Penunjuk Bill Williams

Bill M Williams merupakan pedagang, pengarang dan pendidik terkenal dengan pengalaman berdagang di beberapa pasaran melebihi 50 tahun. Beliau dikenali kerana pandangannya tentang psikologi perdagangan, teori huru-hara dan aplikasi analisis teknikal. Beliau melihat pasaran sebagai memiliki lima dimensi yang dapat membantu pedagang memahami struktur pasaran dan beliau menghasilkan beberapa indikator popular, termasuk Awesome Oscillator (AO), Alligator Indicator dan juga Market Facilitation Index.

Indikator tersebut membentuk satu bahagian penting dari sistem perdagangan beliau dan indikator-indikator itu terdapat di TradingView, sama ada yang telah siap dibina ataupun indikator dikodkan yang telah diubahsuai oleh komuniti pereka berbakat. Semua indikator tersebut boleh diaplikasikan kepada pelbagai jenis pasaran seperti Forex mahupun pasaran saham.
Tunjuk lebih banyak skrip
1
2
1
2