deanmentari

TRIMODE Strategi Dagangan Corak Segitiga Penyusutan ABCDE

Panjang
MYX:TRIMODE   TRI-MODE SYSTEM (M) BERHAD
Strategi Dagangan Corak Segitiga penyusutan (Triangle ABCDE)

Nota : Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) kerap berlaku di gelombang besar, kecil & subkecil EMPAT dan ada juga Gelombang Empat akan berubah menjadi Corak Rata (Flat ABC) jika gelombang (B) membuat kenaikan melebihi 100%-127.2% atau juga menjadi Segitiga penyusutan berlari ( Running Triangle ABCDE ) kerana Gelombang (B) melebihi 100% .
Segitiga gelombang Elliott adalah corak gelombang pembetulan yang menyatukan arah aliran sebelumnya. Segitiga gelombang Elliott terdiri daripada lima gelombang berlabel a-b-c-d-e .

Terdapat peraturan dan tiga garis panduan dalam pembinaan dan pengenalan segitiga gelombang Elliott .

Peraturan # 1: Sub gelombang segitiga terbahagi kepada 3-3-3-3-3
Peraturan # 2: Sub gelombang mesti berupa zigzag , beberapa zigzag , atau segitiga.

(Sekurang-kurangnya empat gelombang mestilah zigzag . Satu gelombang boleh menjadi lebih kompleks seperti zigzag berganda atau segitiga lain

Garis Panduan # 1: Gelombang 'C' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'A'
Garis Panduan # 2: Gelombang 'D' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'B'
Garis Panduan # 3: Gelombang 'E' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'C'

Pada setiap peraturan di atas, tiga gelombang akhir segitiga menjadi semakin pendek daripada gelombang sebelumnya. Hasilnya, apabila melukis garis tren yang menghubungkan gelombang yang melampau, coraknya berbentuk segitiga.

Strategi Dagangan:

1) Gelombang (A) juga kerap berakhir di tahap Fibo 38.2% dgn mengunakan Alat Fibo Retracement yg di tarik dari poin Gelombang besar 2 berakhir hingga ke Poin Gelombang 3 berakhir atau tertinggi
2) kekerapan sasaran pengunduran gelombang (A) segitiga Penyusutan akan berakhir di kawasan sekata tahap gelombang subkecil 3 & 4
3) Strategi Pembelian untuk Gelombang (B) adalah dengan mengunakan Teknik Breakout Candle sebelumnya iaitu Ketika kenaikan harga melebihi melebihi harga tertinggi candle sehari sebelumnya utk pengesahan.
4) Sasaran Gelombang (B) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement 61.8%-78.6% dan perlu di ingat berkemungkinan jika kenaikan Gelombang (B) melebihi dari tahap fibo 100%-127.2% , maka kemungkinan corak segi tiga penyusutan akan berubah & menjadi corak Rata (Running Flat ABC ).
5) bagi Sasaran pengunduran Gelombang (C) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement adalah 61.8%-78.6%.
6) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin mula gelombang 3 mengundur hingga poin gelombang (B)berakhir ke bawah sebagai guide kepada gelombang (D) berakhir
7) Sasaran Gelombang (D) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir di garis Tren atas
8) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin gelombang (A) pengunduran hingga poin gelombang (C)berakhir menaik ke atas sebagai Guide Gelombang (E) berakhir
9) Sasaran Gelombang (E) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir @ Gelombang besar 4 sempurna di garis Tren bawah dan selepas itu akan membuat pantulan menaik utk permulaan Gelombang besar 5
10) Setiap Strategi pembelian & penjualan adalah di nasihatkan perlu mengambilkira setiap aspek Teknik-teknik saham yang ada seperti kaedah Buy on deep , Buy on Support atau Buy on breakout.
11) dan cuba gabungkan beberapa indicator seperti RSI , MACD & EMA7,21 sebagai panduan utk keyakinan dalam dagangan.
12) setiap Analisa gelombang untuk sasaran perlu mengunakan Fibo Retracement & fibo Extension sebagai panduan.
13) jangan lupa tentang kemasukan Volume adalah penting dalam momentum kenaikan

*Penafian :
Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan Mesra : Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari




Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.