AEMULUS - fasa consolidation & masih uptrendShort Term & Medium Term
AEMULUS syarikat berasaskan teknologi dengan keuntungan yang positif.
saham syarikat ini telah membuat 'breakout' dari pattern ascending triangle hampir 3 minggu yang lalu dan sedang dalam fasa consolidation. Keseluruhan masih berada dalam uptrend. Jika minat belian meingkat, harga mungkin meluru kearah R1. Jika tiada follow up esok, maka kemungkinan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat, dan juga aktiviti pengambilan untung yang akan menyebabkan harga jatuh sedikit menuju ke S1 (garisan merah). Jika harga menolak S1 dan kembali naik, maka uptrend baru masih boleh digunapakai.
cadangan sasaran harga ialah antara 50% - 78% fibo projection.
Jika harga turun melepasi S2, pelabur dan traders dinasihat untuk menjual semua posisi anda untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Teropongbursa
HUAAN momentum yang kuatShort Term & Medium Term
HUAAN syarikat yang mempunyai keuntungan yang terkini.
saham syarikat ini telah membuat 'breakout' melepasi harga tertinggi sebelum ini, dan telah membentuk sebuah 'channel' (2 garisan selari biru) yang agak sempit. Jika momentum berterusan, harga mungkin memecah R1 dan meluru kearah R2 (garisan hijau). Jika tiada follow up esok, maka kemungkinan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat, dan juga aktiviti pengambilan untung yang akan menyebabkan harga jatuh sedikit menuju ke S1 (garisan merah). selepas itu, harga dijangka akan menyambung kenaikan berhampiran dengan S1.
Jika harga turun melepasi S1, pelabur dan traders dinasihat untuk menjual semua posisi anda untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.
DAGANGAN JANGKA PENDEK - MYEG - BUY ON BREAKOUT (BOB)MYEG sebuah syarikat teknologi yang stabil mempunyai keuntungan positif.
harga saham syarikat bergerak melepasi harga tertinggi sebelum ini (previous high) pada 1.04 dan juga telah melepasi uptrend channel (garisan biru sebelah atas), berkemungkinan menuju ke arah 1.58% R1 (garisan hijau). Kadar belian meningkat berbanding hari sebelumnya dengan kadar belian sebanyak 54% (maklumat dari platform broker). Bollinger band sedang mengembang selepas mengecut (Squeeze) menandakan kekuatan trend tersebut.
Jika harga bergerak melepasi S1, jual dahulu (cutloss) untuk melindungi modal anda dari kerugian yang lebih banyak.
Posting asal:
ST/MT- DIALOG - POTENSI BREAKOUT (repost)DAGANGAN JANGKA MASA PENDEK (SHORT TERM ,ST / MEDIUM TERM, MT)
DIALOG sebuah syarikat O&G dengan keuntungan yang konsisten.
harga saham syarikat bergerak menghampiri garisan downtrend R1. Jika minat belian yang tinggi, harga mungkin akan melepasi R1. Jika ini berlaku, maka pergerakan berkemungkinan akan menuju ke R2 dan R3 (garisan hijau) jika minat belian terus meningkat.
laporan sukuan tahun dijangka akan dikeluarkan pada hujung bulan Ogos.
Jika harga bergerak melepasi S1, jual dahulu (cutloss) untuk melindungi modal anda dari kerugian yang lebih banyak.
Posting asal:
ST/MT- MAHSING - BUY on BREAKOUT (BOB) (repost)DAGANGAN JANGKA MASA PENDEK (SHORT TERM, ST / MEDIUM TERM, MT)
MAHSING sebuah syarikat pembinaan yang stabil dengan keuntungan yang konsisten.
Harga saham syarikat bergerak melepasi garisan harga tertinggi sebelum (previous high) garisan biru, dengan minat belian yang tinggi, harga mungkin akan menuju R1.
Indicator RSI sekarang telah melepasi tahap Overbought, pergerakan harga mungkin akan turun kerana penjualan oleh short term traders dulu sebelum meneruskan kenaikan.
Cadangan untuk ambil untung pada paras 50% dan 78% dari sasaran, atau mengikut kesesuaian / trading plan anda.
Laporan sukuan tahun dijangka akan dikeluarkan pada hujung bulan Ogos.
Jika harga bergerak melepasi S1, jual dahulu (cutloss) untuk melindungi modal anda dari kerugian yang lebih banyak.
posting asal disini:
GOLD - Peluang untuk ShortGold -0.61% masih dalam aliran menurun ('downtrend') dan dijangkakan atas terus menurun sehingga paras sokongan 1212 (S1, garisan merah) iaitu paras terendah pada Julai 2017. Harga masih berada dibawah mid band Indikator Bollinger Band , menandakan pergerakan harga dalam trend menurun.
Jika harga berjaya melepasi garisan 'downtrend' biru R1 ke atas, bermakna perubahan trend jangka pendek bermula, dengan sokongan 'bearish divergance' pada indicator RSI.
idea asal:
ST/MT - UCREST - teknik 'Buy on Breakout'Short Term, ST
Medium Term, MT
UCREST syarikat baru mula pamerkan keuntungan. MR BRAHMAL VASUDEVAN / CREADOR dan sebuah syarikat lagi (Miletus Holding Ltd) telah membeli saham syarikat ini pada 5 Jun 2018 sebanyak 30+30 juta saham. Ini merupakan berita baik (Brahmal merupakan seorang pelabur sofistikated).
Saham UCREST telah sekali lagi membuat 'breakout' dengan 'volume' yang baik pada S1. kini sasaran baru R1 dan R2 (garisan hijau) dengan stoploss pada S1 (garisan merah "Resistance become support"). Memandangkan RSI telah berada ditahap overbought, kemungkinan harga akan jatuh dahulu beberapa hari sebelum menyambung kenaikan ke R1. Cuba beli dengan harga lebih rendah.
trading idea UCREST yang lalu