukan divergence, ia adalah bullish divergence. ok, tahu dan faham kah anda dengan apa yang di maksudkan dengan divergence, ia di ertikan sebagai sesuatu yang berlawanan arah dan dalam konteks pasaran saham ini, jika di lihat pada carta harian, harga saham ini semakin menjatuh, tetapi melihat pada paras MACD ia semakin manaik, dalam erti kata lain, ada perlawanan antara harga dan macd. secara senangnya begini, para penjual terus terusan menejual saham ini, dan sehingga satu tahap pembeli mulai masuk dengan banyak, maka tiada lagi arah harga kecuali untuk naik ke atas kerana jumlah pembeli di andaikan lebih kuat dari penjual, a benar ini adalah bullish divergence maka dalam masa terdekat ini, saham ini akan menukar arah dari gerakan yang jelas turun, kepada mendatar dan di masa yang terekat akan naik. dan melihat pada petunjuk ichimoku, paras halangan terdekat ialah di paras 55.5sen, walau bagaimanapun hati hati, kerana saya mendapati FBMKLCI pada waktu ini adalah kuat dalam keadaan bearish untuk jangka panjang kecuali ada support yang kuat masuk dan menyokong paras pasaran, kerana kejatuhan FBMKLCI akan berjangkit kepada saham saham yang lain.
FBMKLCI: kesinambungan kejatuhan GAP
dari laporan terakhir berkaitan FBMKLCI, pada laporan terakhir, saya mengjangkakan yang ada pembentukan gap pada carta FBMKLCI, yang mana dimulai dengan exhaustion gap kemudian nya runaway gap yang mana secara tidak lansung terus membentu island gap. dan pada hari ini FBMKLCI sekali lagi meyambung kejatuhan nya sebanyak 6.77 mata untuk di tutup pada 1693.99 mata. apa yang di harapkan ialah berkemungkinan sokongan yang akan datang semula pada paras 1680 yang mana di lihat sebagai paras sokongan pada petunjuk ichimoku di garisan senkou span B. dan di harap dengan sokongan itu berkemungkinan indeks akan memberikan reaksi yang positif untuk terus berada di atas awam. walapun di lihat indeks telah pun jatuh di bawah dua sokongan awal lower support pada rising wedges dan garisan 20ma. dan kejatuhan ini di sokong oleh silangan negatif pada petunjuk MACD. MACD adalah petunjuk awal pertukaran trend, dan dengan silangan negatif ini, berkemungkinan bahawa indeks FBMKLCI kini sedang dalam perjalanan jatuh ke paras sokongan terdekat 1680, andai kata sokongan ini di cerobohi, maka saya akan membuat laporan yang baru. terima kasih.
KOMARK: Segala petunjuk positif walau ada divergence KOMARK: Segala petunjuk positif walau ada divergence
Melihat pada saham Komark, di lihat semua petunjuk masih lagi positif, harga berada di atas awan, tenkan masih di atas kinjun,MACD juga masih positif, RSI tinggi dan berada dalam kawasan terlebih beli (overbought), namun begitu ada kelihatan kemungkinan bearish divergence antara harga dan histogram MACD.
BIO OSMO: Saham kecil, tapi mula di minati...
Melihat pada petunjuk ICHIMOKU, mungkin ia adalah seperti saham saham lain yang mula melonjak naik melepasi awan, tetapi jika di lihat pada RSI, ia menunjukkan yang saham ini telah mengalami proses pembelian yang banyak, kerana paras RSI kini telah berada di atas paras belian terlebih (ovebought), mungkin ada sesuatu yang menarik minat pelabur untuk membeli saham ini. dah petunjuk MACD juga sangat positif, walaupun telah naik tinggi, ia masih kelihatan semakin renggang antara satu sama lain, yang bermaksud, harga sedang mengalami kenaikan yang kuat, ini juga terlihat pada histogram MACD.
KLCI bakal memecah sokongan MA20KLCI bakal memecah sokongan pergerakan purata 20, ketika ini di 1684, sekiranya perang dagang US-China menunjukkan impak kepada KDNK dan syarikat-syarikat awam di Malaysia pada Februari ini. Sekiranya pecah 1684, maka sokongan KLCI seterusnya adalah pada lower bb iaitu 1665. Sekiranya pecah 1665, KLCI mampu menguji kawasan 1630 sebelum membuat keputusan hala tujunya akan datang. Penunjuk teknikal MACD juga menunjukkan momentum belian yang berkurangan. Tetapi, kita juga boleh mengambil kemungkinan berlakunya 'rebound' daripada titik persilangan MACD. Jika ini berlaku, KLCI mampu memecah 1705 dalam bulan ini untuk meneruskan pendakiannya ke atas.
Apa-apa pun, selamat berdagang.
FBMKLCI: Masih bergerak naikMelihat pada carta harian FBMKLCI dengan petunjuk ICHIMOKU dan 20ma beserta MACD. 2 dari petunjuk memberi isyarat beli.
Isyarat MACD serta 20ma telah positif beli pada 18 Disember apabila indeks berada di paras 1670. Paras 1670 ini adalah paras halangan sebelum ini, kini paras 1670 telah bertukar peranan menjadi paras sokongan.
Melihat pula pada ICHIMOKU, paras ICHIMOKU 1705 dan 1725 di guna pakai sebagai paras halangan selanjutnya.
Persoalannya? apakah indeks akan terus menaik atau tersangkut dan jatuh kembali. Ada kemungkinan yang KLCI akan terus naik dan mencuba halangan di paras 1705. Dan mungkin, walaupun dengan momentum yang di lihat berkurangan, FBMKLCI akan meneruskan kenaikannya dengan perlahan lahan sehingga paras 1725. Dan di paras ini, barulah lah ada rintangan yang kuat.
Comfort ada gaya sejenis chart patternComfort menunjukkan trend seakan mula menurun setelah uptrend( short-term)
Macd juga menunjukkan mula menuju ke zero line.
Pattern kepala&bahu nampak lebih meyakinkan untuk menyokong indicator macd.
Aras sokongan@sasaran tempat dijangka melantun.
Carta daily dan weekly ada gaya serupa.
Watch it..
Salam maghrib 29/9/18