Segitiga Simetri
SERSOL : Membentuk Symmetrical Triangle 1. Pergerakan kaunter dalam kadar perlahan.
2. Namun bila corak membentuk Symmetrical Triangle, kaunter ini agak menarik jika memecahkan ruang segitiga ini.
3. Jika memecahkan ruang ini, dengan candle bullish seterusnya, jangkaan perjalanan kaunter ini akan menaik.
4. Jika sebaliknya dengan candle bearish, maka ia akan turun menguji aras sokongan di bawahnya.
5. EMA21 boleh dijadikan sebagai aras sokongan dinamik.
6. Cadangan belian: bila dah pecah rintangan dengan volume belian tinggi. layan kan....(tengok aras rintangan)
#TAYOR
#sekadarpandangansahaja
SUNZEN (Dalam Proses Memecahkan Segitiga)Sektor:
- Healthcare, Agricultural Products, Consumer Products & Services
Idea analisis:
- SUNZEN berada di atas uptrend line sejak April 2020.
- SUNZEN juga dilihat beberapa kali turun menyentuh trend line sebelum rebound kembali.
- Terbaru, SUNZEN membuat bentuk symmetrical triangle.
- Adakah SUNZEN akan berjaya memecahkan segitiga ke atas (breakout) atau memecahkan segitiga kebawah (breakdown)?
- Jika SUNZEN breakout, harga dijangka akan naik sehingga ke 0.235.
- Jika SUNZEN breakdown pula, harga mungkin akan jatuh sehingga ke 0.180 atau 0.160.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Rebound = Melantun ke atas.
* Untuk mengetahui tentang symmetrical triangle ini dengan lebih terperinci, boleh lihat pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Gap up pada 26 FEB dan Triangle telah pecah keatas.Kajian Analisa.
PUNCAK NIAGA HOLDING BERHAD. – Water Utilities.
Pendakian yang sihat sehingga menjadi HIGH HIGH.
Gap up pada 26 FEB dan Triangle telah pecah keatas
Bergerak mendaki diatas trendline tanpa pecah trend.
1. Harga berada di atas BB dijangka akan turun ke MID BB.
2. Harga berada di atas MA200,50
3. SmartMCDX indi merah – Pembeli korporat telah masuk.
4. BBD Signal – Dot Hijau, menuju ke atas.
5. Stoch RSI – Menuju keatas.
Tindakan Trader :
Harga dijangka akan turun ke MID BB dahulu
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Boleh EP di TF yg kecil untuk bersama mendaki ke puncak semula.
Adakan akan terjadi High High yang terbaru.
Mari saksikan kajian ini bersama.
# Bukan Buy Call hanya kajian Analisa sahaja.
# TAYOR.
SYSCORP (Percubaan Keluar daripada Segitiga)Sektor:
- Transportation & Logistics, Marine Operation & Chartering, Container Ship Owner, Trading & Services
Idea analisis:
- SYSCORP masih berada atas uptrend line.
- Kemudian SYSCORP membuat bullish symmetrical triangle dan cuba untuk memecahkannya.
- Adakah SYSYCORP dikira berjaya memecahkan bullish symmetrical triangle ini sepenuhnya?
- Boleh tunggu confirmation pada hari berikutnya.
Idea trading plan:
- Entry jika SYSCORP dapat keluar daripada bullish symmetrical triangle atau;
- Entry berdekatan support 0.280 untuk BOD atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas resistance 0.350 dengan volume lebih banyak daripada sebelumnya untuk BOB.
- CL jika harga 'turun' di bawah support 0.280.
- TP jika harga menyentuh resistance 1 @ resistance 2.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* BOD = Buy On Dip
* BOB = Buy On Breakout
* Untuk info tentang pattern triangle, boleh klik di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
EFRAME (Keluar Segitiga)Sektor:
- Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- EFRAME baru disenaraikan di Bursa pada 27 Oktober 2020.
- EFRAME dalam keadaan uptrend dan membentuk symmetrical triangle.
- Kemudian EFRAME rebound di atas support dan trend line sekaligus memecahkan symmetrical triangle. Keadaan ini juga boleh dikatakan break minor downtrend line (BDTL).
- EFRAME sekarang dilihat berada pada resistance 1 dan berada dalam keadaan overbought.
- Untuk entry dengan 'low risk', boleh tunggu Stoch RSI turun di bawah 20.00 (oversold).
Idea trading plan:
- Entry berdekatan trend line @ support 0.515.
- CL jika harga 'tutup' di bawah support 0.515.
- TP samada di resistance 1 @ resistance 2.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* BDTL = Break DownTrend Line.
* Overbought = Stoch RSI di atas 80.00.
* Oversold = Stoch RSI di bawah 20.00.
#TAYOR #BAYOR
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam SahamTerdapat banyak jenis segitiga dalam saham. Antaranya:
1) Rising & Falling Wedge Pattern.
2) Ascending & Descending Triangle Pattern.
3) Bullish & Bearish Pennant Pattern.
4) Bullish & Bearish Symmetrical Triangle Pattern.
Terdapat dua perbezaan antara pennant pattern dan symmetrical triangle pattern.
1) Pembentukan flagpole (tiang bendera). Flagpole bagi pennant terdiri daripada candlestick panjang-panjang dimana harga spike (bergerak laju) sebelum terbentuknya pennant. Apabila terbentuknya pennant, harga pause (bergerak perlahan) sebelum meneruskan pergerakan. Berbeza dengan symmetrical triangle dimana flagpole adalah gabungan daripada banyak candlestisk.
2) T empoh masa. Pennant hanya terbentuk dalam waktu yang singkat (kurang sebulan) manakala symmetrical triangle pula terbentuk dalam waktu yang panjang (berbulan-bulan).
Nota/Petunjuk:
* Breakdown = Harga memecahkan support dan jatuh kebawah.
* Breakout = Harga memecahkan resistance dan naik keatas.
TECHNAX bakal mendaki semula? 1. TECHNAX (sebelum ini dikenali HUAAN) terlibat dalam sector ENERGY.
2. Kaunter ini telah memecahkan short downtrend sebelum ini dan mendaki sehingga 0.230. Dapat dilihat bahawa ia sedang retrace dan membentuk SYMMETRICAL TRIANGLE. Namun dilihat VOLUME masih kurang dan berada dalam keadaan OVERSOLD serta MOMENTUM juga masih lemah.
3. Harga sekarang sedang bertahan pada EMA50 (garisan hijau) dan ini boleh dijadikan sebagai support terdekat.
4. Aras RESISTANCE terdekat adalah 0.150. Jika harga ini dapat dipecahkan dengan VOLUME yang padu…mungkin kita boleh sediakan trading plan untuk layan kaunter ini.
Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Market dilihat volatile minggu depan disebabkan ketidakstabilan politik + kemungkinan PKP dilaksanakan semula. Trade berhati-hati yaa.
Terima kasih
LKL memecahkan triangle 1. LKL terlibat dalam HEALTHCARE (KATIL dan distribute MASK).
2. Pada Jumaat lepas, kaunter ini telah memecahkan SYMMETRICAL TRIANGLE dengan VOLUME yang padu. Ini memberi gambaran BULLISH pada uptrend kaunter tersebut.
3. Harga juga telah berjaya melepasi aras EMA50 (garisan hijau) dan aras EMA50 ini boleh dijadikan SUPPORT terdekat di 0.940. Jika dilihat sebelum ini, harga berada pada support 0.855/0.860.
4. Namun demikian, jika dilihat pada TIMEFRAME 30 minit menggunakan TCT Eminent Pro, dapat dilihat harga berada dalam keadaan OVERBOUGHT dan trader perlu berhati-hati.
5. Aras RESISTANCE berikutnya adalah pada 0.990. Jika aras ini dapat dipecahkan, besar kemungkinan ia akan cuba menguji semula harga 1.01 (half candle marubozu) dan 1.17.
Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat di Malaysia, terdapat kebimbangan kekurangan katil di hospital bagi merawat pesakit. (Catalyst)
(c) Market dilihat volatile minggu depan disebabkan ketidakstabilan politik + kemungkinan PKP dilaksanakan semula. Trade berhati-hati yaa.
Terima kasih
BSTEAD slow and steadySetelah sekian lama dalam downtrend, BSTEAD sudah mengorak langkah untuk mendaki semula. Mampukah BSTEAD memecah symmetrical triangle? Tunggu dan lihat.. (FA dia agak kelaut)
GSB-Menanti keputusan QR?GSB spt membentuk partern segitiga simitri.
Keputusan QR yg bakal menjelma akan menentukan arah untuk breakout kebawah atau kebawah.
Perhati rapat akan pergerakan harga dalam sehari dua ini.
Sekiranya breakout keatas..potensi target adalah seperti carta diatas.
Perhatian:Ini bukanlah Buycall atau seangkatannya.Hanyalah bertujuann sebagai Trading Jurnal seorang newbie sahaja.TAYOR.