Pengiraan detik tidak dipaparkan di atas carta
Jika pengiraan detik kepada bar penutup tidak dipaparkan pada carta anda, ia mungkin disebabkan oleh sebab-sebab ini:
- Pengiraan detik tidak diaktifkan. Sila buat klik kanan pada Skala Harga dan pastikan Pengiraan Detik Kepada Bar Penutup diaktifkan.
- Satu daripada jenis-jenis carta yang tidak mempunyai selang masa tetap telah dipilih: Renko, Kagi, PnF, Garisan Putus-putus atau Julat. Pengiraan detik tidak dapat dipaparkan untuk jenis-jenis carta tersebut.
- Simbol dengan data tertunda adalah dipilih di atas carta. Jika sebagai contoh, anda telah mempunyai satu simbol dengan data tertunda 15 minit, pengiraan detik hanya akan dipaparkan untuk selang masa lebih dari 15 minit. Anda boleh memeriksa mod kemaskini data untuk simbol terkini pada bucu atas kanan carta — jika data adalah tertunda, anda akan dapat melihat tanda Delayed (D).
- Simbol yang dipilih pada carta adalah tidak didagangkan pada masa ini. Pada masa tiada dagangan pada carta intraharian, tiada bar menunggu untuk tutup, dimana kenapa pengiraan detik tidak dipaparkan.
- Jam komputer adalah samada terlalu laju atau terlalu lambat. Untuk mendapatkan carta berfungsi dengan baik, kami mencadangkan anda mensegerakkan masa pada komputer anda dengan masa pelayan NTP.