Average True Range (ATR)

Definisi

Average True Range (ATR) ialah alat yang digunakan dalam analisis teknikal untuk mengukur naik turunnya pasaran. Tidak seperti kebanyakan petunjuk yang lain, ATR tidak digunakan untuk menunjukkan arah harga. Sebaliknya, ia adalah satu metrik yang digunakan semata-mata untuk mengukur naik turun, terutamanya yang disebabkan oleh jurang harga atau pergerakan had.

Sejarah

J. Welles Wilder mencipta ATR dan menerbitkannya dalam buku New Concepts in Technical Trading Systems. Buku ini diterbitkan pada tahun 1978 dan juga memaparkan beberapa petunjuk klasik seperti "The Relative Strength Index", "Average Directional Index" dan "Parabolic SAR". Seperti yang diterangkan sebelum ini, ATR masih digunakan secara meluas dan sangat penting dalam dunia analisis teknikal.

Pengiraan

Untuk mengira ATR, julat sebenar (True Range) pertama perlu dicari. True Range mengambil kira jangka masa tinggi / rendah dan jangka masa terkini serta tempoh sebelumnya jika perlu. Terdapat tiga pengiraan yang perlu diselesaikan dan dibandingkan antara satu sama lain. True Range adalah yang terbesar dari yang berikut:

The Current Period High minus (-) Current Period Low The Absolute Value (abs) of the Current Period High minus (-) The Previous Period Close The Absolute Value (abs) of the Current Period Low minus (-) The Previous Period Close
true range = max[(high - low), abs(high - previous close), abs (low - previous close)]

* Nilai Mutlak digunakan kerana ATR hanya mengukur turun naik dan tidak mengukur arah harga. Maka. tidak boleh ada nombor negatif. * Setelah anda dapat menentukan nilai True Range, Purata True Range dapat akan dapat dikira. Secara am pada TradingView, ATR adalah Relative Moving Average (RMA) dari True Range, tetapi jenis 'smoothing' dapat diubah menjadi SMA, EMA atau WMA dalam tetapannya.

Asasnya

Purata Julat Benar adalah garisan terus dimana ia biasanya berada di bawah tetingkap carta harga utama. Cara untuk mentafsirkan Purata Julat Benar ialah semakin tinggi nilai ATR, maka semakin tinggi tahap turun naik.

● Tempoh melihat semula untuk menggunakan ATR adalah mengikut tetapan oleh peniaga namun 14 hari adalah yang paling biasa.

● ATR boleh digunakan dengan jangka waktu yang berbeza-beza (harian, mingguan, dalam sehari dll) namun harian adalah tempoh yang biasa digunakan.

 

Apa yang perlu dicari

Mengukur Kekuatan Pergerakan

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, ATR tidak mengambil kira arah harga, oleh itu ia tidak digunakan sebagai petunjuk untuk menentukan pergerakan pada masa hadapan. Sebaliknya, ia sangat berguna dalam mengukur kekuatan pergerakan. Contohnya, jika harga sesuatu sekuriti membuat pergerakan atau pembalikan, sama ada menaik atau menurun, biasanya akan terdapat peningkatan dalam turun naik. Maka, ATR akan terus meningkat. Ini boleh digunakan sebagai cara untuk mengukur kekuatan pergerakan. Semakin besar naik turun dalam pergerakan, semakin banyak tekanan yang wujud untuk menguatkan pergerakan itu.

 

Sebaliknya, dalam tempoh pergerakan mendatar, turun naik selalunya akan rendah. Ini dapat membantu dalam menentukan julat perdagangan.

Apple (AAPL) has a price over $450 and an ATR over 12.

Menggunakan Nilai Mutlak

Menggunakan Nilai Mutlak

Fakta bahawa ATR dikira menggunakan perbezaan pada nilai mutlak harga adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Ini adalah relevan kerana ianya bermaksud yang sekuriti dengan nilai harga yang lebih tinggi akan mempunyai nilai ATR yang lebih tinggi secara semula jadi. Begitu juga sekiranya sekuriti dengan nilai harga yang lebih rendah akan mempunyai nilai ATR yang lebih rendah juga. Justeru, para peniaga tidak dapat membandingkan Nilai ATR pelbagai sekuriti. Apa yang dianggap sebagai Nilai ATR tinggi atau Julat ATR tinggi pada sesuatu sekuriti mungkin tidak sama dengan sekuriti yang0 lain. Maka para peniaga harus mengkaji dan meneliti kerelevanan ATR untuk setiap sekuriti ketika melakukan analisis carta.

Membandingkan carta di bawah

Apple (AAPL) mempunyai harga lebih dari $450 dan nilai ATR lebih dari 12.

Ford (F) mempunyai harga lebih dari $17 dan nilai ATR yang kurang dari 1.

Ringkasan

ATR adalah alatan analisis carta yang sesuai untuk mengawasi naik turun harga. Ini kerana ianya adalah pemboleh ubah yang penting dalam membuat analisis untuk melabur. Ianya juga adalah pilihan yang baik ketika mengukur kekuatan keseluruhan pergerakan atau untuk menentukan julat dalam perdagangan. Disamping itu, ini juga adalah petunjuk yang baik ketika digunakan sebagai alternatif kepada petunjuk harga yang lain. Sebaik sahaja langkah telah dimulakan, ATR dapat menambahkan tahap kebarangkalian dalam sistem perdagangan kita

Input

Kepanjangan

Tempoh masa yang akan digunakan dalam mengira Average True Range. Nilai 14 hari adalah nilai am.

Gaya

ATR

Boleh menukar keterlihatan garis ATR serta keterlihatan garis harga yang menunjukkan nilai semasa sebenar Garis ATR. Boleh juga memilih warna, ketebalan garis dan jenis visual garisan ATR (garisan adalah am).

Precision Ketepatan

Tetapkan bilangan tempat perpuluhan yang diperlukan pada nilai penunjuk sebelum membundarkannya. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan yang akan berada pada nilai penunjuk.