Breakout Price dalam TrendBand CycleKredit to BURSATRENDBANDCHART
Sedikit perkongsian kalau nak mencari entry berdasarkan TrendBand Cycle (masih dalam cycle) kalau dah terlepas Breakout Candle Hijau.
Penerangan
1. Boleh guna pullback price (segitiga hijau) atau tunggu Breakout Price 5 Hari (Dot Hijau dalam candle. Signal hanya terhasil dalam cycle sahaja).
2. Pullback price (segitiga hijau) muncul 27 Nov 2020 tetapi volume belum keluar Dot Biru pada TrendBand Price Volume (belum mencapai kriteria).
3. Breakout Price (Dot Hijau) dalam candle terhasil serta Dot Biru pada TrendBand Price Volume (mencapai kriteria entry).
4. Boleh gunakan trading plan yang dicadangkan dan review Risk Reward Ratio sebelum entry.
5. Boleh hold kalau dah capai TP dengan menaikkan SL pada Dot Kunig dalam candle semasa break out price. Dalam kes ini keluar pada TP yang
dicadangkan.
Kesimpulan.
Perkongsian ini hanya sebahagian daripada cara entry menggunakan TrendBand Cycle. Untuk strategi sepenuhnya (Entry Berdasarkan Break Out atau Entry Berdasarkan Pullback) boleh rujuk kepada video BURSATRENDBANDCHART.
Penafian:
Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja.
Sila komen sekiranya ada cadangan penambahbaikan atau pembetulan.