Trianglebreak
NICE Memecahkan Pattern Segitiga. Adakah Akan Terus Bersinar?NICE pada hari ini telahpun memecahkan pattern segitiga dan sangat menarik untuk diperhatirapatkan. Kaunter ini nampak kuat kerana berjaya bertahan di atas aras EMA50 (line gold). Aras rintangan yang perlu dipecahkan adalah di 0.260 dan jika berjaya boleh dijadikan aras sokongan yang kuat (resistance become support, RBS). Seterusnya aras rintangan atau aras target untuk kaunter NICE adalah di 0.340, 0.450 dan 0.530. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
LKL... Melepasi corak carta segitiga (23 Julai 2020)LKL berjaya melepasi triangle hari ini. Momentum mula menunjukkan kekuatan dengan MACD menunjukkan golden cross di kawasan bullish manakala RSI berada dalam kawasan neutral menuju ke atas (58.88%). Halangan terdekat yang perlu dilepasi adalah pada harga 0.625. Paras sokongan terdekat berada pada harga 0.575 bersamaan dengan garisan mini downtrendline.
Adakah PERDANA Sudah Bersedia Untuk Mendaki Ke Atas Semula? Perdana sudahpun berada di aras harga yang sangat rendah dimana telah jatuh hampir dari 100% dari harga Perdana dilahirkan satu masa yang lalu. Pada Jumaat lepas, Perdana telahpun memecahkan pattern triangle disokong oleh volume yang kuat. Aras target untuk Perdana adalah di 0.24 dan jika dapat memecahkan aras 0.24, Perdana akan memcuba untuk menutup gap besar sebelum ini di aras 0.33. Jika berjaya menutup gap, barulah Perdana mempunyai cukup kekuatan untuk menukar trend kepada trend menaik. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
EFORCE Memecahkan Segitiga dan Aras EMA50EFORCE sangat menarik untuk diperhatirapatkan. Hari ini telah berjaya memecahkan pattern segitiga dan juga ditutup diatas aras EMA50 disokong oleh volume yang kuat. Eforce juga telah menutup gap sebelum ini dan berpotensi untuk membuat pattern surf bollinger band. Sangat menarik. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Corak seakan bumbung piramid ajaibCorak kali ini hanyalah pandangan mata saya sahaja. Nama diberi hanya untuk memudahkan pemahaman dalam membuat pelan dagangan.
Konsep dagangan masih sama, break downtrendline, break swing high atau pullback.
Kalau jumpa dimana-mana carta, mungkin sudah boleh agak apakah yang bakal terjadi seterusnya.
Itupun bukan PASTI NAIK !
Permaju telah berjaya memecahkan segitigaPermaju telah berjaya memecahkan paten segitiga dan dijangka akan meneruskan pendakian ke atas. Akan tetapi perlu lepaskan aras rintangan 0.370 terlebih dahulu. Kelihatan agak kuat juga. Seterusnya terdapat dua aras rintangan cadangan seperti di dalam chart permaju di atas. Sama-sama perati rapat & sediakan trading plan ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
COMFORT - symmetrical triangle pattern pending break outas salam dan salam sejahtera traders semua,
nampak gaya comfor di dalam pembentukan triangle pattern yang tampak jelas di dalam daily chart.
so both way, boleh break ke atas atau break ke bawah
untuk pattern seperti ini strategy trading adalah ketika ia break ke atas. we do not buy in selagi pattern in belum pecah.
SO, tunggu ye. perhatikan rapat
not a buy call, just a study based on my own understanding
Halim Hamdan
AEMULUS-Segitiga Simetri?Peluang untuk tumpang naik sekiranya harga bergerak dan breakout keatas.
Entry hanya jika berjaya melepasi harga tertinggi sebelum ini.
Potensi sasaran dan aras cutloss spt didalam carta.
Perhatian:Ini bukanlah Buycall atau seangkatannya.Hanyalah bertujuann sebagai Trading Jurnal seorang newbie sahaja.TAYOR.