Saya kehilangan lukisan carta saya
Jika anda tidak dapat mencari lukisan anda dalam susun atur lain, berkemungkinan besar susun atur telah ditindan oleh versi lain dalam susun atur yang sama. Ini adalah kes biasa dan selalunya terjadi apabila anda menggunakan susun atur carta yang sama dalam beberapa tab atau pada beberapa peranti. Ambil maklum bahawa ini boleh terjadi walaupun apabila anda menggunakan simbol-simbol berlainan. Perubahan yang anda laksanakan kepada susun atur carta aktif adalah tidak disegerakkan secara automatik merentasi susun atur carta yang dibuka atau versi berbeza susun atur yang sama.
Berikut adalah senario yang menunjukkan bagaimana lukisan boleh hilangere is a scenario that shows how drawings can be lost.
- Anda telah membuka satu susun atur carta menerusi pautan — ../chart/<id> pada komputer & telefon pintar anda serentak.
- Anda telah melukis beberapa garis trend pada carta untuk simbol ticker NYSE:IBM dan menyimpan susun atur.
- Anda kemudiannya bercadangn mencari simbol ticker FX:EURUSD dan menukar kepadanya semasa menggunakan susun atur carta yang sama.
- Selepas itu, anda sama ada menyimpan susun atur carta anda secara manual pada telefon pintar anda atau tindakan simpanan automatik dicetuskan.
Jika anda sekarang bercadang menyegarkan halaman susun atur carta anda, anda tidak dapat mencari garis trend yang anda lukis sebelum ini, kerana susun atur carta anda sudah ditindih sebaik sahaja ia disimpan pada telefon pintar anda.
Berikut adalah apa yang kami syorkan untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi di masa akan datang:
- Jangan bekerja dengan susun atur carta yang sama pada beberapa peranti atau beberapa tab pelayar serentak.
- Jangan segarkan halaman susun atur carta (memulakan semula aplikasi mudah alih) apabila anda meneruskan bekerja pada beberapa peranti berbeza atau tab pelayar berbeza.
- Tutup tindakan simpan automatik dalam menu susun atur carta.