Gann

Teknik dagangan yang dicipta oleh WD Gann telah dilihat secara meluas sebagai suatu teknik yang inovatif, masih dikaji dan digunakan oleh pedagang pada hari ini. Beliau menggunakan sudut-sudut dan pelbagai pembinaan geometri untuk teknik ini. Sudut Gann membahagikan masa dan harga ke beberapa bahagian yang seimbang dan selalunya digunakan untuk meramalkan di mana kawasan sokongan dan rintangan berada, puncak tertinggi dan terendah utama dan pergerakan harga sekuriti di masa hadapan. Kaedah ini didasarkan pada tanggapan bahawa pasaran akan berputar dari sudut ke sudut dan apabila satu sudut dipecahkan, harga akan bergerak ke arah yang seterusnya. Beberapa sudut akan dikumpulkan bersama untuk membentuk Gann Fan.

Sudut-sudut ini diambil dari bahagian tertinggi dan terendah utama manakala carta akan diskalakan dengan sebaiknya untuk memastikan pasaran mempunyai hubungan persegi. Sudut yang paling penting ialah 1x1 atau sudut 45 °, yang mewakili satu unit harga untuk satu unit masa. Perubahan dalam arah harga dijangka apabila pasaran mencapai unit masa dan harga yang sama, samada naik atau turun. TradingView mempunyai alat lukisan pintar yang dipanggil Gann Fan untuk mengaplikasikan beberapa sudut Gann kepada carta dan beberapa alatan lain seperti Gann Box dan Segi empat Gann tuntuk mengenalpasti secara visual tahap utama di dalam carta.
Tunjuk lebih banyak skrip
1
2
1
2