Carta Renko menunjukkan nilai yang salah dan/atau sentiasa berada di dalam keadaan sedang dikira

Bagaimanakah bata-bata Renko dikira?

Pada bar-bar sejarah:

TradingView dan pembekal data tidak boleh mengadakan kesemua sejarah tick data yang diperlukan untuk mengira bata-bata Renko dengan ketepatan maksimum tersedia, jadi, kompromi hendaklah dilakukan, sama seperti platform-platform dagangan lain. Pengiraan bata-bata Renko kami pada bar-bar sejarah adalah mengikut peraturan-peraturan ini:

a) Rangka masa carta menentukan had perincian terbaik digunakan untuk mengira bata-bata Renko. Sebagai contoh, jika carta Renko anda menggunakan rangka masa 30 minit, bata-bata Renko akan menggunakan penutup atau OHLC untuk bar 30 minit untuk mengira saiz kotak. Semakin kecil rangka masa, semakin tepat pengiraan akan dilakukan.

Ini adalah contoh dua carta Renko dengan parameter-parameter Renko yang sama (Traditisi, 3), tetapi menggunakan rangka masa berbeza: 1 minit dan 1 hari. Seperti yang anda boleh lihat, carta 1 minit menunjukkan bata-bata yang lebih terperinci daripada carta 1 hari:

b) Semakin kecil rangka masa digunakan pada carta, semakin kurang data sejarah akan tersedia. Untuk memberikan lebih ketelitian untuk carta-carta sejarah Renko, apabila tiada data sejarah tersedia pada rangka masa carta terkini, informasi rangka masa lebih besar digunakan untuk mengira bata-bata Renko sehinggalah bilangan maksimum bata-bata yang dibenarkan pada satu carta dicapai.

Pilihan untuk rangka masa yang lebih tinggi adalah seperti berikut:

Rangka masa pada carta Renko

Rangka masa tertinggi digunakan untuk sejarah lebih dalam

< 1

60

< 60

240

< 240

1D

Sempadan di antara rangka masa lebih tinggi dan lebih rendah yang digunakan di dalam pengiraan adalah tidak statik; ia akan digerakkan ke masa depan dalam masa ke semasa, yang boleh menyebabkan bata-bata akan dikira semula.

c) Sumbu Renko mewakli pergerakan harga, melewati aras-aras bata-bata Renko. Secara spesifiknya, apabila pergerakan tidak cukup besar untuk mencipta satu bata baru. Ingat semula bahawa hanya penutup rangka masa bar carta aalah digunakan di dalam pengiraan Renko, jadi pergerakan harga pada masa bar itu akan dibuang. Sumbu-sumbu mewakili informasi yang dibuang.

Pada bar masa nyata:

Semasa bar masa nyata, bar unjuran adalah dibina menggunakan informasi harga yang masuk. Bar-bar unjuran akan hanya  menjadi “benar” bata-bata Renko ditutup apabila rangka masa carta menutup. Jadi, ia akan dikira semula sehingga perkara itu terjadi.

Ujian semula pada carta-carta Renko:

Sila ambil perhatian bahawa harga-harga bata-bata Renko, adalah sintetik kerana sifatnya, mereka tidak mewakili harga-harga pasaran pada mana-mana masa yang tepat di dalam masa, seperti mana bar normal selalunya berlaku. Pada masa bata-bata Renko boleh memberikan penerangan berguna mengenai aktiviti harga di dalam dagangan mengikut budi bicara, menggunakan mereka untuk ujian semula, di mana pemenuhan pesanan hendaklah mengikut harga pasaran sebenar pada satu masa tertentu, ia adalah tidak digalakkan. Pesanan ujian semula diisikan pada harga carta Renko akan akhirnya menjadi tidak tepat. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai subjek ini di sini.