Dasar Privasi
Tentang kami
Kemas Kini
Data peribadi yang kami kumpulkan
Akaun pengguna. Jika anda memutuskan untuk mencipta satu akaun, anda perlu memberikan kami beberapa data peribadi supaya kami dapat memberikan anda akses kepada perkhidmatan tambahan kami yang pengguna dapat gunakan. Anda juga boleh memilih untuk memberikan maklumat tambahan mengenai anda, seperti dijelaskan di bawah.
Semasa pendaftaran anda akan diperlukan untuk memberi kepada kami sama ada:
- nama pengguna anda, alamat e-mel;
- maklumat akaun anda dengan satu daripada perkhidmatan Internet sosial berikut: Facebook, X (sebelum ini Twitter), Google, Yahoo!, LinkedIn, Apple; dan
- sekiranya anda ingin membeli langganan, kami memerlukan nama pertama, nama keluarga dan alamat surat-menyurat anda.
Di dalam beberapa kes, anda mungkin perlu menyediakan dan mengesahkan nombor telefon anda. Anda juga boleh menambah maklumat tambahan mengenai diri anda dalam tetapan profil, namun ini tidak diwajibkan.
Informasi ini akan dipaparkan kepada umum:
- nama pengguna, imej yang anda pilih untuk berikan sebagai avatar pengguna anda, tanda tangan, "Mengenai saya", X (sebelum ini Twitter), pautan saluran YouTube, nama pengguna YouTube, profil Facebook, profil Instagram dan laman web, tarikh penyertaan, tahap langganan.
Maklumat ini tidak akan dipaparkan secara umum:
- nama pertama dan akhir anda, nombor telefon dan e-mel.
Jika anda mendaftar sebagai seorang pengguna Akaun Essential/Plus/Premium/Expert/Ultimate ("Pengguna Berbayar"), pemproses pembayaran pihak ketiga kami juga akan memproses maklumat mengenai kad pembayaran dan maklumat akaun bank atau maklumat akaun pembayaran anda yang kami perlukan untuk tujuan merekod dan memproses pendaftaran akaun anda. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada rujukan di bawah bertajuk "Maklumat pembayaran", di bawah bahagian bertajuk, "Di mana kami berkongsi maklumat peribadi anda."Data hubungan. Kami juga memproses apa-apa data peribadi yang anda pilih untuk berikan apabila berhubung dengan kami melalui telefon, e-mel atau sebaliknya melawat dan berinteraksi dengan Laman Web ini dan mana-mana perkhidmatan lain yang kami kendalikan.
Dengan memberikan kami nombor telefon anda, anda bersetuju untuk menerima mesej teks dari kami. Kadar mesej dan data boleh dikenakan. Kekerapan mesej adalah berbeza-beza. Kami tidak akan mengongsikan nombor telefon anda dengan mana-mana pihak ketiga kecuali dinyatakan dengan jelas dalam polisi ini.
- Data rakan kongsi. Kami juga memproses data peribadi yang anda pilih untuk berikan pada pendaftaran dan sambungan kepada Program Rakan Kongsi (untuk lebih maklumat, sila lihat Peraturan Program Rakan Kongsi).
- Kuki dan teknologi lain. Kami menggunakan kuki pelayar (fail teks kecil yang diletakkan pada peranti anda) untuk mentadbir Tapak kami, mengumpul dan menganalisa maklumat statistik, memastikan keselamatan, melawan spam dan untuk tujuan pengiklanan. Kuki membenarkan kami memberikan anda pengalaman pengguna lebih baik apabila anda melayari Laman Web kami dan juga membantu menambah baik ciri-cirinya. Lebih banyak maklumat mengenai penggunaan kuki boleh ditemui dalam Polisi Kuki anda.Kami juga menggunakan mata arah web (grafik kecil dengan pengecam unik) untuk tujuan analisis dan pengiklanan dan untuk membangun, menguji dan meningkatkan perkhidmatan kami dengan lebih lanjut, seperti yang diterangkan dalam Polisi Kuki kami.
- Fail log. Seperti kebanyakan laman web, kami menggunakan fail log pelayar web. Rekod dalam fail log kami mengandungi alamat internet protocol (IP) (lihat bahagian "Maklumat peranti" di bawah untuk maklumat lanjut), jenis pelayar, penyedia perkhidmatan internet, halaman rujukan, halaman keluar, jenis platform dan cop tarikh/masa. Kami menggunakan fail log pelayar web untuk menguruskan tapak, memberikan maklumat trafik meluas untuk tujuan perancangan tapak dan untuk memastikan perjanjian terma perkhidmatan kami dipatuhi. Sila ambil maklum bahawa alamat IP adalah tidak terikat dengan data peribadi dalam fail log pelayar web kami.
Maklumat peranti. Kami mengumpulkan maklumat berkenaan mengenai peranti yang anda gunakan untuk berinteraksi dengan perkhidmatan kami: alamat IP untuk peranti (dari mana kami boleh mengetahui negara yang anda berhubung dari), jenis peranti, sistem pengoperasian, aplikasi dan versi pelayar. Kami mengumpulkan maklumat ini untuk menghalang spam dan penyalahgunaan perkhidmatan kami. Alamat IP boleh dikira sebagai data peribadi dalam bidang kuasa tertentu dan akan kendalikan mengikut polisi privasi ini.
- Analitik. Apabila anda menggunakan Laman Web, aplikasi mudah alih dan atas meja kami, atau widget yang kami sediakan untuk tapak lain, kami mungkin mengumpulkan maklumat analitik secara automatik. Maklumat ini mungkin mengandungi maklumat am peranti anda, pengecam peranti (sebagai contoh, Google Advertising ID, jika anda menggunakan peranti Android atau Advertising Identifier (IDFA), jika anda menggunakan peranti iOS), maklumat rangkaian, laman web dan peristiwa interaksi aplikasi. Kami mengumpulkan data samaran sahaja dan maklumat analitik ini tidak mengandungi apa-apa maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti dari profil anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk menganalisa dan menambah baik fungsi perkhidmatan dan aplikasi kami, dan untuk membangun, menguji dan memperbaiki lagi perkhidmatan kami. Untuk tujuan ini, kami mungkin menggunakan analitik luaran termasuk juga penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut mengenai penyedia perkhidmatan pihak ketiga, sila rujuk bahagian Penyedia analitik di bawah.
- Data yang kami terima dari pihak ketiga. Apabila anda mendaftar masuk ke dalam akaun anda menggunakan kelayakan perkhidmatan internet anda (Facebook, X (sebelum ini Twitter), Google, Yahoo!, LinkedIn, Apple), perkhidmatan ini menghantar kami nama pengguna anda dan alamat e-mel yang dikaitkan dengan kelayakan yang anda gunakan. Kami tidak mengawal atau bertanggung jawab untuk cara pihak ketiga memberikan maklumat mengenai anda dan/atau memproses data peribadi anda.
Cara maklumat peribadi digunakan
Profil. Satu profil adalah satu set maklumat untuk setiap pengguna individu yang menjelaskan pilihan tontonannya. Tetapan pengguna (tetapan carta, bar alat, butang dll) adalah disimpan khas untuk tujuan mensesuaikan pengalaman pengguna apabila menggunakan Laman Web, aplikasi atau akaun pengguna. Kami tidak berkongsi tetapan profil peribadi dengan mana-mana pihak ketiga.
Sila fahami bahawa apabila anda membuka satu akaun di Laman Web, pengguna-pengguna lain atau pengunjung ke Laman Web mungkin boleh mengakses profil umum anda dan melihat apa-apa maklumat peribadi yang anda telah letakkan secara umum.
Akaun pengguna dan pengoperasian profil. Kami menggunakan butiran hubungan anda, seperti nama pengguna, alamat e-mel atau nombor telefon, dalam cara berikut:
- untuk mengesahkan akaun pengguna anda, memastikan keselamatannya bersama dengan keselamatan perkhidmatan kami dan untuk mencegah spam, penipuan dan penyalahgunaan;
- untuk mengakui, sahkan dan uruskan akaun pengguna anda;
- untuk menghantar kepada semua pengguna baharu e-mel pengaktifan selamat datang bagi mengesahkan alamat e-mel mereka;
- (Untuk Pengguna Berbayar) untuk memberi anda perkhidmatan langganan dan menghubungi anda mengenai penggunaan perkhidmatan tersebut. Ini perlu bagi kami untuk melaksanakan permintaan anda; dan
- Pengguna Berbayar juga menerima e-mel notifikasi dari pemproses pembayaran kami jika ada isu mengenai pengebilan kad untuk langganan pembaharuan automatik. Pengguna tidak boleh memohon keluar dari mesej ini, akan tetapi mereka boleh memadamkan akaun mereka.
- Pemadaman akaun pengguna. Anda boleh menolak untuk menggunakan Laman Web atau aplikasi kami dan meminta kami memadamkan akaun anda dalam Tetapan profil. Akaun anda akan dipadamkan selepas 30 hari. Sepanjang masa ini anda boleh menghentikan proses pemadaman pada bila-bila masa.
Sila ambil maklum bahawa jika anda telah memohon supaya akaun anda dipadamkan, kami akan memadamkan data peribadi seterusnya yang anda telah berikan kepada kami. Beberapa data, seperti idea/skrip yang sudah diterbitkan dan mesej yang dihantar kepada pengguna lain, akan disimpan kerana ia telah diintegrasikan ke dalam sistem kami. Data ini hendaklah disimpan untuk mengekalkan integriti platform.
Untuk proses perniagaan yang sah dan pematuhan kepada kewajipan undang-undang, termasuk undang-undang cukai, audit dan keselamatan, kami hendaklah mengekalkan data tertentu untuk satu tempoh masa yang panjang. Data ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, log transaksi, laporan kewangan, alamat dan butiran pekerjaan. Tempoh masa pengekalan untuk setiap jenis data akan mematuhi keperluan undang-undang khusus, sehingga 10 tahun.
Sila ambil perhatian bahawa enjin carian, serta pihak ketiga boleh menyimpan salinan maklumat umum yang tersedia setelah akaun anda dipadamkan. Sila ambil perhatian juga bahawa idea yang diterbitkan akan kekal berada di laman web ini dan mesej yang dikirimkan kepada pengguna lain tidak boleh dipadamkan.
- Pemasaran. Kami mungkin menghantarkan e-mel pemasaran kepada anda mengenai produk atau perkhidmatan yang serupa kepada produk atau perkhidmatan yang anda langgani, termasuk maklumat mengenai majlis dan promosi lain yang kami rasakan mungkin menarik minat anda. Ini kecuali anda telah memberitahu kami dengan jelas bahawa anda tidak mahu menerima komunikasi dalam keadaan sebegini. Kami akan menghantarkan anda maklumat promosi lain kepada anda melalui e-mel hanya dengan kebenaran anda, yang diberikan pada masa anda memberikan kami data peribadi anda. Pengguna boleh menarik diri dari menerima komunikasi pemasaran pada bila-bila masa dengan mengklik pada "nyahlanggan" dalam satu daripada e-mel (untuk lebih maklumat mengenai hak anda, sila lihat bahagian "Hak pengguna" di bawah).
- Notifikasi sosial. Kami boleh memberitahu anda melalui e-mel mengenai pengguna baharu yang sudah mengikuti anda, menyukai idea, idea baharu pengguna yang anda ikuti dan banyak lagi. Anda boleh menolak untuk menerima notifikasi sebegitu pada bila-bila masa dengan menukar Tetapan profil anda.
- Pengumuman berkaitan perkhidmatan. Pada keadaan yang jarang berlaku, mungkin perlu untuk menghantar pengumuman berkaitan perkhidmatan. Sebagai contoh, jika perkhidmatan kami terganggu untuk satu tempoh masa yang berpanjangan atau satu naik taraf kefungsian besar dikeluarkan, kami mungkin akan menghantar semua pengguna satu mesej e-mel.
- Perkhidmatan pengguna. Apabila anda membuka satu tiket sokongan, kami menggunakan butiran hubungan anda dan juga maklumat mengenai peranti anda, log pelayan, penjelasan masalah, termasuk juga apa-apa bahan sokongan lain (video, syot skrin dll) untuk membantu menyelesaikan masalah(s).
- API. Jika anda menggunakan perkhidmatan API (Application Programming Interface) kami (seperti Carta Termaju, Platform Dagangan, REST API), kami mungkin akan memproses data peribadi anda untuk memastikan kami dapat menyediakan dan menyokong perkhidmatan berkenaan.
Kepentingan sah. Kami akan memproses data peribadi anda yang diperlukan untuk kepentingan perniagaan sah, yang termasuk perkara berikut:
- di mana kami diminta untuk menjawab sebarang pertanyaan, komen, atau rungutan atau keluhan anda;
- untuk mentadbir Laman Web kami supaya lebih memahami bagaimana pengunjung berinteraksi dengan Laman Web ini dan memastikannya dipersembahkan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer / peranti anda;
- untuk membangunkan dan menambah baik aplikasi mudah alih kami;
- untuk berkongsi data peribadi dengan rakan perniagaan kami untuk tujuan pentadbiran, menyediakan servis langganan, dan di dalam aktiviti berkaitan jualan dan pemasaran kami, kecuali di mana kami memerlukan pengizinan daripada anda, seperti yang dijelaskan di atas;
- untuk menghantar anda maklumat mengenai produk atau perkhidmatan kami yang serupa dengan produk atau perkhidmatan yang anda langgani (melainkan anda telah menolak atau memilih untuk tidak menerima e-mel ini pada masa anda memberi kami alamat e-mel anda atau anda telah menyatakan kepada kami bahawa anda tidak mahu menerima komunikasi dengan cara ini). Kepentingan kami yang sah adalah untuk memastikan kesemua pemasaran kami adalah relevan dengan anda, jadi kami dapat memproses data anda untuk mengirimkan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan kami yang secara khusus disesuaikan dengan minat anda;
- kami mungkin tidak menamakan, agregat dan tidak mengidentifikasikan data yang kami kumpulkan dan menggunakan data yang tidak dikenali, agregat dan tidak dikenal pasti untuk tujuan perniagaan dalaman kami sendiri, termasuk berkongsi dengan rakan kongsi perniagaan kami, perniagaan gabungan kami, ejen dan pihak ketiga yang lain untuk tujuan penyelidikan, perdagangan dan statistik, sebagai contoh membenarkan pihak-pihak berkenaan menganalisis corak di kalangan kumpulan manusia, dan menjalankan penyelidikan mengenai demografi, minat dan tingkah laku;
- untuk operasi dalaman perniagaan / operasi teknikal, termasuk penyelesaian masalah, analisis data, pengujian, penyelidikan, statistik dan tujuan tinjauan, dan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menjaga laman web ini, rangkaian, dan sistem keselamatan maklumat; dan
- kepada (a) mematuhi obligasi undang-undang, (b) bertindak balas kepada permintaan daripada pihak berkuasa; (c) menguatkuasakan Syarat Penggunaan atau Peraturan Dalaman kami; (d) melindungi operasi kami atau mana-mana perniagaan gabungan kami; (e) melindungi hak, keselamatan atau harta kami dan / atau perniagaan kami, anda atau orang lain; dan (f) menguatkuasakan atau mempertahankan hak undang-undang, atau mencegah kerosakan. Ini bermakna kami boleh menyimpan dan mendedahkan maklumat anda kepada pihak berkuasa undang-undang, agensi kerajaan atau negeri jika kami mendapati bahawa pendedahan tersebut adalah perlu untuk pematuhan undang-undang. Ini termasuk tindak balas kepada perintah mahkamah atau sepina serta proses perundangan atau peraturan yang lain.
Seperti yang dinyatakan di dalam dasar privasi ini, "kepentingan yang sah" bermaksud kepentingan TradingView dan perniagaan sekutu kami dalam menjalankan dan menguruskan perniagaan. Apabila kami memproses data peribadi anda untuk kepentingan sah kami, kami telah memastikan untuk mempertimbangkan dan mengimbangkan apa-apa kesan yang berpotensi terjadi kepada anda, dan semua hak-hak anda di bawah undang-undang perlindungan data. Kepentingan sah kami tidak secara automatik mengatasi kepentingan anda. Kami tidak akan menggunakan data peribadi anda untuk aktiviti di mana kepentingan kami mempunyai pertindihan dengan kesan kepada anda, melainkan jika kami mendapat persetujuan anda atau aktiviti tersebut diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang. Anda mempunyai hak untuk membantah pada bila-bila masa tindakan kami memproses data peribadi anda berdasarkan kepentingan sah kami, berdasarkan alasan tertentu anda (untuk maklumat lebih lanjut mengenai hak-hak anda, sila lihat seksyen " Hak pengguna " di bawah).
Apabila kami boleh berkongsi maklumat peribadi
- Penyedia perkhidmatan. TradingView, seperti kebanyakan perniagaan lain, kadang-kala melibatkan diri dengan pihak ketiga yang dipilih yang bertindak bagi pihak kami untuk menyokong operasi kami, seperti (i) pemprosesan kad atau perkhidmatan pembayaran (lihat perkara di bawah tajuk "Maklumat pembayaran"), (ii) pembekal IT dan kontraktor (cth. penyedia pengehosan data atau rakan kongsi penghantaran) seperti yang diperlukan untuk memberikan sokongan IT dan membenarkan kami memberikan perkhidmatan langganan dan produk/perkhidmatan lain yang tersedia pada Laman Web ini atau kepada pengguna, (iii) penyedia analitik laman web dan mudah alih, (iv) penyedia perkhidmatan pengiklanan digital, dan (v) penyedia penyelesaian perisian pemasaran dan jualan. Menurut arahan kami, pihak-pihak ini boleh mengakses, memproses atau menyimpan data peribadi anda semasa melakukan tugas mereka kepada kami dan semata-mata untuk melaksanakan perkhidmatan yang kami telah lantik mereka untuk sediakan.
Maklumat pembayaran. Pengguna Berbayar hendaklah memberikan maklumat pembayaran (nama, alamat surat-menyurat, maklumat kad pembayaran atau maklumat akaun pembayaran). Maklumat ini digunakan untuk tujuan pengebilan sahaja dan diproses oleh pemproses pembayaran kami. Apabila anda melakukan pembayaran, kami tidak mempunyai akses kepada maklumat kad pembayaran anda. Sekiranya kami mempunyai masalah dengan pemprosesan pesanan, alamat e-mel yang anda berikan akan digunakan untuk menghubungi anda. Untuk lebih maklumat mengenai jenis maklumat yang dikumpulkan oleh pemproses pembayaran kami, sila lawati polisi privasi mereka:
- Penyedia kandungan pihak ketiga. Apabila anda membeli data pasaran dari ICE atau bursa saham lain, kami memberikan mereka butiran hubungan anda (nama, nombor telefon, alamat dan e-mel) dan anda menandatangani perjanjian. Data ini juga diproses oleh ICE atau bursa saham lain untuk menyediakan kepada anda akses kepada bursa.
- Perniagaan gabungan TradingView. Untuk menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan dari kami, perniagaan gabungan kami mungkin mengakses dan memproses maklumat yang kami kumpulkan dari anda untuk tujuan dijelaskan di atas, termasuk menawarkan produk dan perkhidmatan untuk anda. Perniagaan gabungan kami hanya akan menggunakan data anda untuk tujuan yang kami secara asalnya mengumpulkan data berkenaan.
Penyedia analitik. Kami mungkin menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk memantau dan menganalisa penggunaan perkhidmatan dan aplikasi mudah alih/atas meja kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk menganalisa dan menambah baik fungsi perkhidmatan dan aplikasi mudah alih kami.
Kami mungkin menggunakan Google Analytics sebagai perkhidmatan analitik web di Laman Web, aplikasi mudah alih dan bersama-sama dengan widget yang kami sediakan. Untuk lebih maklumat mengenai amalan privasi Google Analytics, anda boleh melihat di sini.Perkhidmatan analitik untuk aplikasi mudah alih dan atas meja yang kami gunakan:
- Firebase — sebuah platform analitik dan pembangunan yang disediakan oleh Google. Untuk lebih maklumat mengenai jenis maklumat yang dikumpulkan, sila lawati laman web Firebase.
- Flurry Analytics — memberikan kami alatan dan sumber untuk memahami gelagat pengguna aplikasi mudah alih kami. Untuk lebih maklumat mengenai pengendalian data pengguna pada Flurry Analytics, sila lihat Polisi Privasi mereka.
- Visual Studio App Center — dimiliki oleh Microsoft. Penetapan perlindungan data yang digunakan oleh mereka boleh disemak di bawah Pernyataan Privasi Microsoft.
- AppsFlyer — servis analitik untuk mengira dan menganalisa keberkesanan kempen pemasaran dan pengiklanan kami, termasuk juga dalam sesetengah peristiwa dan aksi di dalam aplikasi. Untuk maklumat lanjut bagaimana AppsFlyer berfungsi dan apakah data yang dikumpul, sila lihat Dasar Kerahsiaan Servis AppsFlyer.
- Sentry — sebuah platform penjejakan ralat dan pemantauan prestasi yang membantu kami melakukan diagnosis, membaiki dan mengoptimumkan prestasi platform kami. Untuk lebih maklumat mengenai data yang dikumpulkan oleh Sentry, sila lihat Polisi Privasi Sentry.
- Pemindahan perniagaan. Jika kami menjual perniagaan atau aset syarikat kami dibeli oleh pihak ketiga, data peribadi yang disimpan oleh kami mengenai pengguna akaun am kami, pengguna akaun langganan atau pelanggan, mungkin menjadi satu daripada aset yang dipindahkan.
- Sebab pentadbiran dan perundangan. Jika kami perlu mendedahkan data peribadi (i) untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan/atau prosiding kehakiman dan kawal selia, perintah mahkamah atau proses perundangan lain, (ii) untuk menguatkuasakan Syarat Penggunaan kami, Peraturan Dalaman dan terma kontrak yang terpakai lain yang anda tertakluk kepada, atau (iii) untuk melindungi kami atau kontraktor kami daripada kerugian atau kerosakan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, bertukar maklumat dengan polis, mahkamah atau organisasi penguatkuasa undang-undang.
Pengiklanan. Kami memaparkan pengiklanan pada Laman Web dan mungkin menggunakan ciri-ciri pemasaran semula dan penjejakan. Ciri pemasaran semula membenarkan kami untuk memaparkan pengiklanan dalam keadaan lebih disasarkan untuk mempersembahkan pengiklanan yang menarik minat pengguna, berdasarkan kepada aktiviti mereka pada laman web lain. Ciri penjejakan membenarkan kami mengumpulkan maklumat mengenai tanggapan, klik iklan dan kelakuan tertentu yang dilakukan pengguna menerusi Laman Web kami. Data ini juga membantu kami menilai prestasi kempen pengiklanan. Ambil maklum bahawa kami mengumpulkan data samaran sahaja. Kami mungkin menggunakan perkhidmatan tersebut untuk pengiklanan, pemasaran semula dan tujuan penjejakan:
- Google Ad Manager dan Google Ads — mereka membantu kami menyampaikan dan mengukur kejayaan pengiklanan pada tapak kami. Untuk lebih maklumat mengenai bagaimana Google menggunakan data, sila rujuk kepada dokumen Terma & Privasi mereka termasuklah Polisi Privasi Google. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan ini dengan melawat halaman tidak turut serta Network Advertising Initiative atau dengan menyahaktifkan pemperibadian iklan Google melalui halaman Tetapan Iklan mereka.
- Meta pixel — membenarkan kami mengukur, mengoptimumkan dan membina khalayak untuk kempen pengiklanan kami. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai polisi data Meta di sini. Anda boleh mengurus tetapan peribadi anda untuk pengiklanan di Facebook pada Pilihan Iklan Anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Facebook, anda boleh menggunakan laman web Pilihan Atas Talian Anda atau DAA's WebChoices Tool untuk menguruskan pengalaman pengiklanan anda.
- X (sebelum ini Twitter) Conversion Tracking (X Pixel) — membantu kami mengukur pulangan kami pada perbelanjaan pengiklanan. Untuk lebih maklumat mengenai pemprosesan data X (sebelum ini Twitter), sila lihat Polisi privas mereka. Anda boleh menukar tetapan dalam profil peribadi X (sebelum ini Twitter) anda dan memilih untuk menerima pengiklanan. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun X (sebelum ini Twitter), anda boleh menggunakan laman web Your Online Choices atau DAA's WebChoices Tool untuk menguruskan pengalaman pengiklanan anda.
Sila maklum bahawa kami tidak kongsikan sebarang maklumat peribadi dengan pengiklan kami. Mereka hanya berupaya mendapatkan statistik umum yang termasuk bilangan impresi iklan yang telah mereka hasilkan termasuklah bilangan klik.
- Google reCAPTCHA. Kami menggunakan reCAPTCHA untuk memeriksa sama ada data telah dimasukkan oleh individu atau oleh program diautomasikan. Kami menggunakan perkhidmatan ini untuk melindungi perkhidmatan kami dari spam, penipuan dan penyalahgunaan. reCAPTCHA menganalisis kelakuan pelawat menggunakan pelbagai ciri dan menilai pelbagai maklumat untuk tujuan analisis (cth alamat IP, tempoh lawatan atau klik tetikus pengguna). Analisis ini bermula secara automatik, sebaik sahaja pelawat laman web mengakses laman web dan berjalan di sebalik tirai. Pelawat tidak dijelaskan bahawa satu analisis sedang dilakukan. Data direkodkan semasa analisis dihantar ke Google. Lebih maklumat mengenai Google reCAPTCHA dan Polisi Privasi Google boleh ditemui dalam pautan berikut: Polisi Privasi Google dan Apakah reCAPTCHA?.
- YouTube API Services. Kami menggunakan YouTube API untuk berkongsi idea video pilihan anda kepada akaun YouTube anda. Apabila anda menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu masuk ke dalam akaun Google anda dan memberikan kami kebenaran untuk mengakses akaun YouTube anda. Kami hanya akan menggunakan akses ini untuk memuat naik video yang anda pilih untuk dikongsikan dengan kami. Kami tidak akan menyimpan, mengubah, memadam atau melihat apa-apa data lain dari akaun YouTube anda. Kami juga tidak akan berkongsi maklumat akaun Google anda dengan mana-mana pihak ketiga. Anda boleh membatalkan akses kami kepada akaun YouTube anda pada bila-bila masa dengan melawat halaman tetapan sekuriti Google. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan YouTube.
Maklumat awam di laman web kami
- Profil Peribadi. Apabila anda mencipta profil anda pada Perkhidmatan kami, pengguna atau pelawat lain boleh mengakses profil awam anda dan melihat apa-apa maklumat yang anda dedahkan mengenai diri anda. Apabila melayari untuk idea dagangan, mereka hanya boleh melihat maklumat pasaran anda (cth idea yang telah diterbitkan dan skrip, peruntukan pasaran dan senarai berikut termasuk dengan idea yang anda ikuti dan berikan komen), maklumat hubungan (iaitu bahagian Tentang anda, avatar, pautan kepada akaun media sosial anda, laman web dll), status komuniti anda (seperti Moderator atau logo Pro, maklumat statistik seperti bahan reputasi, pandangan, suka, pengikut, tarikh pendaftaran, termasuk tarikh akhir lawatan anda). Alamat e-mel anda, sebaliknya, tidak akan muncul (kecuali anda memilih untuk menjadikannya kelihatan).
Kandungan awam. Perkhidmatan kami membenarkan mereka dengan akaun pengguna berdaftar untuk berkongsi carta mereka dengan penunjuk dan komen, idea, skrip dan kandungan lain mereka dengan keseluruhan internet melalui ciri yang diterbitkan kami.
Dengan menggunakan ciri penerbitan awam, anda memberikan kebenaran kepada kami lesen yang tidak boleh ditarik balik, kekal dan bebas royalti untuk menerbit dan mendedahkan kandungan, termasuk nama pengguna penulis, yang menjadikan anda boleh dikenali.
Anda juga boleh menerbitkan kandungan anda secara "peribadi". Ini bermakna ia tidak akan dipaparkan pada profil anda atau senarai idea, skrip dan lain-lain; dan ia juga tidak akan diindekskan oleh enjin pencarian. Akan tetapi, pengguna yang mempunyai akses terus kepada kandungan anda akan dapat melihatnya. Sila ambil maklum bahawa anda akan mengawal siapa/mana-mana pengguna yang mempunyai akses kepada pautan.
Apabila anda memberikan komen pada kandungan di Laman Web kami, kami juga menerbitkan maklumat tertentu mengenai komen anda: ini termasuk tarikh, waktu dan aplikasi (seperti "TradingView untuk iOS" jika anda memberikan komen dari salah satu aplikasi kami).
- Sembang dan mesej peribadi. Apabila anda berkomunikasi dengan pengguna lain dalam laman sembang awam dan peribadi, kami menyimpan dan memproses mesej anda dan apa-apa maklumat berkaitan. Kami memeriksa pautan untuk memastikan tiada perisian atau kandungan berbahaya dan juga untuk mengesan spam dan imej/teks yang dilarang. Apabila anda menggunakan mesej peribadi untuk berkomunikasi, sila pastikan bahawa penerima juga mempunyai salinan surat-menyurat anda juga. Ini akan berterusan walaupun anda sudah memadam surat-menyurat tersebut dari akaun anda. Penerima boleh menyalin, menyimpan dan berkongsi semula mesej-mesej tersebut. Sentiasa berhati-hati terhadap perkara ini.
Keselamatan maklumat peribadi
Data peribadi kanak-kanak dan sensitif
Tapak pihak ketiga
- Pautan kepada tapak lain. Atas budi bicara kami, kami mungkin menambahkan pautan (pautan laman web) kepada laman web lain dari Laman Web kami. Laman web ini boleh dijalankan oleh pihak ketiga dengan polisi privasi berasingan dan kendiri. Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa aktiviti kandungan atau polisi privasi pada tapak-tapak terpaut ini. Kami mencadangkan anda membaca polisi privasi untuk setiap tapak yang anda lawati.
- Penyelesaian pencartaan dihoskan kami. Beberapa rakan kongsi perniagaan menggunakan penyelesaian pencartaan kami pada laman web mereka sendiri. Tapak seperti itu mungkin memaparkan mesej seperti "Dikuasakan oleh TradingView" atau yang bersamaan. Kami tidak mengawal polisi privasi tapak-tapak ini, sama ada mesej tersebut dipaparkan atau tidak. Sekali lagi, kami mencadangkan anda membaca polisi privasi pada setiap tapak yang anda lawati.
Hak khusus pengguna EEA dan UK
- Mengakses data. Jika diminta, kami akan mengesahkan sama ada kami memproses data peribadi anda ataupun tidak dan jika ada, kami akan memberikan anda salinan data peribadi itu bersama-sama butiran lain yang berkaitan. Jika anda memerlukan salinan tambahan, kami mungkin perlu mengenakan cas yang berpatutan, tetapi ini boleh dibincangkan dan bergantung kepada situasi.
- Penyekatan pemprosesan data peribadi. Anda boleh meminta kami menghalang atau 'menyekat' pemprosesan data peribadi anda dalam beberapa keadaan, sebagai contoh, jika anda meragui ketepatan data atau melarang kami memprosesnya. Kami akan memberitahu anda sebelum kami membuang apa-apa halangan pada pemprosesan. Jika anda berkongsi data peribadi anda dengan yang lain, kami akan memberitahu mereka mengenai sekatan. Jika diminta, dan jika ia dibolehkan dan dalam undang-undang untuk melakukannya, kami juga akan memberitahu anda siapa yang kami kongsikan atau akan berkongsi data peribadi anda supaya anda boleh menghubungi mereka secara terus.
Bantahan. Anda mungkin:
- meminta kami untuk memberhentikan pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa, dan kami akan berbuat demikian. Jika kami bergantung kepada kepentingan sah untuk memproses data peribadi anda, ia sepatutnya tidak menjadi masalah kecuali kami menunjukkan hujah-hujah yang berasas dan sah untuk pemprosesan;
- keberatan untuk meproses data anda bagi tujuan pemasaran secara langsung pada bila-bila masa. Ini dapat dilakukan dengan mengklik butang "berhenti melanggan" di e-mel pemasaran kami; dan
- menolak untuk menerima perkhidmatan pemberitahuan melalui e-mel (sebagai contoh, apabila seorang pengguna yang anda langgani menerbitkan carta, idea, dll.). Ini dapat diubah di dalam Tetapan Pengguna.
- Penarikan balik kebenaran. Jika kami bergantung kepada kebenaran anda untuk memproses data peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik kebenaran itu pada bila-bila masa. Ini tidak akan menjejaskan kesahihan kami memproses data sebelum menerima notis tentang hasrat anda untuk menarik balik kebenaran anda. Kami menekankan bahawa kami secara amnya tidak bergantung kepada kebenaran anda untuk membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda jika ada alasan lain yang sah. Jika kami memerlukan kebenaran anda, kami akan memberitahu anda dengan jelas pada masa itu.
- Melihat dan membetulkan data. Anda mempunyai hak untuk mendapatkan data peribadi yang salah dibetulkan atau disempurnakan jika ia tidak sempurna. Untuk melakukan ini, setiap pengguna boleh melihat, mengurus dan/atau mengemas kini data peribadi mereka dalam Tetapan Profil.
Jika kami kongsikan data peribadi anda dengan pihak lain, kami akan maklumkan sebarang pembetulan yang dibuat bila-bila berkesempatan. Jika diminta, serta munasabah dan bertepatan dengan undang-undang untuk berbuat demikian, kami juga akan maklumkan kepada anda dengan siapa kami kongsikan data peribadi anda supaya anda boleh menghubungi mereka secara terus jika perlu.
Memadamkan data. Anda berhak untuk menolak untuk menggunakan Perkhidmatan kami dan boleh meminta kami memadamkan atau mengeluarkan data peribadi anda dalam keadaan tertentu. Jika kami berkongsi data anda dengan yang lain, kami akan memberitahu mereka mengenai edit di mana yang mungkin. Jika diminta dan apabila dibolehkan dan dalam undang-undang untuk melakukannya, kami juga akan memaklumkan kepada anda siapa yang kami kongsikan data peribadi anda supaya anda boleh menghubungi mereka terus sekiranya diperlukan.
Sila lihat bahagian "Menghapus akaun pengguna" untuk maklumat lanjut.
Pengekalan data. Kami akan menyimpan data peribadi anda (1) sehingga anda memutuskan untuk memadamkan akaun anda (atas permintaan), atau (2) seperti yang dikehendaki undang-undang atau yang perlu untuk tujuan perniagaan sah (cthnya untuk cukai, perundangan, perakaunan, penipuan atau pencegahan penyalahgunaan dan/atau tujuan lain). Data ini boleh disimpan walaupun selepas akaun dipadamkan.
Setelah tempoh penyimpanan yang berlaku tamat, kami akan menghapuskan data peribadi anda dalam keadaan yang teliti bertepatan dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai. Di sesetengah keadaan kami akan memadamkan identiti anda supaya ia tidak lagi berkaitan dengan anda. Dalam kes sebegini, data tersebut tidak lagi dianggap peribadi.
Jika anda bersetuju menerima komunikasi pemasaran, kami akan menyimpan data anda sehingga anda berhenti melanggan, yang dibolehkan melalui butang 'nyahlanggan' pada pengakhiran e-mel pemasaran kami. Kaedah tambahan untuk menyahlanggan mungkin akan ditambahkan di masa hadapan.
- Kemudahalihan data. Anda berhak mendapatkan data peribadi dari kami, yang anda sudah berikan kebenaran kepada kami atau yang sudah dibekalkan kepada kami dalam hubungan dengan kontrak kami bersama anda. Kami akan memberikan data peribadi anda dalam format berstruktur, selalu digunakan dan boleh dibaca mesin. Anda boleh menggunakannya semula di mana-mana yang anda mahukan.
- Kemukakan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data. Jika anda ada kebimbangan mengenai kaedah privasi kami, termasuk cara kami mengendalikan atau menyimpan data peribadi anda, anda boleh melaporkannya kepada mana-mana pihak berkuasa perlindungan data yang kompeten bagi ahli Kesatuan Eropah yang dilantik untuk mendengar kebimbangan anda (anda boleh menemui maklumat hubungan Pihak Berkuasa Perlindungan Data Kesatuan Eropah di sini) atau ke Information Commissioner's Office (ICO), pihak berkuasa penyeliaan UK untuk masalah perlindungan data. Jika anda mahu menggunakan mana-mana hak ini, sila hubungi kami. Sila ambil maklum bahawa kami mungkin perlu meminta maklumat lebih lanjut dari anda untuk mengesahkan identiti anda sebelum kami boleh memberikan respon kepada apa-apa permintaan.
Pemindahan data antarabangsa
Hak khas untuk pengguna di California
- Hak untuk meminta yang kami dedahkan beberapa maklumat kepada anda mengenai pengumpulan dan penggunaan kami tentang maklumat peribadi anda sepanjang 12 bulan lepas. Senarai kategori-kategori mengenai maklumat peribadi dikumpulkan dan didedahkan mengenai pengguna-pengguna adalah disenaraikan di dalam seksyen 'Data peribadi yang kami kumpul' dan senarai kategori-kategori pihak ketiga di mana maklumat peribadi boleh didedahkan adalah disenaraikan di dalam seksyen 'Bila kami berkongsi maklumat peribadi'. Sila hubungi kami untuk melakukan permintaan satu data mudah alih. Selain itu juga, kami tidak menjual maklumat peribadi anda.
- Hak untuk memohon pemadaman maklumat peribadi yang kami telah kumpulkan dari anda. Sila lihat bahagian "Pemadaman akaun pengguna" untuk lebih butiran.
- Hak untuk tidak didiskriminasi mengenai harga dan perkhidmatan semasa anda menggunakan hak anda di bawah CCPA. Kami tidak menawarkan insentif kewangan, perbezaan harga atau perkhidmatan kepada pengguna sebagai pertukaran untuk menjual maklumat peribadi pengguna.
Maklumat untuk dihubungi
TradingView.com, Inc.
470 Olde Worthington Rd., Suite 200
Westerville, OH 43082
TradingView Ltd.
Floor 25. The Shard,
32 London Bridge St,
London SE1 9SG.
日本の個人の場合には、以下の連絡先でもご連絡を受け付けています。
〒105-0003 東京都港区西新橋3-25-31 愛宕山PREX8階
CXRエンジニアリング株式会社内
トレーディングビュー
日本における担当者 成田博之
03-4400-4157