Teropongbursa
PCCS - pullback atau mengundur?PCCS dijangka akan menurun untuk pullback sehingga S1, yang kebetulan dengan paras fibo 78.6%, merupakan paras terbaik untuk buat belian. Namun begitu, jika paras ini ditembusi, paras seterusnya adalah pada 61.8% dan 50%. Jika paras 50% jika ditembusi maka kaunter ini dikategorikan sebagai telah mengundur/bearish.
ARMADA - masuk watchlistARMADA kini berada diparas tertinggi sebelumnya pada 21.5 sen dengan kenaikan minat belian. masuk watchlist untuk monitor jika kaunter ini berjaya memecahkan rintangan 21.5sen. Minyak mentah kini masih dalam mod kenaikan jangka pendek. Short term trading sahaja, bukan untuk swing.
Minyak Mentah Carta mingguanMinyak mentah telah membuat technical rebound pada R1 (Garisan Hijau/zon sokongan) dengan berita tentang serangan terhadap kapal tangki baru-baru ini..
Jangka masa singkat, carta kelihatan meneruskan kenaikan menuju S3.
Namun begitu, candle terakhir telah terlihat sebuah candle doji dengan ekor yang panjang. Jika harga gagal menembusi paras $60, mungkin pergerakan harga akan mula menurun kembali mencuba paras R1.
Paras sokongan dan rintanganWaktu terbaik untuk membuat membeli ialah pada paras sokongan S1, dan paras terbaik untuk menjual ialah pada paras Rintangan R1.
paras sokongan dan rintangan secara mudah ditanda pada titik puncak "B" dan titik lembah "A" pergerakan harga.
tandakan garis lurus melintang kehadapan (kanan carta). perhatikan seterusnya apabila harga menghampiri paras tersebut, bertindak lah. Jika menghampiri paras sokongan - beli. jika menghampiri paras rintangan, jual.
mudah saja!
WCT - kenaikan terhad jika tidak dapat tembus R1pergerakan harga kini menghampiri R1. Jika berjaya tembus R1 dengan volume yang baik. maka harga dijangka akan mencuba paras R2. pergerakan harga dikira uptrend selagi harga tidak menembusi S2
namun begitu, jika gagal menembusi R1, harga dijangka akan mencuba paras S1 dan S2.
HIBISC - berada diparas RintanganHIBISC telah breakout downtrend channel, namun begitu candle tidak berapa baik dengan Doji yang melambangkan ketidak pastian. Kemungkinan harga akan kembali mencuba paras downtrend line atau S1 dahulu sebelum meneruskan kenaikan.
namun begitu, kaunter ini dipengaruhi oleh harga minyak. jika harga minyak meneruskan kenaikan, kemungkinan kaunter ini kan terus breakout R1 menuju R2.
CRUDE OIL Mingguancarta crude oil telah melantun dari paras S5 hingga ke S2 dan menolah S2 menunjukkan sentimen bearish lebih kuat. kini, minggu ini harga telah kembali melantun dari zon sokongan ungu.
Dengan ini harga dijangka akan meneruskan kenaikan dan mencuba paras S2/S3 (lebih kurang $63), atau sekurang-kurangnya Moving Average 20 (Warna biru, $60) buat masa sekarang.
Namun begitu, jika harga memecah masuk ke zon sokongan ungu, maka sentimen bearish kuat dan sasaran seterusnya ialah S4.
KLCI jangka pendek / jangka panjangKLCI Jangka Sederhana (Carta Mingguan)
corak carta descending triangle merupakan corak carta bullish jika pergerekan indeks boleh menembusi paras rintangan sebelah atas. Pergerakan indeks masih bullish selagi berada diatas paras 1600 (±10 mata)
kesimpulan: sideways. bullish selagi diatas paras 1600
KLCI Jangka Panjang (carta bulanan)
pergereakan indeks masih dalam julat sideways (1600 ke 1900) dan kini kelihatan telah menolak paras 1600 baru-baru ini. namun begitu, candle bulan June masih sedang dibentuk. pergerakan seblum ini, ia telah membentuk sebuah corak carta berpotensi menjadi double top, dan hanya sahih jika ia menembusi paras 1600 dengan kuat. sasaran double top lebih kurang pada paras anggaran 1300.
Kesimpulan: Sideways, bullish selagi diatas paras 1600
KLCI pandangan medium term/long term Indeks KLCI masih berada diatas paras sokongan psikologi 1600, merupakan suatu tanda yang baik setelah beberapa kali kelihatan indeks mencuba paras ini (2015 - 2017)
Medium term:
Carta indeks sebelah kanan - carta mingguan
bentuk carta: membentuk descending wedge - merupakan sebuah chart pattern yang bullish JIKA pergerakan indeks melantun dari paras trendline sebelah bawah dan berjaya menembusi trendline sebelah atas. Paras sasaran ialah paras tertinggi sebelum ini iaitu lebih kurang 1900.
candlestick: candle terkini membentuk Hammer, yang juga merupakan reversal candlestick pattern.
Medium term - KLCI bullish selagi atas paras 1600.
Long term:
Carta indeks sebelah kiri - carta bulanan
Bentuk Carta: Tiada (sideways). Indeks bergerak dalam julat antara 1600 hingga 1900 (ranging). namun begitu, paras 1600 dilihat sebagai kritikal. Jika indeks melantun dari paras ini, maka sasaran seterusnya dilihat pada 1900. Jika paras ini ditembusi dengan kuat, maka bentuk carta double top akan terbentuk, dan indeks akan bearish dengan target sekurang-kurangnya paras 1300.
Candlestick pattern: tiada. candle terakhir (Mei) masih dalam proses pembentukan.
Long term KCI - bullish selagi diatas paras 1600.
HENGYUAN Elliotwave - wave 5 menunggu breakoutHENGYUAN mengikut perkiraan elliotwave, wave 4 kini sudah berakhir dengan segitiga simetri abcde. Jika harga berjaya breakout dari downtrend line bd, maka harga bullish dan wave 5 akan bermula.
entry: atas garisan bd
target: R1 (wave 5 = wave 1, X to X)
SL: bawah garisan bd