X-STEEL
LBALUM Kaunter Berpotensi Momentum MenaikKaunter kajian FIFO, SMTM Teknik : LBALUM
Paparan masa 15 minit menunjukkan kaunter dalam momentum menailk untuk macd , rsi , stochrsi pada aras momentum menaik 40% - 100% (sila rujuk maklumat pada carta yang disediakan).
Stochrsi: line biru telah bersilang ke atas petanda momentum menaik.
ZQ
B blue sudah keluar
Keluar dari kolam hijau RSI
Harga sokongan semasa : 0.96 / 0.91
Harga rintangan semasa: 1.01/ 1.06
Sekadar kajian pembelajaran sahaja bukan buycall. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #tayor
Melewar masih belum dapat memecahkan rintangan.- Percubaan untuk memecahkan rintangan di 0.620
- masih di dalam kumo menunjukkan keadaan masih neutral dan perlu melepasi kumo untuk kepastian.
- Ini hanyalah tujuan pembelajaran , jika ada sebarang penambah baikan amat-amat dialu-alukan.
- Ini bukan " buy call ".
- Pelaburan anda , tanggungjawab anda.
YKGI (Masih Berbisa atau Meninggalkan Sisa?)Sektor :
- Steel, Industrial Products & Services, Metals.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- YKGI boleh dikategorikan sebagai syarikat 'loss making company' kerana data menunjukkan dalam 12 quarter terkini, YKGI membuat kerugian di dalam 10 quarter. Hanya 2 quarter yang membuat keuntungan dalam tempoh 12 quarter terbaru ini iaitu Q2 2021 dan Q4 2020.
- Secara keseluruhan, keuntungan dan hasil (revenue) YKGI di dalam trend menurun.
- Walaubagaimanapun, keuntungan YKGI dilihat meningkat YoY sebanyak 85.7%.
~ Teknikal ~
- YKGI masih uptrend dengan menjadikan trend line dan MA 50 sebagai supportnya.
- Sepanjang kenaikan ini, retracement dapat dikesan dengan signal 'bullish divergence' yang dipaparkan oleh stochastic RSI. Ini dapat menjadikan panduan kepada para pemegang saham YKGI untuk terus memegang saham ini (hold) atau menjualnya sedikit untuk keuntungan atau menjual kesemuanya.
- Terkini, YKGI dilihat berada dalam fasa retracement sekali lagi dan muncul petanda reversal iaitu candle 'inverted hammer'.
- Kemungkinan YKGI akan rebound di atas trend line dan MA 50 untuk meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance pada harga RM 0.330.
- Jika harga tidak mampu rebound di atas trend line dan MA 50 ini, harga berpotensi menuju ke paras classical support iaitu RM 0.220 dan menunggu stochastic RSI cross up di paras oversold untuk rebound dan meneruskan kenaikan.
- Jika harga tidak mampu juga bertahan dan rebound di atas paras harga RM 0.220 ini, harga berkemungkinan menuju ke support seterusnya iaitu RM 0.200 yang merupakan paras harga psikologi.
Nota kaki :
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei.
* Q4 = Quarter keempat. Kebiasaanya pada bulan November.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI mendatar.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'classical support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
MELEWAR BARU BERMULA - MAU JADI KELAWAR KA?? ^_^ Melewar Industrial Group membentuk dua cawan besar dalam tempoh 9 tahun dan bakal terbang menjadi kelawar.
ATH adalah RM3. Next TP adalah sedalam cawannya iaitu RM1.14 bersamaan 82%. Jangkaan dalam 2 hingga 4 minggu dagangan.
Disclaimer:
Ini bukan buy call. Sekadar kajian dalam pelaburan.
Sediakan trading plan anda sendiri sebelum mula berdagang.
HIAPTEK - BAKAL MENUJU 52WHHiaptek - Industrial Product - Steel and Glass.
Pernah mencapai ketinggian tertingginya pada bulan Sept iaitu 0.275
Volume dan momentum sedang masuk pada 9 Oktober (Jumaat) yang lepas.
Memecahkan pattern sideway selama 6 hari.
EP: 0.195
TP: 0.225/0.235/0.245/0.275
SL: 0.180
TAYOR
#bukanbuycall
#perkongsianidea
ANNJOO - hampir mengatasi rintangan kukuhANNJOO, masih lagi menemui rintangan kuat dan tekanan penjualan pada aras 0.750 walaupan nampak penambahan jumlah dagangan volum pada kawasan tersebut.
Telah membentuk sokongan pada aras 0.68.
Teruskan monitor jika harga mampu untuk mengatasi rintangan 0.75. Harga dijangkakan akan membuat pengumpulan sebelum meneruskan kenaikkan.
WZSATU - cubaan break trendline untuk diperhatikanWZSATU kini dalam cubaan untuk melepasi trendline selepas melalui agak sideways beberapa bulan lalu.
-Harga kini telah melepasi EMA50 dan tutup di atas
-Volum dagangan juga semakin meningkat
-Sokongan boleh dirujuk daripada trendline atau pada sokongan kuat 0.2
-rintangan pertama pada 0.255 dan seterusnya pada 0.27
-sentimen bermula dengan ura2 perlombongan bauksit akan diteruskan selepas kerajaan mengeluarkan SOP baru
Monitor untuk peluang entri seterusnya.
PANTECH - Penolakkan harga rendah untuk membentuk sokongan kuatPANTECH, masih lagi gagal untuk merentasi kawasan rintangan pada aras 0.585-0.595
-Kini membentuk sokongan yang agak signifikan pada 0.555
-Volum pembelian sedikit berkurangan selepas gagal melepasi kawasan rintangan
-Memerlukan volume yang agak tinggi selepas ini untuk cuba mengatasi rintangan pada harga 0.6 untuk yang kali ke-6
-Telah rebound pada aras 0.49 (SMA200) dan kini masih lagi trading di atas EMA50 dan SMA200
-bentuk lilin terakhir sedikit membuat hammer, dimana signal positif untuk harga untuk rally ke atas.
25/04/19 JF Apex mengekalkan Buy call pada Pantech, TP at 63 sen
18/06/19 - Pantech terus kekal untuk eksport steel ke AS
FA Rating - 3.5/10
LIONIND - Kini telah Breakout Rintangan terkuat LIONIND kini telah melakar kenaikan sejak seminggu yang lalu, dengan sentimen rally daripada sektor pembinaan.
Telah melepasi rintangan terkuat pada 0.61, dengan volume yg agak banyak dan pastinya melepasi volume sebelumnya (4 jam lagi).
Rintangan seterusnya, kita expect pada SMA200, iaitu pada area 0.70 ke atas.
Monitor untuk peluang entri seterusnya.