XRP (Berjaya Pecahkan Piring)Ripple (XRP) dilihat telah berjaya memecahkan rounding bottom atau saucer pattern. Jika XRP mampu bertahan di atas RBS iaitu RM 2.70, harga berpotensi menuju ke RM 3.50 mengikut teori rounding bottom atau saucer pattern.
Nota kaki:
* RBS = Resistance Become Support.
XRPMYR
XRP ada harapan lagi ke?XRP telah melakukan kenaikan mendadak baru-baru ni, dan sudah memecahkan downtrendline. Tapi ia juga turun mendadak dan memerangkap ramai pelabur di pucuk.
Jadi masih ada harapan ke?
Chart pattern: Sedang consolidate dan membuat formasi penant dengan volume yang semakin mengecil.
RSI: Masih menunjuk ke bawah dan belum melakukan reversal atas paras 50.
MACD: Bullish, kerana menunjuk ke atas di atas paras kosong.
Ada harapan? Kalau buat reversal, memang ada harapan.
Perhatikan paras-paras support untuk peluang belian kalau masih cuak nak masuk.
UPDATE: Cryptocurrencies: XRP/MYRTerbaik. Sudah breakout. kelihatan bertahan atas RBS.
Rujuk kajian sebelum.
Cryptocurrencies: XRP/MYRSelepas sesi dumping berjemaah tempoh hari, XRP telah bertahan di paras 1450-1600. Menanti breakout untuk teruskan momentum. Selagi tak selesai kes SEC selagi tu lah berat nanang nak bullish.
Ripple (XRP) menjunam teruk akibat disaman SECSaya baru buka akaun Luno, sekadar mencuba-cuba pasaran kripto.
Nampak antara pilihan yang ada, Ripple (XRP) yang harganya agak mampu milik.
Tapi saya sangsi untuk membelinya kerana harga jatuh teruk.
Rupanya XRP disaman oleh Suruhanjaya Syarikat Amerika (SEC) kerana didakwa menawarkan "saham" secara tidak mengikut prosedur.
Tapi eksekutif XRP pula mendakwa SEC tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyaman mereka.
XRP matawang kripto yang ketiga terbesar didunia dari segi market cap, tapi ia berbeza dengan bitcoin dan ethereum kerana tidak melalui proses "mining".
Sementara itu, harga terus tergolek memecahkan paras sokongan MA200, dengan volume yang teramat kuat.
Kemudian ia cuba membuat "comeback" dengan bertenggek di atas MA200.
Cuma trend menurun kelihatan masih kuat, jadi saya mengambil tindakan tunggu dan lihat untuk langkah seterusnya.