Uptrend
Cadangan memilih carta yang sesuaiTeknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan gagal.
Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian gagal.
Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti.
Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang paling penting
- TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -
Menyaring carta mengikut Prestasi YTDPrestasi YTD atau Year To Date menunjukkan prestasi semasa carta bermula dari hari pertama tahun sehinggalah sekarang.
Dalam penyaring tradingview ada disediakan Prestasi YTD, Prestasi-3 bulan, Prestasi - 6 bulan, Prestasi Bulanan, Prestasi Mingguan dan beberapa lagi pilihan lain.
Dalam video ini, saya cuba mencari carta yang prestasi YTD sudah naik melebihi peratus yang dinginkan. Tujuannya adalah untuk mencari senarai carta yang dirasakan sesuai untuk didagangkan, samada pada waktu yang sama, waktu terdekat atau jika ada kemunculan signal terbaru.
Adalah digalakkan untuk melihat dulu bagaimana tren kenaikan terjadi. Hanya pilih carta yang ada kenaikan sihat .
Sihat bermaksud ada High, Low, Higher High, Higher Low dan mempunyai volum dagangan yang aktif.
Semoga terhibur.