QQQNASDAQ:QQQ Berada di atas line hijau ST Grab. NASDAQ:QQQ STACKED EMA 15min warna hijau. oleh arshad19863
Komoditi: Mencari Halatuju?Indeks Komoditi Amerika Syarikat dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu Melihat pada selang mingguan pergerakan dilihat masih lagi bergerak di dalam corak carta segi empat tepat Petunjuk volum pada selang mingguan dilihat menunjukkan harga masih lagi belum menunjukkan kecenderungan pergerakan Selang masa harian juga tidak menunjukkan sebarang anomali mahupun pergerakan volum yang signifikan Namun begitu kedudukan harga dilihat masih lagi berada di atas sokongan dinamik MA50 mingguan Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!oleh Meem2
GDX: Ke Mana Halatuju?ETF VanEck Gold Miners dilihat membuat kenaikan beberapa hari dagangan yang lalu Pergerakan harga ETF terbabit sebelum ini dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan kebelakang Beberapa hari dagangan yang terkini harga dilihat memecahkan rintangan segi empat tepat dengan membentuk candle hijau Volum dilihat tinggi selari dengan pembentukan panjang candle pada hari breakout menunjukkan minat belian Walaubagaimanapun, volum ketika harga membuat jurang kenaikan dilihat tidak selari dengan pembentuk candle harian Selagimana harga tidak menutupi jurang kenaikan terdapat kemungkinan harga mampu meneruskan kenaikan Menarik untuk diperhatikan Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!oleh Meem0
HLAL: Ke Mana Halatuju?ETF Wahed FTSE dilihat bergerak menurun sejak beberapa bulan dagangan yang lalu Petunjuk pertama kemuncak kenaikan dapat dilihat pada volum merah tinggi melebihi paras purata beberapa bulan dagangan lalu Jika diperhatikan pergerakan harga dilihat masih lagi mematuhi corak carta baji Harga dilihat baharu sahaja membuat jurang penurunan dan dilihat seakan hendak menguji sokongan corak carta berkenaan Petunjuk RSI mingguan juga dilihat bergerak menurun namun hampir memasuki kawasan 'oversold' Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga kembali membuat kenaikan memecahkan rintangan corak carta dengan volum Adakah harga akan bertahan dan kembali membuat kenaikan atau sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!oleh Meem1
USCI: Divergence Komoditi?ETF United States Commodity Index Fund dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu Terkini pergerakan harga ETF ini dilihat menunjukkan kelemahan ketika harga meningkat naik Jika diperhatikan pergerakan harga seakan membentuk corak carta baji menaik yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah Petunjuk volum juga semakin berkurang ketika harga membuat tinggi baharu menunjukkan kehadiran 'divergence' Pergerakan RSI mingguan juga membentuk 'divergence' dengan dilihat bergerak bertentangan dengan pergerakan harga Harga walaubagaimanapun dilihat masih bertahan di atas sokongan corak carta berkenaan Namun, perlu diingat pergerakan komoditi adalah kebiasaannya berkolerasi langsung dengan kadar inflasi Adakah harga mampu bertahan dan meneruskan kenaikan atau sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!oleh Meem112
QQQ 12/6/22-sebab seseorang tidak digalakkan membeli stage 4 stock -what goes lower, will go loweroleh gjh1013140
GOLDETFAset yang perlahan. Tapi masih mampu beri pulangan kepada pelabur. TAYOR DYOR NFAPanjangoleh Dukun_Trader1
4 perkara yang perlu diingat mengenai pasaran bearisHai Semua! 👋 Fuh, ianya 5 minggu yang padat. Aset-aset secara keseluruhannya berasap, dengan beberapa lilin-lilin bulanan besar di sana sini. Untuk pedagang kripto, Bitcoin, Ethereum, dan beberapa aset-aset kripto lain telahpun dipotong separuh, atau lebih. Walaupun S&P 500 turun hanya 13-14% dari ketinggian tertinggi, ia lebih selamat untuk mengatakan bahawa selepas larian bulis besar di dalam hampir semua yang kita lihat dalam masa dua tahun lepas, kita sekarang secara rasminya berada di dalam satu pasaran bearis. Kerana ini mungkin pasaran bearis pertama yang dilalui oleh banyak orang di dalam komuniti kami, kami fikir ia akan membantu untuk meletakkan sedikit panduan untuk perkara-perkara penting untuk diingat mengenai pasaran bearis, untuk membantu semua melalui rejim pasaran baru ini. Jom mula! 1.) Ketidakstabilan membuatkan posisi anda kelihatan besar di dalam terma P/L 💥 Pasaran bearis selalunya membawa lebih banyak ketidakstabilan di dalam harga aset daripada pasaran bulis. Dalam 20 hari lepas, kami telah melihat satu pergerakan purata harian di dalam indeks dalam 3%, iaitu lebih besar daripada purata 20 hari dikumpul pada 2021 iaitu dalam 0.9%. Dengan jumlah modal yang sama, kenaikan dalam julat purata ini bermaksud di dalam terma $$, pergerakan P/L anda berkemungkinan menjadi lebih besar dari "biasa". Pada bulan Mac 2020, purata julat harian di dalam S&P 500 adalah lebih dari 5%! Ini adalah penting untuk diketahui, kerana P/L boleh memberikan impak besar pada psikologi pedagang. Banyak pengurus wang dan dana lindung nilai professional mengawal untuk faktor ini, mengurangkan pendedahan untuk mengekalkan ketidakstabilan portfolio harian hampir kepada sasaran mereka. Beberapa dana-dana adalah dimandatkan untuk melakukan ini. Walaupun anda adalah bebas untuk melakukan apa yang anda mahu di dalam pelan dagangan anda, ini ada jangkaan utama untuk diingati! Jangkakan pergerakan-pergerakan lebih besar dari normal. 2.) Pasaran bearis secara puratanya adalah selama 2 tahun 📉 Nombor 2 tahun selalunya merujuk kepada lama mana purata *saham* pasaran bearis berlaku. Sepanjang dalam Kripto, jumlah purata pasaran bearis adalah dalam masa 9 bulan. Sebagai perbandingan, di dalam saham, purata pasaran bulis adalah selama lebih dari 6 tahun. Jadi, walaupun pasaran bearis adalah lebih cepat daripada tempoh pertumbuhan di dalam ekuiti, mereka juga selalunya lebih diingati. Baru-baru ini, pasaran bearis telah menjadi semakin pendek dan pendek - pasaran bearis terakhir pada 2020 terjadi hanya dalam beberapa bulan. Ada yang menyimpulkan ini kepada Fed masuk campur dengan lebih dan lebih, manakala ada yang menyatakan infrastruktur komunikasi yang lebih baik yang kita nikmati pada abad ke 21 membenarkan maklumat untuk dihargakan dengan lebih pantas. Walaupun arah aliran kelihatannya menuju kepada pasaran bearis yang semakin pendek dan pendek, mereka masih boleh berlangsung selalunya lebih lama daripada yang dijangka. Laraskan jangkaan dengan sewajarnya! 3.) Tunai adalah satu posisi 💵 Walaupun inflasi USD adalah sekarang tinggi, berada pada 7-10% (bergantung pada nombor mana yang anda lihat), kuasa belian untuk satu Dollar A.S. adalah tidak banyak berubah, hari ke hari. Kuasa belian untuk satu saham SPY berubah BANYAK lebih laju, setiap hari, dan baru-baru ini, ia telah kehilangan kuasa belian dengan SANGAT laju. Perkara paling penting untuk diingati pada pasaran bearis adalah kekal hidup adalah *YANG* paling penting. Asalkan anda tidak memecahkan akaun anda, anda masih boleh hidup untuk berjuang satu hari lagi. Melarikan diri daripada aset-aset yang berprestasi buruk untuk tunai adalah satu pilihan. Ini adalah yang terjadi sekarang. Jika anda lihat pada kelas-kelas aset besar, orang ramai kelihatan lari kepada tunai. Bon, Saham, Emas, Kripto - semuanya dijual untuk mendapatkan tunai. Di dalam persekitaran "Keluar risiko", selalunya pemain-pemain konservatif akan bertukar dari aset-aset berisiko seperti saham kepada sesuatu yang "lebih selamat" seperti bon perbendaharaan. Boleh dikatakan, dengan kenaikan Fed dan inflasi melonjak tinggi, ia kelihatan seperti orang ramai melepaskan hasil 3% yang mereka boleh dapatkan di dalam bon kepada fleksibiliti sepenuhnya yang diberikan oleh wang tunai. Pilihan lain untuk lindung nilai adalah untuk menjual singkat aset-aset yang anda fikir akan berprestasi kurang, atau membeli puts pada portfolio anda (jika boleh). Anda boleh melihat secara terus harga tidur pada pasaran option. 4.) Memilih harga dasar adalah sukar 🎣 Walaupun ianya tugas kita sebagai pedagang untuk mencari peluang-peluang yang mempunyai satu nilai dijangkakan positif, memilih harga dasar secara sejarahnya adalah sangat mencabar. Pada kejatuhan pasaran 2020, banyak dana lindung nilai yang terkemuka yang kurang melindung nilai termasuk di dalam kejatuhan, dan terlebih lindung nilai berjaya keluar daripadanya. Secara efektif, beberapa orang yang paling bijak di dunia melakukan kesilapan dalam memilih di mana dasar yang sebenarnya terjadi. Kecuali anda mempunyai satu strategi jangka sangat panjang yang membenarkan penggunaan modal secara konsisten sepanjang masa (DCA), cubaan untuk memilih dasar di dalam pasaran menurun boleh menjadi satu strategi nisbah% bat yang sangat rendah. Baik. Itu sahaja. 4 perkara yang perlu diingati untuk orang-orang baru di dalam pasaran bearis. Seperti yang kami telah maklumkan, perkara paling penting untuk dilakukan di dalam satu pasaran yang lebih sukar adalah kekal hidup! 🐻 Selamat berhujung minggu! 😄 - Pasukan TradingViewPendidikanoleh TradingView9
BOIL: Divergence?ProShares Ultra Bloomberg Natural Gas dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu Terkini, carta dilihat seakan membentuk 'divergence' penurunan ketika harga membentuk tinggi baharu Petunjuk RSI dilihat tidak selari dengan pergerakan harga dengan berada di paras lebih rendah ketika harga membuat kenaikan Lilin pada minggu dagangan sebelum ini juga dilihat membentuk 'shooting star' yang kebiasaannya merupakan isyarat kelemahan Rintangan MA200 mingguan dilihat bertindak sebagai rintangan dinamik terdekat menghalang kenaikan harga Ke manakah halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti. *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!oleh Meem0
SPLV: Puncak Berganda?Invesco S&P 500 Low Volatility ETF dilihat bergerak dalam trend menurun sejak beberapa bulan dagangan yang lalu Jika diamati, carta pada selang masa mingguan, pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta "Puncak Berganda" Petunjuk Volum dilihat menyokong pembentukan corak carta berkenaan dengan volum dilihat rendah ketika puncak B terbentuk RSI mingguan juga dilihat membentuk 'divergence' tatkala puncak kedua terbentuk Walaubagaimanapun kehadiran minat belian dilihat menghalang harga daripada turun memecahkan sokongan Hal ini dapat dilihat dengan kehadiran lilin doji pada minggu dagangan sebelum ini Persoalannya mampukah harga bertahan dan membatalkan pembentukan corak carta terbabit? Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti. *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!oleh Meem0
BULL OR BEARbased on the current market, we can see the red ocean has hit in most stock markets. My survey found, this is due to the rate of tax increase imposed by the Fed and the russia-ukraine war crisis. Referring to the plot of the market graph for a month found, there will be 2 times the shock of the USD currency before recovering back to better conditions. Because there are two possibilities, namely the end of the russia-ukraine war or the Fed stopping its escalation to re-stabilize the current situation.Panjangoleh hfzzbd0
3 tip untuk membina satu set minda profesional 🎯Hai Semua! 👋 Hari ini, kami akan bercakap mengenai pembinaan satu set minda profesional. Walaupun topik ini sudahpun menjadi subjek untuk pelbagai buku-buku dan sastera perdagangan selama bertahun-tahun, kami fikir ia adalah menarik untuk mengambil beberapa bahagian paling penting untuk komuniti TradingView. Mari kita bermula! 1.) Mula berfikir dalam Kebarangkalian 🔢 Mari kita lihat dengan pantas kepada satu daripada konsep-konsep paling penting di dalam Dagangan dan di dalam kehidupan: Nilai Jangkaan. Nilai Jangkaan adalah hanya satu nombor yang menunjukkan, berdasarkan pada kebarangkalian, nilai apabila melakukan sesuatu tindakan. Ia boleh menjadi positif atau negatif. Bolehkah dagangan ini menghasilkan wang? Patutkah saya menukar kerjaya? Patutkan saya mengahwini pasangan saya? Semuanya akan pergi kepada Nilai Jangkaan. Sekarang - Apakah yang membuat Nilai Jangkaan? 2 perkara: %Nisbah Bat dan Menang/Kalah. Nisbah Bat adalah peratusan kemenangan lawan hasil keseluruhan. Menang/Kalah adalah saiz kemenangan purata dibahagikan kepada saiz kekalahan purata. Apakah peluang perkara ini akan terjadi? Sebesar mana kemenangan? Sebesar mana kekalahan? Apabila anda menggabungkan nombor-nombor ini, anda akan dapat memahami dengan lebih jelas samada ia masuk akal atau tidak untuk melakukan sesuatu tindakan. Katakan sebagai contoh, bahawa satu idea dagangan tertentu mempunyai 50% peluang untuk menjadi. Satu kemenangan akan memberikan anda $2, manakala satu kekalahan akan merugikan anda $1. Patutkah anda mengambil dagangan itu? Jom kita cuba. Di dalam contoh ini, anda mengambil dagangan ini 100 kali. 50 kali, anda menang $2, dan 50 kali anda rugi $1. Anda akan berakhir dengan satu jumlah keuntungan sebanyak $50! ((50x2)-(50x1)). Sudah jelas bahawa dagangan ini mempunyai nilai dijangka yang positif! Jadi, walaupun jika anda mengambil dagangan dan berakhir dengan satu kekalahan, anda masih membuat satu keputusan yang tepat, jika anda melihat daripada satu pendirian Nilai Jangkaan . Kesulitan dengan menggunakan Nilai Jangkaan adalah Nisbah Bat dan Menang/Kalah adalah bukan nombor tepat. Mereka adalah anggaran. Jadi, membina satu perasaan bahawa kemungkinan sesuatu akan terjadi, dan membina satu pemahaman untuk amplitud kemenangan dan kekalahan adalah satu kemahiran untuk dibina samada untuk berdagang dan kehidupan. Satu jalan mudah untuk menentukur antena anda untuk ini adalah hanya dengan membuat satu nota apa yang anda jangkakan akan terjadi di dalam jurnal dagangan anda. Selepas anda melakukan banyak pengulangan secara berterusan, keupayaan anda untuk meneka hasil yang akan terjadi akan bertambah baik. 2.) Kesedaran diri 😵💫 Di dalam dagangan, perlakuan semua peserta-peserta pasaran adalah didorong oleh 2 ketakutan: ketakutan terlepas peluang dan ketakutan kerugian . Dalam kata lain, ketakutan dan ketamakan. Bergantung kepada keadaan otak dan pengalaman hidup anda, berkemungkinan salah satu daripada ketakutan-ketakutan ini akan memberikan impak kepada anda lebih kuat dari yang lain. Cuba fikirkan senario berikut: Anda membuat satu dagangan, dan posisi itu mula bergerak mengikut arah yang anda mahukan. Aset itu kemudiannya mula bergerak ke sisi. Mari kita meneliti dua jalan pergerakan ini boleh pergi: a - anda menutup posisi anda. Kemudian aset itu mula bergerak sekali lagi ke arah yang anda mahukan, harga kemudian naik tiga kali ganda. Anda terlepas pergerakan ini, kerana sekarang anda telah keluar dari posisi anda untuk satu keuntungan yang kecil. b - anda tidak keluar dari posisi, dan aset itu berundur semula kepada titik renti rugi anda, dan anda mengambil satu kerugian pada dagangan. Yang manakah di antara senario-senario ini lebih menyakitkan kepada anda? Tiada jawapan yang *betul* atau *salah*, tetapi ia adalah penting untuk mengetahui ketakutan manakah yang lebih kuat memberikan kesan kepada keadaan membuat keputusan di dalam otak anda. Jika anda mendapati anda adalah lebih cenderung kepada FOMO, cuba cari satu strategi di mana anda boleh memeras sebanyak mungkin keuntungan untuk satu dagangan yang berjaya. Jika anda lebih cenderung kepada ketakutan mengalami kerugian, cuba cari satu strategi di mana kemungkinan untuk mengambil kerugian besar atau konsisten itu paling kurang terjadi. 3.) Kebolehgunaan strategi adalah sangat penting ✅ Tip ini merujuk kembali kepada tip terakhir mengenai kesedaran diri, dan ia benar-benar menekankan mengenai kepentingan konsistensi dalam berinteraksi dengan pasaran. Apabila anda berinteraksi dengan pasaran, mempunyai satu pelan dagangan yang ditulis dan difahami sepenuhnya adalah kunci kepada kejayaan. Dana lindung nilai terbesar dan paling elit di dunia mempunyai mandat pelaburan yang ditakrifkan dengan jelas, amalan terbaik dan pelan perniagaan. Kenapa anda fikir anda tidak memerlukan satu pelan? Berkenaan itu, bukan semua pelan-pelan dagangan adalah dicipta serupa, dan walaupun pelan-pelan yang disusun rapi terbaik...dll. Apabila mereka satu pelan dagangan, banyak pedagang-pedagang baru atau pertengahan menfokuskan sepenuhnya kepada aspek membuat duit. Seperti, 'strategi apakah yang boleh memberikan saya keuntungan paling tinggi pada satu jangka masa yang ditentukan.' Bagaimana saya mendapat kelebihan? Biasanya ujian belakang, penyelidikan asas, visi, dan lain-lain memainkan satu peranan di dalam membantu menjelaskan kriteria untuk satu strategi yang menguntungkan. Akan tetapi, pedagang-pedagang mahir mengetahui bahawa ada sesuatu yang lebih penting daripada mentakrifkan kelebihan anda; memastikan konsistensi . Sebagai contoh, katakan anda telah mendapat satu strategi dagangan yang sempurna yang sepatutnya, dalam teori, di masa hadapan, membenarkan anda berdagang dengan sangat efisyen. Pelan itu memaparkan satu set kriteria yang sempurna untuk membeli kawasan terendah dalam pasaran, dan menjual di kawasan tertinggi pasaran. Untuk orang-orang baru, ini adalah cawan suci. Akan tetapi, hanya kerana anda *memahami* satu strategi tidak bermaksud anda mampu *melaksanakan* strategi. Anda boleh menguji strategi sempurna ini di dunia nyata, dan jika anda tidak mempu melaksanakan set peraturan yang anda telah bentangkan untuk diri anda di dalam masa kejadian disebabkan oleh keadaan psikologi anda, ia adalah tidak bermakna sebanyak mana pun kelebihan yang strategi itu ada. Anda tidak boleh melaksanakannya. Jadi, mencari satu strategi yang anda boleh mendorong diri anda melakukannya dengan konsisten, tidak kira apa yang terjadi di dalam pasaran, ia adalah tersangat penting. Di dalam terma nilai jangkaan dan kesedaran diri, mempunyai satu strategi yang 30% efisyen tetapi anda boleh melaksanakan dengan 100% kepastian adalah lebih berharga daripada satu strategi yang 70% efisyen yang anda hanya boleh laksanakan dengan tepat hanya 40% pada satu-satu masa. Tidak menjadi tertekan daripada satu kerugian adalah satu kekuatan sebenar. Reka untuk mencegah kesilapan, bukan kerugian. - Apapun, terima kasih sekali lagi kerana membaca, dan selamat berhujung minggu! Beritahu kami dengan satu komen di bawah jika anda telah mempelajari apa-apa, dan kami akan mempertimbangkan untuk melakukan satu siri penuh mengenai psikologi dagangan gunaan. Selamat! - Pasukan TradingViewPendidikanoleh TradingView1124
Carta nampak sedang berehatWAHED ni nampak cantik berehat di MA50. Boleh la topup sikit sikit. Dollar Cost Averanging omputeh kata. TAYOR.Panjangoleh ashrafngaidin1
GDX mungkin boleh naik ke 74GDX mungkin boleh naik ke 74 GDX maybe can go up to 74 #ARTTpick #KebayaTraderPanjangoleh calvincychin0
Boleh dah Topup WAHEDNampak WAHED ni bias ke atas. Boleh lah pelan pelan potong Astroll, berhenti sapkok, tak bayar PTPTN pam WAHED, ehhh? KWSP pun boleh la pecahkan pi sini sikit. Harga perlu stay dan bertahan atas 40$, lepastu kita sorak la macam biasa. NFA lah macam biasa. TAYOR boi. Panjangoleh ashrafngaidin3
UPDATE: GOLDETFNampak gaya macam jauh lagi perjalanan dia ni. Nak terbang ke mana? Sila rujuk kajian sebelum: TAYOR DYOR NFAPanjangoleh Dukun_Trader0
UPDATE: GOLDETFDengan catalyst isu Russia dan Ukraine, sampai manakah gold akan terbang? Sila rujuk kajian sebelum: TAYOR DYOR NFAPanjangoleh Dukun_Trader0
UPDATE: GOLDETFGiliran emas pula ke ni? Inflasi is real guys. Be prepared. Sila rujuk kajian sebelum: TAYOR DYOR NFAPanjangoleh Dukun_Trader0
UPDATE: GOLDETFMaka bermulalah sebuah inflasi? Sila rujuk kajian sebelum: TAYOR DYOR NFAPanjangoleh Dukun_Trader0
GOLDETFKomoditi lain macam dah naik lain macam. Gold masih lagi malu-malu? TAYOR DYOR NFAPanjangoleh Dukun_Trader0
S&P 500: Cenderung Meneruskan Kejatuhan? [Malaysia]SPY pada minggu dagangan yang lalu dilihat membuat kenaikan berbanding minggu sebelumnya setelah harga membuat kejatuhan di bawah EMA20 mingguan Namun, jika diperhatikan paras RSI mingguan kedudukannya dilihat masih lagi berada di bawah garisan purata RSI. Pembentukan lilin dagangan juga dilihat seakan sama dengan pembentukan lilin pada minggu 5 Nov 2018 sebelum harga menyambung kejatuhan. Analisa volum mendapati penyertaan para pedagang masih kurang berbanding minggu dagangan sebelumnya meskipun volum dilihat melebihi paras purata volum mingguan. Trend secara jangka masa panjang dilihat masih lagi cenderung bergerak dalam trend menaik. Wallahua'lam. Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih! oleh Meem0