Teropongbursa
UZMA - 2 senario yang mungkinUZMA telah berjaya memecahkan downtrend sejak bulan Mac dengan volume yang baik.
SENARIO 1 - bullish
harga kini bullish berada diaras garis short term uptrend (ungu), dan berada diparas fibonacci 1.618. dengan keadaan indicator menunjukkan keadaan overbought, mungkin ia akan turun dulu, atau sekurang-kurangnya sideways dalam minggu depan. paras sokongan pada S1
SENARIO 2 - Bearish
Harga kini bullish tetapi dalam keadaan overbought. Jika sentimen terus negatif atau tiada perkembangan positif untuk menyokong kenaikan harga, harga mungkin akan melemah dah memecah paras short term uptrend (ungu) dan membuat pattern Breakout - Pullback - Continue (BPC) dan meneruskan (continue) kejatuhan. Paras sokongan pada S1
Terma bahasa Inggeris dan terjemahannyaKebanyakan sumber rujukan Analisa Teknikal adalah dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri terbiasa menggunakan terma terma dalam bahasa Inggeris apa bila mengajar dalam kelas dan mengeluarkan idea di TradingView. Saya akan ringkaskan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang popular digunakan bersama makna dan sedikit perjelasan berkaitan terma tersebut.
Support and Resistance - Paras Sokongan dan Rintangan. biasa ditanda pada carta sebagai S dan R
Bulish - sentimen kenaikan (positif)
Bearish - sentimen penurunan (negatif)
Market - pasaran saham secara umum, atau merujuk kepada instrumen tertentu
Trend / Trendline - arah pergerakan harga - menaik, menurun atau tiada trend (mendatar / sideways)
Break out - harga telah melepasi suatu paras rujukan (ke atas atau ke bawah)
Break down - harga telah melepasi ke bawah suatu paras rujukan
Volume - jumlah unit saham yang bertukar tangan.
Risk/reward ratio, RR, RRR - had risiko terhadap potensi keuntungan. risiko kan 1 unit untuk potensi 2 unit, RR 1:2.
Chart : carta / graf yang merekodkan pergerakan harga sesuatu instrumen (saham, forex, komoditi dsb)
Candle stick: batang lilin - suatu cara untuk merekod pergerakan harga Buka, Tutup, Harga Tertinggi dan Harga Terendah pada sela masa yang pilih.
Chart pattern - pergerakan harga membentuk corak tertentu pada carta. Antaranya corak segi tiga, dan corak bendera. Melalui chart pattern, keadaan psikologi pasaran boleh ditentukan.
Candle stick pattern - kombinasi dua atau lebih candlestick, yang melambangkan psikologi keadaan pasaran
Timeframe / TF : sela masa untuk sesebuah carta. Antara yang popular, sela masa 1 hari (harian), 1 minggu (mingguan) dan 1 bulan (bulanan). untuk traders jangka masa pendek, time frame 30 minit, 1 jam dan 4 jam merupakan kebiasaan.
Short term, Medium term, Long Term - merujuk kepada jangka masa - terpulang kepada time frame carta yang anda gunakan
Secara peribadi, saya selesa dengan anggaran lebih kurang 10 candlestick ke hadapan.
Short term
Carta 1 jam - jangkaan 10 jam kehadapan
Carta 4 jam - jangkaan 40 jam kehadapan
Carta Harian - jangkaan 10 hari kehadapan
Medium term
Carta Mingguan - jangkaan 10 minggu kehadapan
Long term
Carta Bulanan - jangkaan 10 bulan kehadapan
Jika ada terma lain yang saya tertinggal, sila komen dibawah ye. Terima kasih!
BRAHIMS - Syarikat yang bermasalah tapi harga terus naikBRAHIMS asas syarikat tidak kukuh, dan telah dikenakan Notis PN17 oleh bursa. Berhati-hati trade kaunter ini.
Short term up trend dan momentum kenaikan masih ada. Target: R1. Paras sokongan, S1.
DJI belum jelas arah tuju.DJI mingguan kini berada diparas uptrend line support, akan tetapi muncul pula chart pattern potential ascending wedge - sebuah chart pattern yang bearish jika break short term uptrend line.
Jika index berjaya melantun dari paras sokongan short term uptrendline, indeks dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga R1. Jika tidak, dan paras short term uptrend ditembusi, ,maka chart pattern ascending wedge dikira sah dan sasaran kejatuhan kemungkinan sehingga paras S3.
pada carta harian. index masih bergerak secara sideways antara 25,300 hingga 26,400 (anggaran 1100 mata atau 4%). Jika berjaya menembusi sebelah atas, maka ia dijangka untuk meneruskan kenaikan, dan jika tembusi ke bawah, maka kemungkinan index akan terus jatuh.
BRIGHT - tembus downtrendlne, short term uptrendBRIGHT Carta mingguan telah menebusi downtrendline, dan kini mencuba kembali downtrendlin, dan kelihatan melantun dari situ. pergerakan harga dijangkan akan mencuba paras R1 dengaa paras sokongan S1.
Jika S1 ditembusi, maka down trend masih berkuat kuasa, dan harga dijangka akan turun ke paras S2
SIGGAS - uptrend, tapi mungkin test paras sokongan duluSIGGAS carta mingguan - uptrend dalam channel. paras sokongan S1 dan S2. mungkin akan menutup gap 17 Jun dan dijangka melantun ke paras Rintangan R1.
Paras terbaik untuk membeli adalah pada S1. Jika S1 tidak dapat bertahan, harga mungkin akan terus jatuh ke S2
RAPID - hampir dengan paras sokonganRAPID walaupun downtrend, pergerakan harga amat jelas. dengan menggunakan downtrend channel, kita kenal pasti paras sokongan dan rintangan. kini harg ahampir dengna paras sokongan S1. jika berjaya melantun, sasaran seterusnya ialah R1. Jika gagal, CL jika harga bergerak keluar dibawah kotak ungu.
selamat berjaya.
MAXIS - peluang untuk beliMaxis kini berada sangat hampir dengan paras Sokongan uptrendline. Jangkaan harga telah menjunam banyak. tanda-tanda pengumpulan masih sedang berlaku dengan kelihatan candlestick dalam julat yang kecil.
Sentimen pasaran kurang baik, jika harga jatuh jatuh, jual dahulu dan beli apabila harga mencapai paras sokongan yang baru.
Sasaran: R1 dan R2
Sokongan: S1
KLCI Mingguan - bullish!KLCI kini telah pun mencecah paras 1590 (dalam anggaran 1600±10mata) dan kembali melantun. saham-saham komponen indeks kembali mengaum dengan pelabur membeli saham pada harga diskaun!
Minggu depan, KLCI dijangka akan mulakan kenaikan menuju R1 (1660) dan R4 1688 mata. Paras sokongan kini pada S1 (zon 1590)
Minyak Mentah harian - rebound dan masuk uptrendlineMinyak mentah carta harian telah membuat technical rebound dari paras previous low bulan Jun, dan kini masuk kembali ke atas short term uptrendline .
Pergerakan harga dijangka akan terus menaik mencuba paras R1, dan jika berjaya menembusi R1, sasaran seterusnya ialah R2.
Paras sokongan kini pada S1.