wedge jatuh1. garisan rintangan dan sokongan mengarah ke bawah.
2. harga berjaya menembusi garis rintangan
3. harga berkemungkinan akan menguji di garisan sokongan terdekat
4. harga akan melantun keatas apabila harga memecahkan garisan sokongan
5. corak ini boleh berlaku pada trend menurun (membuat perubahan arah) atau sedang menaik (meneruskan arah haluan)
6. corak ini terbatal apabila harga mampu memecahkan pada garisan sokongan
corak carta : wedge jatuh
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Wedge
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam SahamTerdapat banyak jenis segitiga dalam saham. Antaranya:
1) Rising & Falling Wedge Pattern.
2) Ascending & Descending Triangle Pattern.
3) Bullish & Bearish Pennant Pattern.
4) Bullish & Bearish Symmetrical Triangle Pattern.
Terdapat dua perbezaan antara pennant pattern dan symmetrical triangle pattern.
1) Pembentukan flagpole (tiang bendera). Flagpole bagi pennant terdiri daripada candlestick panjang-panjang dimana harga spike (bergerak laju) sebelum terbentuknya pennant. Apabila terbentuknya pennant, harga pause (bergerak perlahan) sebelum meneruskan pergerakan. Berbeza dengan symmetrical triangle dimana flagpole adalah gabungan daripada banyak candlestisk.
2) T empoh masa. Pennant hanya terbentuk dalam waktu yang singkat (kurang sebulan) manakala symmetrical triangle pula terbentuk dalam waktu yang panjang (berbulan-bulan).
Nota/Petunjuk:
* Breakdown = Harga memecahkan support dan jatuh kebawah.
* Breakout = Harga memecahkan resistance dan naik keatas.