LONDON BISCUITS: Biskut semakin sedapStok ini sedang dalam fasa menaik semenjak memecah garis aliran menurun. Ini ditunjukkan menerusi jujukan struktur HH (higher high) & HL(higher low) yang berterusan selepas itu. Jumlah volume dagangan yang tinggi semenjak dari awal bulan Ogos juga menyokong selari dengan kenaikan harga. Indikator MACD dan awan Ichimoku kedua-duanya pula menunjukkan kekuatan trend menaik ini.
Jangkaan harga mungkin akan:
(1) menutup jurang (gap) dahulu sebelum menaik ke atas; atau
(2) menembusi garis kipas gann dan terus naik
Struktur menaik akan terbatal jika 2 HL ditembusi iaitu di bawah harga 0.485.