Sernkou
SERNKOU: Harga selepas Bonus Issue (Potensi RM2) UPDATE 4Pergerakan harga kini bermula kembali dengan kembalinya kepada support 0.600. Penurunan harga ini adalah disebabkan sentimen khabar angin dan kemudiannya di akhiri dengan pengumuman melalui bursa. Namun penurunan ini tidak berlaku panjang disebabkan isu tidak begitu berat.
Ini dapat kita lihat secara teknikal, harga melonjak dari 0.600 kepada 0.620. Admin percaya pergerakan akan terus positif.
SnR kita senaraikan seperti di bawah:
Support: 0.600
R1: 0.630
R2: 0.650
R3: 0.685
SERNKOU: Harga selepas Bonus Issue (Potensi RM2) UPDATE 3"Berkemungkinan harga akan mula rebound pada dagangan seterusnya." Petikan dari kajian yang lepas.
Harga setelah turun mencari support yang ideal kini kembali mendaki dan ditutup pada harga 2 knaikan lebih tinggi. Tahniah bagi yang telah berjaya membeli pada harga terendah pada dagangan sesi pagi.
Melalui kenaikan ini, admin dapat andaikan harga akan mula kembali mendaki lebih tinggi bagi menembusi 52WH seperti yang dapat kita lihat pada carta. Cabaran sebenar akan mula dirasai apabila harga cuba untuk menembusi 0.730 dan 0.750 di paras fibo 0.618 dan 0.5
SnR sudah boleh kita snaraikan seperti dibawah:
Support: 0.650
R1: 0.695
R2: 0.730
R3: 0.750
SERNKOU: Harga selepas Bonus Issue (Potensi RM2) UPDATE 2Harga kini telah rebound pada EMA200 yang merupakan support terakhir. Jika garisan support ini tembus maka support seterusnya adalah berasaskan harga support lampau yang terhampir iaitu 0.620. Namun berdasarkan formasi lilin lilin terakhir. Berkemungkinan harga akan mula rebound pada dagangan seterusnya.
Faktor penurunan pada hari ini mungkin disebabkan oleh "profit taking" selepas ex date. Admin masih yakin bahawa kaunter ini masih berpotensi untuk kembali ke harga lama di paras RM2. Sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka sederhana dan lama.
SERNKOU: Harga selepas Bonus Issue (Potensi RM2) UPDATEDharga terkini ditutup pada harga support (0.755) yang dinyatakan melalui tulisan yang lalu. Jika dilihat pada paparan 4Htf, Lilin hollow hammer terbentuk menandakan terdapat minat belian yang tinggi pada 4 jam dagangan terakhir. Berkemungkinan harga akan kembali pada garisan EMA5 dan 9 pada esok hari jika tiada sentimen yang mengubah faktor kenaikan ini. SnR saya senaraikan seperti dibawah:
Support: 0.755
Support: 0.725 (paras rebound)
R1: 0.765
R2: 0.785
R3: 0.815
R4: 0.850
SERNKOU: Harga selepas Bonus Issue (Potensi RM2)Kaunter ini didagangkan rendah sehingga ditutup pada harga 79 sen. Bedasarkan carta dapat kita lihat masih terdapat minat belian yang tinggi dalam fasa jual beli. Sebelum perubahan harga drastik ini, harga seunit saham didagangkan adalah pada tahap minima RM2 seunit.
Kaunter ini pasti akan menjadi rebutan para pelabur. Namun pilihan tetap ditangan kita. Saya senaraikan SnR terhampir seperti dibawah:
Support 1: 0.755
Support 2: 0.735
R1 : 0.80
R2 : 0.835
R3 : 1.1