Bagaimanakah untuk menambahkan penunjuk atau strategi kepada penunjuk yang lain?

Anda boleh menambahkan penunjuk ( seperti Moving Average) atau strategi bukan sahaja kepada data harga, tetapi juga kepada penunjuk yang lain. Ini boleh membantu analisis teknikal anda dan juga membuka lebih banyak peluang untuk berdagang.

Terdapat tiga cara untuk melakukannya:

1. Klik butang “Lebih” (tiga titik mendatar) di sebelah tajuk penunjuk yang anda ingin menggunakan sebagai input luaran, pilih “Tambah Penunjuk/Strategi di…” dan pilih penunjuk atau strategi yang akan menggunakan penunjuk pertama sebagai input.

2. Klik kanan pada plot penunjuk. Kemudian pilih “Tambah Penunjuk/Strategi di…”

3. Tambahkan input luaran daripada tab “Tetapan/Input” skrip. Untuk berbuat demikian, anda perlu pastikan kedua-dua skrip telah dimuatkan kepada carta anda. Klik pada “Tetapan” di sebelah tajuk penunjuk atau strategi tersebut di mana anda ingin menyambung kepada input luaran. Kemudian, dari tab “Input”, klik pada menu ke bawah sumber dan pilih sebuah plot daripada penunjuk lain yang anda ingin menggunakan sebagai input luaran.

Sumber digunakan sebagai input luaran hendaklah berasal dari penunjuk, bukannya strategi.

 

Harap maklum bahawa bukan semua penunjuk boleh dikira berdasarkan penunjuk yang lain kerana limitasi teknikal.