BJLAND - masih bertahan pada sokongan BJLAND masih lagi mampu untuk bertahan pada sokongan kuat 0.20, dan kini mencuba untuk naik semula dengan harga tertinggi 0.215 pada hari ini.
Volume dagangan masih belum meyakinkan untuk harga terus naik keatas.
Jika momentum pembelian berterusan rintangan seterusnya pada 0.23 dan seterusnya pada 0.24
Sep19
MRCB - cubaan untuk reboundMRCB telah melalui koreksi yang agak panjang dan terhenti pada harga terendah 0.70. Harga tersebut juga pantul pada kedua kali sebelum harga terus naik mencapai harga tertinggi 0.75. Harga juga telah rebound daripada aras Oversold.
Aras 0.70 kini sedikit menjadi sokongan kuat untuk MRCB.
Volum dagangan masih rendah dana kemungkinan fasa consolidation masih berlaku.
Rintangan seterusnya pada 0.775
Garis trendline masih lagi agak jauh, juga untuk MA.
Monitor untuk peluang entri dan jika harga untuk terus bertahan pada atas 0.70
GENTINGM - Koreksi mungkin berakhirGENM - setelah sekian lama dalam mode koreksi dan sideway, kini dalam cubaan untuk melepasi rintangan dan garis MA kritikal untuk penentuan arah tuju seterusnya.
Harga terhenti pada 3.24 pada hari ini di mana merupakan harga rintangan sebelum ini dan juga merupakan kawasan garis EMA50 dan SMA200 untuk GENM.
Rintangan seterusnya pada 3.34-3.38 dan sokongan boleh dirujuk pada kawasan 3.02-3.07
Monitor untuk momentum pembelian seterusnya dan untuk peluang entri diskaun pelaburan untuk GENM.
VS: Boleh pergi lagi1) VS perlu berada pada harga 1.320 bagi memecahkan ketinggian harga terdahulu untuk meneruskan kenaikan seterusnya.
2) Kaunter ini perlu ditutup tinggi hari ni dan signal pembelian seterusnya semestinya akan terbentuk keesokan harinya dan para trader lain akan terus melakukan pembelian.
3) Kaunter ini bagi saya menarik kerana memang berada pada trend menaik dan selagi minat belian masih berterusan, seharusnya harus diberi perhatian.
4) Pembelian boleh dilakukan apabila berlaku pullback atau tunggu harga melepasi ketinggian sebelum ini pada 1.320.
permulaan jualan jangka panjang?trade war us sino berlangsung..
dijangka ada perjanjian dari sudut pertanian
PENAFIAN:
Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa ke tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk kesemua pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga boleh digunakan untuk dagangan anda.
Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keinginan mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melabur wang sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung rugi.
Anda harus berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan sendiri sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan.
FPGROUP: Baru pecah upper level donchian 1) Harga terkini Fpgroup baru melepasi tertinggi sebelum ini pada 0.375 dengan harga terkini pada 0.380.
2) Indikator stochastic juga mencapah keatas.
3) Kaunter ini sesuai untuk hold jangka pendek selagi berada diatas harga 0.375.
4) Bagi saya kaunter ini menarik dan boleh didagangkan sekarang jika dilihat pada 20 ogos lepas kemasukan volume yang signifikan dan harga tertinggi pada 0.375.
5) Selagi harga berada diatas 0.375 kaunter ini masih baik untuk didagangkan.
Focus Dynamics: Bakal meneruskan kenaikan?1) Kaunter ini didagangkan diatas moving average 50 dan 20 menunjukkan kaunter didagangkan dalam trend kenaikan jangka sederhana dan panjang.
2) Kaunter ini menarik bagi saya kerana parabolic sar telah melintas ke bawah menunjukkan perubahan trend kenaikan berlaku.
3) Support terdekat pada 0.320 dan resistance terdekat pada 0.390.
4) Kaunter ini sangat sesuai untuk hold jika dilihat pada kenaikannya yang naik dengan cantik dan agak konsisten.
5) Kaunter bolh didagankan pada harga terkini atau tunggu kaunter telah melepasi harga 0.390.
PETRA - juga kembali trendingPETRA juga telah berjaya melepasi trendline dan kini trending di atas EMA50 dan SMA200.
Harga telah beberapa kali gap up, sejak keputusan baik QR2 FY19 keluar pada hujung Ogos lalu.
Ringtangan terkini pada 0.96 dan destinasi seterusnya pada 1.00
Monitor untuk momentum pembelian seterusnya.
MNC - Peningkata volum dagangan MNC masih lagi trending, juga bersamaan dengan jumlah volum dagangan yang semakin meningkat.
Ini boleh ditafsir dengan kemasukan pelabur2 baru, dan semestinya dengan sebab tertentu. Dan mungkin news akan keluar kemudian.
Harga kini akan menuju kepada rintangan 0.11 jika berjaya untuk melepasi 0.1
Sokongan boleh d rujuk pada 0.08
Datasonic dalam pemerhatianDatasonic sedang berlegar-legar di paras fibo 78.6%. Harga masih lagi di kawasan atas BB. RSI sedang menunjukan kenaikan.
Sekiranya terdapat momentum, kaunter ini berkemungkinan akan naik ke paras fibo seterusnya iaitu pada harga RM 0.95.
Sekiranya tidah berjaya. Paras sokongan terdekat adalah pada RM 0.86