Teropongbursa
SIGGAS - angat bullishSIGGAS kelihatan peningkatan minat belian dan telah memecah paras S1.
Dijangka akan ada follow up seterusnya
Entry: Harga semasa atau paling hampir dengan S1
Target: R1
StopLoss S1
JHM - perhatikan paras kritikal iniJHM dijangka akan turun dulu sebelum menyambung kenaikan yang lebih banyak selepas ini melihatkan indicator RSI yang telah mencecah paras overbought dam kedudukan harga pada paras resistance (bahagian atas channel)
Namun begitu, ada juga kemungkinan untuk ia breakout esok, memandangkan volume yang agak tinggi pada hari jumaat yang lalu.
Entry: hampir dengan S1
Target R1
Stoploss dibawah paras S1
VELESTO - masih uptrendVELESTO kelihatan dalan wave 3 dan mula membuat pembetulan. kemungknan menuju kearah S1 untuk wave 4 sebelum kembali mencuba paras R1 untuk wave 5. Jika S1 gagal menahan pergerakan harga dari turun, paras seterusnya ialah S2. Jika paras ini juga ditembusi, maka pengiraan elliott wave ini terbatal.
HUAAN - dalam zon sokongan - belian terbaik disiniHUAAN dalam zon sokongan setelah kenaikan yang mendadak, baru-baru ini. target seterusnya R1 dan R2, dengan paras sokongan Zon Sokongan (SL jika harga keluar ke bawah zon sokongan) dan S1.
jika harga keluar dari zon sokongan, paras sokongan seternya adalah S1, dilihat sebagai satu lagi peluang untuk membuat belian / re-entry
MYEG - dah tembus channelMYEG berjaya menembusi trading range (channel) dengn volume yang baik. paras rintangan seterusnya ialah R1 (50% dari R2) dan R2 dengan paras sokongan pada S1.
indicator RSI kini berada diparas ekstrem Overbought, kemungkinan besar harga akan turun dahulu sebelum kembali mencuba paras tertinggi 22 mac.
Crude Oil menuju sasaran S3 dan mungkin jatuhpergerakan harga sedang membentuk chart pattern Ascending Wedge . harga mungkin akan mencuba paras S3 untuk menyempurnakan chart pattern tersebut sebelum jatuh dan memecah paras bawa sempadan Ascending Wedge tersebut. jika ini berlaku, sasaran kejatuhan dijangka kembali ke R1.
cadangan Long sehingga S3 dan tukar kepada Short setelah mencapai S3. CL jika harga mengundur sebanyak 5%
CAB - minat belian berserta kenaikan harga"Price volume action" menjelaskan kenaikan harga disertai dengan volume yang tinggi merupakan penunjuk positif pergerakan harga dijangka akan naik lagi.
Target R1
Stoploss S1
Jika berjaya tembus R1, sebahagian dari pegangan boleh di jual pada paras 25%, 50% dan 75% (full target) untuk pengurusan kewangan yang lebih baik.
KLCI Mingguan - uptrend sejak 2010 masih bertahanUptrend utama sejak 2010 masih bertahan dan kini membentuk doji berekor panjang. pergerakan indeks dilihat menolak paras uptrend - berkemungkinan ia akan melantun dari paras ini.
Paras Rintangan R1 & R2
Paras sokongan S1 & S2
KLCI dilihat bullish jangka pendek jika berjaya menembusi R1