Pasaran niaga hadapan
FCPO! : MENUJU RINTANGAN TERDEKAT, DALAM SALURAN MENAIK TF1HBerdasarkan momentum semasa, ia masih dalam saluran menaik dan akan mencari rintangan terdekat.
Sekiranya ia break resistance 1 ia berpotensi untuk mencapai sasaran jangka panjang iaitu resistance 2.
Unjuran ini hanya untuk minggu 08 july-12 july sahaja.
Keadaan pasaran global masih belum kukuh dan dalam fasa distribution.
GOLD (Percubaan untuk Bergraduasi)• Selepas emas membuat harga tertinggi pada 7 Ogos 2020, harga menurun dan sampai sekarang masih belum mampu untuk membuat harga tertinggi yang baru.
• Emas cuba untuk membuat harga tertinggi yang baru pada 8 Mac 2022 tetapi masih tidak mampu melebihi harga pada 7 Ogos 2020.
• 2 tahun emas dalam keadaan sideways atau mendatar.
• Persoalannya, adakah emas telah bergraduasi daripada trend sideways ini?
• Berkemungkinan emas telah bergraduasi dengan 2 justifikasi:
i. Pembentukan signal 'strong double bullish divergence' (yang ditunjukkan oleh 2 daripada 5 oscillator yang digunapakai).
ii. Rebound di atas garisan flat.
• Walaubagaimanapun, emas perlu melepasi 3 resistance @ rintangan penting untuk meyakinkan lagi analisis ini:
i. Garisan downtrend.
ii. MA 50 yang merupakan dinamic support yang paling sesuai dengan emas.
iii. Horizontal resistance (1804 - 1813) yang diambil berdasarkan Fixed Range Volume Profile (FRVP), dimana transaksi yang banyak berlaku sejak 7 Ogos 2020 sehingga hari ni adalah pada tingkat harga 1804 - 1813.
• Kiraan Elliott Wave ini valid selagimana harga tidak jatuh melebihi invalidation level (1680.20).
Nota Kaki
• Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi oscillator menaik (higher low).
• Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
• Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
• Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
• Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
• Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
• * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support, horizontal resistance' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
• Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER
⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan.
⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Besar kemungkinan analisis² ini adalah tidak tepat. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
Fokus buyGold masih dalam uptrend, peluang untuk naik menguji resistance area 1808.00-1814.28 jika gold bertahan di atas support area 1770.38-1759.30,di time frame 4 jam,untuk entry boleh berpandukan pada teknikal masing-masing,pengurusan risiko sangat penting supaya tidak mengalami sebarang kerugian teruk,jangan merisiko kan melebihi 3% dari equity untuk trader yang trade di metatrader
6 setup dijumpai untuk FCPO minggu lepas.Ok, untuk idea FCPO ni, saya ade terpikir, "teknik pecah midBB ni takde CL ke?". Jawapannya ada. Cuba korang tengok, Daripada total 6 setup, 2 loss dan 4 win. So win rate dia bukanlah 100% ok.
Cuma of course lah saya baru je belajar teknik ni. Masih perlu fine tune lagi.
So far yang saya tengok, 1st day of the week tu amat penting. Kalau harga FCPO tengah menurun, kita focus short position je. (ini based on pemerhatian saya lah).
Lagi sekali saya nak tekankan, CL level sangatlah penting untuk diletakkan ye. Sebab 1 tick tu dah RM25. Kalau 100 ticks tak ke RM2500? Maka sayangilah capital anda.
10 setup dijumpai untuk ZL minggu lepas.Ok, untuk kaunter soybean ni, daripada 10 setup yang saya jumpa, 3 adalah loss, dan 7 win. Sama seperti FCPO, first day of the week is most important. Kalau awal-awal pagi isnin tu setup short yang timbul, maka kite fokus pada short position je. Jangan gatal tangan nak masuk long position. Ingat ya, kita tak perlu terlalu mengejar profit pun. Capital preservation tu yang penting, so that kite boleh 'stay in the game'. Dah kalau takde capital, camne nak trade, ye tak?
Gold dijangka membuat sedikit penurunanAnalisa Gold 1H (xauusd ) pada hari ini 7/8/2022 harga dijangka akan membuat kenaikkan seketika iaitu membuat wave b correction ke area pullback 1 atau pullback 2. Selepas selesai membuat wave correction iaitu wave b, price akan membuat penurunan semula untuk menghabiskan putaran atau wave correction c pada esok hari 8/8/2022.Target penurunan esok hari ialah pada harga 1754.00
KACANG SOYA (KOMODITI)Pelan Pelaburan
- Limit Belian (1)-
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Target Keuntungan: 50pips
Target Kerugian: 25pips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:2
- Limit Jualan (1)-
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: 50pips
Target Kerugian: 25pips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:3
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah berdasarkan selang masa m15 semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
EMAS (KOMODITI)Pelan Pelaburan
- Limit Belian (1)-
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Target Keuntungan: 100pips
Target Kerugian: 30ips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:3
- Limit Jualan (1)-
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: 100pips
Target Kerugian: 30pips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:3
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan pembalikan arah berdasarkan selang masa m15 semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
Fokus buy Gold masih dalam uptrend, peluang untuk naik menguji resistance area 1774.59-1788.03 jika gold tutup di atas 1788.03, peluang untuk naik ke resistance area seterusnya, jika gagal peluang untuk turun menuju support area 1755.61,di time frame 4 jam,untuk entry boleh berpandukan pada teknikal masing-masing,pengurusan risiko sangat penting supaya tidak mengalami sebarang kerugian teruk,jangan merisiko kan melebihi 3% dari equity untuk trader yang trade di metatrader