Uptrend
EWEIN CUBAAN UPTREND 11-MAY-2020DARI SEGI FA
P/E Ratio: 2.43
ROE (%): 15.67
Dividend Yield (%): 1.49
DARI SEGI TA
S:0.310
R1:0.355
R2:0.390
R3:0.520
Kemanakah Arah Tuju OMESTI?OMESTI menarik untuk diperhatikan. Kaunter ini juga mempunyai Fundamental yang bagus. Jika dilihat dari chart pattern, Omesti sedang dalam bullish mode ataupun dalam pendakian menaik. Selagi tak bocor line biru uptrend di chart, Omesti akan meneruskan pendakian ke atas. Jika dimasukkan indicator Ichimoku Cloud juga, dapat dilihat OMESTI mempunyai momentum yang kuat untuk terus mendaki ke atas. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
DBHD mampu untuk teruskan kenaikan ?DBHD seolah telahpun habis melakukan pullback setelah berlaku kenaikan semasa rebounce (rujuk chart pada volume). Jika diperhatikan pada EMA20, pergerakannya seolah akan mencari EMA50 yg membawa maksud perubahan positif. Secara amnya, DBHD sudah cukup kuat untuk meneruskan kenaikan ke paras kejatuhan sebelum ini ketika 1st wave covid.
EG mahu pelengkapkan "saucer" pattern?EG sudah menampakkan ciri-ciri uptrend setelah harga melepasi downtrendline disertai volume yang lebih banyak dari sebelumnya.
Setelah kenaikan ke paras 0.47, harga telah berlegar di sekitar 0.44 hingga 0.47. Jika harga melepasi paras resistant pada 0.47, ini akan melengkapkan "saucer" pattern iaitu salah satu reversal pattern jangka masa panjang.
Ini akan membantu kenaikan harga saham ini ke paras yang lebih tinggi. Saya mengjangkakan harga akan bergerak hingga ke paras 0.565 jika harga dapat naik dan melengkapkan saucer pattern yang hampir lengkap.
D&O teruskan kenaikanSetelah MACD bergerak ke arah zon positif, ini bermakna saham ni dah start uptrend.
Naik laju dari 0.61 sebab tak banyak volume dekat harga 0.62 - 0.69 sebelum jumpa high volume node dekat volume profile.
Next target, around 0.80 - 0.81. Ada high volume node dan resistant berdasarkan price action sebelum ni.
“BULLS” MENDAHULUI GERAKAN “BEARS”Crocs Inc menunjukan lonjakan kuat mengatasi rintangan 50% “Fibonacci Retracement”. Ini menunjukan tanda kebangkitan pembeli mengahiri masa rehat beberapa sessi yang lalu. Kelihatan bukaan “Moving Average” biru semakin menjarak daripada merah – menandakan kekuatan pengaruh “Bulls” semakin kuat. Sentiment positif ini menunjukan tanda awal bahawa lebih banyak aktiviti belian di sesi akan datang.
Tanda sokongan terdekat pada USD24.70, diikuti USD23. Pada masa yang sama, aras rintangan terdekat pada USD26.40, seterusnya USD28.80.
Cadangan memilih carta yang sesuaiTeknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan gagal.
Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian gagal.
Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti.
Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang paling penting
- TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -
Menyaring carta mengikut Prestasi YTDPrestasi YTD atau Year To Date menunjukkan prestasi semasa carta bermula dari hari pertama tahun sehinggalah sekarang.
Dalam penyaring tradingview ada disediakan Prestasi YTD, Prestasi-3 bulan, Prestasi - 6 bulan, Prestasi Bulanan, Prestasi Mingguan dan beberapa lagi pilihan lain.
Dalam video ini, saya cuba mencari carta yang prestasi YTD sudah naik melebihi peratus yang dinginkan. Tujuannya adalah untuk mencari senarai carta yang dirasakan sesuai untuk didagangkan, samada pada waktu yang sama, waktu terdekat atau jika ada kemunculan signal terbaru.
Adalah digalakkan untuk melihat dulu bagaimana tren kenaikan terjadi. Hanya pilih carta yang ada kenaikan sihat .
Sihat bermaksud ada High, Low, Higher High, Higher Low dan mempunyai volum dagangan yang aktif.
Semoga terhibur.
DESTINI : Melepasi MA200? DESTINI telah mendapat momentum mendadak selepas berjaya merentasi MA200 pada 13 Mac lepas. Berkemungkinan akan meneruskan uptrend untuk satu jangka masa. Tetapi disebabkan FA yang kurang menarik, sy menjangkakan uptrend ini tidak akan kekal lama. Berkemungkinan stock akan test pada harga 0.400.
Analisis Xeostock
Xeostock TA : 57.14% (Keseluruhan (termasuk faktor2 TA lain)
Bear to Bull
Upper Golden Cross
RSI 80.10%
Momentum 40.50%
Xeostock FA : 12.50% (merangkumi banyak faktor)
FA tidak begitu cantik. berdasarkan analisis, tidak sesuai untuk Long Term pada pandangan saya.
sesuai untuk short term melalui TA.
Ratio: (Ringan ke sederhana)
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.340
Resistance 1 : 0.350 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.370 (+-0.005)
Jika harga kekal di bawah 0.340
Support 1 : 0.330 (+-0.005)
Support 2 : 0.310 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
0098 BAHVEST : Adakah Perlu 'DUDUK' atau 'LARI'? RSI telah memasuki fasa overbought. Saya menjangkakan akan berlakunya retracement sebelum stock ini mendaki semula. Jika anda seorang 'swinger' yang telah membeli daripada bawah, HOLD juga tiada masalah. Namun jika anda seorang intraday trader, perlu berjaga-jaga beberapa hari akan datang ini kerana kelihatannya akan berlaku retracement.
For mid term, berdasarkan fibo, sy yakin beberapa hari lagi BAHVEST akan test di 0.725 . masukkan dalam watchlist anda. sama-sama kita saksikan, jika ada cukup momentum untuk BAHVEST memecahkan 0.725 dan fly lebih tinggi.
Daripada segi FA berdasarkan analisis sy untuk pertumbuhan 5 tahun BAHVEST, markah yg sy berikan adalah 81.25%.
Berdasarkan analisis Company Growth selama 5 tahun. Nilai BAHVEST masih berada di paraas undervalue.
Ratio: Ringan
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.665
Resistance 1 : 0.680 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.725 (+-0.005) - perlu lebih 20 juta untuk pecahkan R2 dengan buyrate 77% ke atas.
Resistance 3 : 0.755 (+-0.005)
Sy yakin jika ada volume sekurang2nya 24 juta dengan buyrate maintain di atas 82%, besar kemungkinan akan pergi lebih daripada 0.755.
Jika harga kekal di bawah 0.665
Support 1 : 0.650 (+-0.005)
Support 2 : 0.575 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.