FCPO carta 1jamKelihatan candle bullish reversal (dalam bulatan biru) telah terbentuk pada candle terakhir pada hari jumaat lepas.
Jangkaan short term bearish telah berakhir dan kemungkinan harga akan meneruskan kenaikan menuju ke R1.
Jika ini tidak berlaku, pergerakan harga akan menyambung pergerakan kebawah menuju S1.
Teropongbursa
Crude Oil carta mingguannampak gaya ni sekali lagi RSI double dip beraksi dengan cemerlang, dengan sokongan candlestick reversal pattern (dalam bulatan) pada 24 disember 2018.
pergerakan harga kelihatan mulai lemah dengan kadar volume yang lebih rendah beserta dengan saiz candle yang mengecil.
harga dijangka untuk mencuba paras S1, sebelum menyambung kenaikan ke R1.
Crude Oil carta mingguannampak gaya ni sekali lagi RSI double dip beraksi dengan cemerlang, dengan sokongan candlestick reversal pattern (dalam bulatan) pada 24 disember 2018.
pergerakan harga kelihatan mulai lemah dengan kadar volume yang lebih rendah beserta dengan saiz candle yang mengecil.
harga dijangka untuk mencuba paras S1, sebelum menyambung kenaikan ke R1.
Gold Carta bulanan - breakdown, pullback, continue (BPC) patternCarta bulanan utk niaga hadapan Emas Gold.
Pergerakan harga telah membentuk segi tiga menaik (ascending triangle) yang biasanya bermaksud bullish, tetapi telah gagal untuk menembusi Rintangan bulanan (R.monthly) dan telah jatuh dan menembusi paras sokongan bulanan (S.monthly). Kini pergerakan harga kembali menguji paras sokongan dan kebiasaannya ujian sebegini dijangka gagal dan ia akan meneruskan kejatuhan.
Sasaran: T.monthly
Jika harga kembali menembusi masuk ke dalam segi tiga menaik itu, ia mungkin akan menguji paras R.monthly. Jika paras ini ditembusi maka ia bullish.
FCPO carta harian dan jam - dah cicah previous high 5 Sep 2018.Retracement nampaknya akan berlaku pada carta harian dan carta jam dengan kelemahan pergerakan harga pada hari jumaat yang lalu.
Carta Jam
Target S1
Stop Loss R1
Short term (jam) bearish - menuju ke 1.618 atau 1. projection
Medium term bearish
Long term (daily chart) bearish - harga melanjut sehingga 2x fibonacci projection (over extension)
Crude Oil Carta Mingguan - Short term dah toppishCarta mingguan Crude Oil menunjukkan tanda-tanda kelemahan, kemungkinan akan melakukan short term reversal. Jangkaan kini pergerakan harga kini mungkin telah menamatkan wave A (minor degree wave, corrective), dan jika pengiraan ini benar, maka wave B akan bermula (menuju ke bawah), target antara 61.8% (49.7) dan 50% (48.8) fibonacci sebelum menyambung kenaikan untuk wave C.
Short term bearish - pembetulan sehingga 48
Medium term Bullish - wave C target S3
Long term Bearish selagi dibawah S3
KLCI Carta Mingguan - alamak.. "hanging man" ke?KLCI penutup pada minggu lepas telah membentuk pattern hanging man - suatu pattern bearish, terutama jika hari seterusnya ditutup lebih rendah, biasanya dengan gap down.
Dari segi carta masih lagi short term bullish, dengan target menuju R1.
Kita tengok closing minggu depan cemana..
Short term Bullish, target R1
Medium term Medium bullish target R1
Long term Bullish tapi dalam mode retracement - selagi atas S1
UCREST untuk intradayBuy rate yang tinggi + volume yang tinggi + kenaikan harga yang tinggi. buy rate 89%.
Jika harga tidak gap up, boleh terus beli & ada untung boleh cabut. jika gap up, elakkan masuk kecuali anda pakar trade intraday.
Intraday ada untung, cabut!
Short term R1
Medium Term R2
Stoploss below S2
UCREST untuk intradayBuy rate yang tinggi + dengan volume yang tinggi + kenaikan harga yang sepadan. buy rate 89%.
Jika harga tidak gap up, boleh terus beli & ada untung boleh cabut. jika gap up, elakkan masuk kecuali anda pakar trade intraday.
Intraday - ada untung, cabut..
Medium term R1
Long term R2 if break R1
Cutloss below S1
DSONIC - petanda baik.. sedang membentuk chart pattern apa..?DSONIC - petanda baik..
DSONIC sedang bergerak membentuk ascending triangle, merupakan suatu chart pattern yang bullish.
Perhatikan pergerakan harga dalam minggu ni untuk pembelian besar-besaran yang akan menggerakan harga naik keatas. Jika ada, boleh beli untuk short term.
Target profit:
intraday asal ada untung, cabut.
short term 0.455
medium term R1
target asas - R1
paras support - S1
DSONIC - petanda baik, sedang bentuk chart pattern apa?DSONIC sedang bergerak membentuk ascending triangle, merupakan suatu chart pattern yang bullish.
Perhatikan pergerakan harga dalam minggu ni untuk pembelian besar-besaran yang akan menggerakan harga naik keatas. Jika ada, boleh beli untuk short term. target profit.
intraday asal ada untung, cabut.
short term 0.455
medium term R1
target asas - R1
paras support - S1
Carta mingguan KLCI kembali ke zon sokongan, uptrend sejak 2010KLCI masih dalam keadaan sideways (mendatar) dan kembali dalam Zon Sokongan, tetapi masih berada diatas paras S1, trendline utama sejak 2010. Long term masih bullish, mungkin masa terbaik untuk beli saham pada masa sekarang, namun pastikan cutloss sentiasa dijaga, kerana keadaan masih tidak menentu.
Pergerakan harga dijangka akan rebound pada paras S1 menuju ke R1. Namun begitu, jika S1 ditembusi, maka keadaan pergerakan KLCI akan mencuba paras S2.
Carta Mingguan DJIA - pergerakan mulai lemahSetelah 2 minggu kenaikan / technical rebound dari paras 21,750, DJIA mulai menunjukkan kelemahan. pergerakan indeks ini seterusnya dijangka akan kembali mengundur didalam zone S1 ini.
Corak carta / chart pattern masih boleh diguna pakai - double top pattern - bacaan terkini - pergerakan indeks telah memecah dan confirm signal break neckline (s1), kini ia hanya retest S1 sebelum meneruskan penurunan. Jika S1 berjaya di tembusi kembali, maka indeks kembali bullish .
Carta mingguan Crude oil - technical rebound ke Resistance Zone Crude Oil melantun dari paras S5, tutup dapada S4 dan menuju ke arah Resistance zone R1 (ditukar nama asal Support Zone 3)
Kelihatan terbentuk corak segitiga dalam zone S3, kemungkinan Elliot wave count 4 (EW4), di mana pergerakan harga ke bawah mencecah S5 merupakan wave 5 (EW5). Jika kiraan ini betul, maka pergerakan harga sekarang dijangka akan membentuk correction wave ABC (keatas, Zone R1 dan seterusnya)
Target S3 (Resistance Zone)
Stop Loss S5 (Last Support)
Teropong Bursa
Dow Jones Industrial Average - carta bulanan pada paras supportDJIA carta bulanan menunjukkan sentimen negatif pasaran US. pergerakan indkes kini berpotensi membentuk Double Top. pattern ini hanya sah jika indeks memecahkan paras S1 (23,400) dan jika ini berlaku, maka seterusnya indeks dijangka akan menuju ke S2 (20,650).
S2 merupakan Uptrendline sejak 2009, jadi S2 merupakan paras support yang sangat penting!
Banyak sentimen negatif masih berlegar dipasaran, dan indeks DJIA dijangka akan memecah paras S1 menuju ke S2.
Namun begitu, jika indeks berjaya berada diatas paras S1, maka indeks dijangka akan menuju ke R1.
CCK berpotensi untuk buat "technical rebound"CCK syarikat dengan asas fundamental yang kukuh masih berada dalam downtrend, akan tetapi pergerakan harga dah mula stabil berhampiran dengan zon sokongan (kotak Ungu).
Indikator RSI telah membuat double dip, memberi suatu signal kemungkinan "technical rebound" akan berlaku, disokong dengan pergerakan harga yang stabil dan tidak lagi menurun.
Harga dijangka akan mencecah R1, R2 atau sehingga R3 jika momentum kuat, sebelum meneruskan pergerakan harga ke bawah.
Stoploss pada S1, atau trailing stoploss (terpulang kpd anda) jika berlaku kenaikan/technical rebound.
FGV carta bulanan - target 35 senCarta bulanan FGV kini telah melepasi support penting R1 (Support become Resistant) kini menghala ke support baru pada S1 (0.35) menggunakan fibonacci retracement tool pada 23.6% dengan keadaan sentimen yang kurang baik, jangkaan pergerakan harga akan terus menurun.
Bertabah lah..
MYEG bullish haramiMYEG syarikat dengan kewangan yang kukuh dihujani pelbagai berita buruk. Mungkin kah ianya hanya untuk menciptakan fear factor? Warren Buffet berpesan "Be greedy when people in fear, and be afraid when people are greedy" melambangkan prinsip beliau membeli bila harga sesebuah syarikat yang kukuh jatuh kerana pelabur dalam keadaan takut dan melepaskan pegangan saham mereka..
Dari segi teknikal, MYEG telah membentuk candlestick pattern bullish harami dimana pattern ini adalah sebuah Pattern reversal. Mungkin kah MYEG telah bersedia untuk reverse?
Jangkaan harga jika ada follow up esok adalah pada R1 dan R2. Jika pergerakan harga berjaya menembusi R2, maka MYEG boleh dikatakan berjaya membuat reversal.
Target R1 dan R2
Stoploss S1
KRONO melantun dari paras sokongan uptrendKRONO syarikat dengan asas fundamental yang kukuh, terdapat kenaikan harga 2 hari berturut turut, dan harga tutup diatas paras zone sokongan. Jika dikaji, 3 dari 4 kali (75%) (anak panah merah) harga pada hari berikutnya membuat follow-up setelah harga hari sebelumnya melepasi zon sokongan ini.
Kemungkinan pergerakan harga akan mencuba paras R1 dan jika gagal menembusi R1, ia akan kembali turun ke S1.
Target R1
Stoploss S1
CENSOF Technical Rebound jangka pendek.CENSOF syarikat dengan asas fundamental yang kurang stabil, terdapat kenaikan minat belian pada harga. Kemungkinan pergerakan harga akan mencuba paras R1 dan jika gagal menembusi R1, ia akan kembali turun ke S1 seterus nya mungkin menmbusi paras tersebut.
Target R1
Stoploss S1.
PERMAJU dalam formasi segitiga / Flag PolePERMAJU syarikat dengan asas fundamental yang agak kukuh (baru mulai menjana keuntungan), kini bergerak membentuk segitiga tiang bendera (Flag Pole). segitiga ini merupakan pattern kesinambungan uptrend yang lalu. Pergerakan harga dijangka akan berada dalam segitiga ini sehingga selesai pergerakan harga a-b-c-d-e dan seterusnya membuat breakout pada R1.
Indikator RSI masih dalam keadaan bullish (lebih 50%), tetapi kemungkinan akan membuat penurunan memandangkan trend RSI sedang menurun.
Harga dijangka akan mencecah R1 dan 50% R2, dan R2
Stoploss pada S1.
Carta mingguan Minyak Mentah - masih bearishCarta mingguan Minyak Mentah - masih bearish
Harga minyak mentah dunia kini dalam mod retracement dengan Paras sokongan S1 dan S2.
Harga dijangka akan turun sehingga S1 dengan sentimen semasa dunia. Andai paras S1 dan S2 ditembusi, jangkaan paras sokongan seterusnya ialah S3, sasaran untuk Double top Pattern.
Jika paras S2 dapat bertahan dan sentimen berubah positif, maka pergerakan harga seterusnya dijangka naik sehingga R1.
Short term: bullish (lantunan teknikal)
Medium term: Bearish
Long term: bullish (mod retracement)
R1 75
S1 65
S2 64
S3 53
FCPO carta 60 minit - sedia untuk shortanalisa terakhir pada 12 september menunjukkan bearish telah menguasai pasaran sebelum naik dan kembali diseret turun.
FCPO carta 60 minit telah melantun dari paras S1 menunjukan kekuatan sokongan paras paras tersebut dalam jangka masa pendek. Namun begitu, trend pada terkini ini kelihatan masih bearish, lantunan dari paras S1 ini dijangka hanya akan berterusan ke menuju R1, dimana paras ini merupakan paras terbaik untuk melakukan short. R1 juga terletak pada Fibo fan 0.382 yang merupakan garisan downtrend jangka masa pendek.
Jangkaan alternatif, momentum kenaikan pada hari jam terakhir pada hari Jumaat lalu agak kuat, paras R1 mungkin ditembusi dan jika ini berlaku, posisi short mesti dilupuskan dan kenaikan dijangka menuju ke Resistance Zone.