Teropongbursa
PMETAL - golden cross over MA10 x Ma50Golden cross over MA10 bersilang dengan MA50 pada 11 mac. kini berada diatas paras MA100. MA100 dilihat sebagai support yang kuat untuk kaunter ini.
short term:
beli diatas 4.6 - candle 15 mac
jual bila harga dibawah MA100 (short term support - kerana ia merupakan MA yang paling dekat dengan harga)
medium term:
Buy on dip. beli bila harga turun ke MA50 & hold
Jual bila harga bersilang kebawah MA50.
nota:
PRESTAR - boleh hold selagi atas S1berita baik telah keluar pasal projek PRESTAR dengan kerajaan Malaysia. pergerakan harga telah pun memberikan klu (ruju pergerkaan volume) kepada kita bahawa ada sesuatu yang baik akan berlaku,
pada carta mingguan, jika harga berjaya tutup diatas R1, maka PRESTAR dijangka akan mencuba paras R2 *carta mingguan)
Untuk jangka masa pendek, selagi harga berada diatas paras S1 (carta harian) ianya berpotensi untuk mencuba paras R1 (carta harian). jika tidak, paras sokongan ialah pada S1 dan S2 untuk mengehadkan kerugian anda.
WCEHB - tunggu dan lihatkemasukan volume yang tinggi pada 8 Mac amat meyakinkan, namun begitu, volume pada hari ini juga amat tinggi dengan candlestick inverted hammer. sya menjangkakan volume yang besar pada hari ini adalah volume mereka yang megambil kesempatan untuk jual setelah 'sangkut' lama dengan kaunter ini.
paling baik untuk tunggu selepas T4 dan lihat apa yang berlaku. jika ia mula naik dengan kadar volume yang memberansangkan, mungkin WCEHB telah bertukar trend menaik untuk short term.
MASTEEL - masih bearishMASTEEL secara keseluruhan masih dalam keadaan bearish. belum ada kelihatan tanda-tanda reversal, akan tetapi kiraan Elliott Wave pada carta mingguan telah cukup. kini sama ada pergerakan seterusnya akan membuat wave X dan menyambung kejatuhan, atau sebuah permulaan yang baru.. kita sama-sama saksikan..
ACOSTEC - bullish untuk short termACOSTEC menunjukkan tanda-tanda positif seakan ada pemulihan dari segi laporan kewangan.
carta menunjukkan suatu perkembangan positif, kelihatan harga terendah dalam jangkauan 30sen telah berlalu dan minat belian adalah sangat tinggi selepas kejatuhan tersebut. ianya kini berapa diaras MA100 - rujuk carta mingguan - suatu berita baik
untuk short term, harga mungkin akan mencuba paras R1, Jika berjaya menembusi paras tersebut, maka kaunter ini dijangka akan naik lebih tinggi. Jika tidak berjaya, mungkin short term retracement hingga S1. namun begitu, jika S1 ditembusi, maka paras sokongan seterusnya ialah S2.
KLCI masih bertahan sejak 2010KLCI masih bertahan diatas garisan uptrend sejak 2010, (S1). Ini sebuah petanda yang baik. secara umum, pada paras ini, syarikat-syarikat yang bagus patut dibeli pada ketika ini kerana jangkaan KLCI akan terus berada diparas ini.
Jika S1 ditembusi, maka paras seterusnya ialah S2. jika ada kaunter yang telah dibeli, maka boleh hold atau jual dahulu dan cuba beli dengan harga lebih rendah ketika KLCI mencecah paras S2.
Hengyuan - target jangka masa pendek dah dicapaiHengyuan carta mingguan telah mencecah saran MA50. kini masa untuk pembetulan harga (correction).
Mengikut carta harian, pergerakan harga telah membentuk chart pattern ascending wedge, yang mana ia merupakan sebuah chart pattern yang bearish. kelihatan pengiraan elliot wave juga seperti telah mencapai wave 5 dan sedia untuk wave pembetulan ABC.
Short term - Bearish - target S1. Cut loss kalau harga menembusi R1
Hengyuan - EPS meningkat, diatas MA 100EPS semakin meningkat (rugi semakin berkurang), ditambah pula dan dengan purata harga minyak mentah menaik, Hengyuan mungkin akan meneruskan kenaikan.
secara teknikal, carta harian - Hengyuan telah berada diatas MA50 dan MA100.
Short term, harga berada di atas dan hampir dengan MA10 - menunjukkan momentum kenaikan masih kuat. harga belian / entry terbaik berhampiran MA10. Namun begitu, jika pergerakan harga melintas kebawah MA10, momentum kenaikan dianggap dah berkurang dan untuk short term trading, kena sell dulu.
Carta Emas Bulanan dan hariancarta bulanan kelihatan menolak uptrendline yang lalu dan kini memulakan langkah menuju paras sokongan T.monthly
Carta harian, untuk janga masa pendek, kemungkinan akan mencuba paras R1 sebelum kembali jatuh menuju S2. kelihatan kemungkinan perkiraan elliot wave membentuk wave pembetulan, ABC..
FCPO carta 60 minit - langgar 2 fibo retracementFCPO carta 60 minit dah tinggi dan kembali bearish. dah langgar 2 fibo retracement dan kini berada diparas 0.236.kini berada di kawasan support S1, harga terendah sebelum ini, (previous low).
Jangkaan harga akan melantun dari paras ini menuju ke R1. namun begitu, jika gagal dan harga menembusi S1 ia mungkin akan mecuba paras S2. S12 merupakan paras yang kuat tahun 2017. kemungkinan besar paras ini kan bertahan. jika tidak, paras seterusnya ialah S3.
Sila ambil perhatian, pada carta harian dari September 2018 hingga kini, Kelihatan seperti ingin membentuk chart pattern inverted Head & Shoulder.
SENDAI - minat belian meningkat.. masuk watchlistSendai dengan belian besar pada 1 Mac dan kini dalam tempoh T4 (untuk trader kontra) monitor volume setiap hari untuk 2-3 hari seterusnya. jika harga maintain dalam candle T0 dengan volume harian yang lebih rendah dari vol T0. ada kemungkinan ia nak naik & breakout downtrendline. short term trade sahaja dulu.
KLCI mingguan - short term masih uptrendKLCI carta mingguan kini mengampiri R1 (downtrend line). pada minggu lepas, kejatuhan mungkin dapat disifatkan sebagai sementara dan pada minggu ini, KLCI dijangkakan akan malantun dan mencuba paras R1. Pergerakan KLCI satu hingga dua minggu hadapan adalah kritikal.
Jika KLCI mampu melepasi R1, paras halangan seterusnya ialah R2. Jika tidak dapat melepasi R1, mungkin KLCI akan kembali mencari paras sokongan S1 dan S2 (paras sokongan kuat) pada minggu-minggu seterusnya.
short term trade adalah pilihan terbaik buat masa ini, selagi KLCI tidak memecah paras tertinggi 1896.