spark image
Photo: Olena Sergienko / Unsplash

Saham penyiaran TV: Sedang berlangsung

22 simbolTelah dikemas kini
Berjuta-juta saluran dan tiada yang tidak boleh ditonton bukan? Syarikat-syarikat penyiaran TV mencuba yang terbaik untuk berlawan di dalam pasaran TV yang sangat kompetitif ini dan cuba memegang perhatian anda dengan kandungan berkualiti dan cara baru untuk menonton. Telah berlalu hari-hari di mana anda perlu menunggu ke satu masa tertentu untuk menonton tayangan kegemaran anda - sekarang anda boleh menonton sehingga habis episod. Netflix dan rehat, pelbagai skrin dan boleh menonton dalam VR. Tetapi syarikat mana yang akan mendapat tempat utama tontonan dalam portfolio anda?

Simbol-simbol di bawah adalah syarikat-syarikat AS terbesar yang disenaraikan dan terbabit dalam penyiaran langsung dan penstriman. Mereka tidak termasuk firma-firma infrastruktur seperti penyedia satelit tetapi syarikat-syarikat yang berkisar pada pengeluaran media, termasuk juga Amazon dan Apple yang memberikan servis penstriman sebagai satu daripada cabang perniagaan mereka. Ia juga perlu dinyatakan bahawa semua yang tersenarai mempunyai permodalan pasaran lebih daripada 500m. Perhatikan pemain-pemain utama ini, tetapi sentiasa DYOR dan jangan bergantung pada kami.