TRIMODE
TRIMODE Strategi Dagangan Corak Segitiga Penyusutan ABCDEStrategi Dagangan Corak Segitiga penyusutan (Triangle ABCDE)
Nota : Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) kerap berlaku di gelombang besar, kecil & subkecil EMPAT dan ada juga Gelombang Empat akan berubah menjadi Corak Rata (Flat ABC) jika gelombang (B) membuat kenaikan melebihi 100%-127.2% atau juga menjadi Segitiga penyusutan berlari ( Running Triangle ABCDE ) kerana Gelombang (B) melebihi 100% .
Segitiga gelombang Elliott adalah corak gelombang pembetulan yang menyatukan arah aliran sebelumnya. Segitiga gelombang Elliott terdiri daripada lima gelombang berlabel a-b-c-d-e .
Terdapat peraturan dan tiga garis panduan dalam pembinaan dan pengenalan segitiga gelombang Elliott .
Peraturan # 1: Sub gelombang segitiga terbahagi kepada 3-3-3-3-3
Peraturan # 2: Sub gelombang mesti berupa zigzag , beberapa zigzag , atau segitiga.
(Sekurang-kurangnya empat gelombang mestilah zigzag . Satu gelombang boleh menjadi lebih kompleks seperti zigzag berganda atau segitiga lain
Garis Panduan # 1 : Gelombang 'C' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'A'
Garis Panduan # 2: Gelombang 'D' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'B'
Garis Panduan # 3: Gelombang 'E' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'C'
Pada setiap peraturan di atas, tiga gelombang akhir segitiga menjadi semakin pendek daripada gelombang sebelumnya. Hasilnya, apabila melukis garis tren yang menghubungkan gelombang yang melampau, coraknya berbentuk segitiga.
Strategi Dagangan:
1) Gelombang (A) juga kerap berakhir di tahap Fibo 38.2% dgn mengunakan Alat Fibo Retracement yg di tarik dari poin Gelombang besar 2 berakhir hingga ke Poin Gelombang 3 berakhir atau tertinggi
2) kekerapan sasaran pengunduran gelombang (A) segitiga Penyusutan akan berakhir di kawasan sekata tahap gelombang subkecil 3 & 4
3) Strategi Pembelian untuk Gelombang (B) adalah dengan mengunakan Teknik Breakout Candle sebelumnya iaitu Ketika kenaikan harga melebihi melebihi harga tertinggi candle sehari sebelumnya utk pengesahan.
4) Sasaran Gelombang (B) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement 61.8%-78.6% dan perlu di ingat berkemungkinan jika kenaikan Gelombang (B) melebihi dari tahap fibo 100%-127.2% , maka kemungkinan corak segi tiga penyusutan akan berubah & menjadi corak Rata (Running Flat ABC ).
5) bagi Sasaran pengunduran Gelombang (C) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement adalah 61.8%-78.6%.
6) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin mula gelombang 3 mengundur hingga poin gelombang (B)berakhir ke bawah sebagai guide kepada gelombang (D) berakhir
7) Sasaran Gelombang (D) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir di garis Tren atas
8) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin gelombang (A) pengunduran hingga poin gelombang (C)berakhir menaik ke atas sebagai Guide Gelombang (E) berakhir
9) Sasaran Gelombang (E) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir @ Gelombang besar 4 sempurna di garis Tren bawah dan selepas itu akan membuat pantulan menaik utk permulaan Gelombang besar 5
10) Setiap Strategi pembelian & penjualan adalah di nasihatkan perlu mengambilkira setiap aspek Teknik-teknik saham yang ada seperti kaedah Buy on deep , Buy on Support atau Buy on breakout.
11) dan cuba gabungkan beberapa indicator seperti RSI , MACD & EMA7,21 sebagai panduan utk keyakinan dalam dagangan.
12) setiap Analisa gelombang untuk sasaran perlu mengunakan Fibo Retracement & fibo Extension sebagai panduan.
13) jangan lupa tentang kemasukan Volume adalah penting dalam momentum kenaikan
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
TRIMODE: Kaunter Uptrend yang Berpotensi Siri 2Kaunter ini telah membuat kenaikan yang kosisten dan bergerak secara positif dalam termpoh yang agak lama jika kita rujuk kembali dengan penulisan siri 1 yang lepas.
maka secara teknikalnya berdasarkan carta, harga akan membuat penurunan sementara bagi menutup gap yang terhasul sebelum mula mendaki kembali.
S: 0.750
R1: 0.770
R2: 0.795
TRIMODE: Kaunter Uptrend yang BerpotensiPembentukan hammer bullish hollow menampakkan kekuatan dalam minat belian, Volume masih agak kering dan kaunter masih belum overbought.
Secara teknikalnya, kaunter ini akan meneruskan kenaikan, dimana support sementara 0.690 nampak kuat. Jika bocor berkemungkinan akan rebound di paras EMA5 (0.670). Kita perhatikan...
SnR adalah seperti dibawah:
Support: 0.690
Lower Support: 0.670
R1: 0.720
R2: 0.750
TRIMODE (Menghampiri Pencapaian Tertinggi)Sektor:
- Transportation & Logistics, Prime Movers & Trailers
Idea analisis:
- TRIMODE pernah membuat kenaikan setelah harga melepasi MA 50 dan MACD cross up.
- Walaubagaimanapun, TRIMODE turun hingga kebawah MA 50 setelah itu.
- TRIMODE kembali naik ke atas MA 50 dan peluang ini boleh dimanfaatkan sebaiknya.
- Sejarah sebelum ini boleh dijadikan panduan untuk pembelian dan penjualan. "History repeats itself".
Idea trading plan:
- Entry jika muncul titik pertama PARABOLIC SAR di bawah harga, MACD atas 0 dan harga di atas MA 50 atau;
- Entry berhampiran SBR 0.475 untuk BOD atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas resistance 0.600 @ ATH 0.640 bersama volume untuk BOB.
- CL jika harga 'tutup' di bawah MA 50 atau;
- CL jika MACD turun di bawah paras 0 atau;
- CL jika harga 'tutup' di bawah support 0.435.
- TP jika muncul titik pertama PARABOLIC SAR di atas harga.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* SBR = Support Become Resistance
* BOD = Buy On Dip
* BOB = Buy On Breakout
* ATH = All Time High (Harga paling tinggi pernah dicapai sejak mula disenaraikan di Bursa)
TRIMODE (Menunggu Peluang Ke-6)Pengenalan ringkas:
TRIMODE melaksanakan penyediaan perkhidmatan pengangkutan laut, perkhidmatan pengangkutan kontena, perkhidmatan pengangkutan udara, perkhidmatan penghantaran barang, perkhidmatan pergudangan dan perkhidmatan insurans laut terutama di pintu masuk pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia, iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada tahun 2019, TRIMODE juga terlibat dalam perniagaan logistik di Vietnam yang telah mula beroperasi pada bulan Mac 2019 yang terdiri daripada syarikat tempatan dan multinasional, pengimport dan pengeksport dari pelbagai industri yang merangkumi tekstil, bahan penebat, produk kertas, sarung tangan, bahan bangunan, produk plastik, bahagian automotif, bahan pembungkusan, produk getah, perabot, peralatan rumah dan elektronik, produk kimia dan minyak yang boleh dimakan. Sektor: Transportation & Logistics
Idea analisis:
- Berada atas dua uptrend line (hitam dan biru).
- Trend line hitam (trend panjang) bermula pada bulan Mac.
- Trend line biru (trend pendek) baru muncul pada awal bulan Oktober.
- Telah melepasi Double Golden Cross (EMA 7 cross up EMA 21 + MACD) sejak 29 Mei.
- MACD retrace sebanyak 5 kali.
- Adakah peluang untuk MACD retrace sekali lagi? Kami menunggu untuk entry di Golden Cross ke-6.
Idea trading plan:
- Tunggu golden cross di MACD untuk entry atau:
- Pullback entry 0.475 - 0.490 (Smart Robie).
- Cutloss jika pecah support 0.475.