Perdagangan Kertas - kefungsian utama


Perdagangan kertas, juga dikenal sebagai perdagangan simulasi, untuk memberi peluang anda berdagang dengan wang "palsu" dan berlatih membeli dan menjual sekuriti. Semuanya pada dasarnya sama seperti jika anda berniaga dengan wang sebenar, kecuali anda boleh menggunakannya untuk berdagang tanpa risiko. Sistem kami mengesan pesanan anda dan anda dapat melihat berapa Untung atau Rugi (PnL) yang ada pada akaun anda. Ini membantu anda mengukur sejauh mana prestasi anda ketika berniaga!

Anda boleh memulakan dengan log masuk untuk menggunakan Perdagangan Kertas. Pada awal, baki akaun anda bermula pada $100,000, yang dapat anda tetapkan semula pada bila-bila masa.

Carta dilengkapi dengan butang "beli / jual" yang membolehkan anda memasukkan pesanan dengan cepat. Anda boleh membeli sebarang aset yang benar-benar diperdagangkan.

Anda boleh menyembunyikan butang "beli / jual" dengan mengklik kanan dan menyahaktifkannya. Butang tersembunyi dapat ditunjukkan semula dengan pergi ke Tetapan Carta dan memilih tab Perdagangan.

Cara lain untuk memasukkan pesanan adalah dengan klik kanan pada carta pada harga yang diinginkan. Pesanan kemudian dapat diubah dengan menyeretnya ke atas atau ke bawah.

Tetapan carta membolehkan anda mengkonfigurasi bagaimana pesanan dan kedudukan ditunjukkan (anak panah penempatan pesanan, garis, dll.).

Panel Dagangan berada di bahagian bawah carta. Ia mempunyai senarai kedudukan dan pesanan terbuka.


Setelah memuatkan semula carta, pesanan yang diisi, dibatalkan dan ditolak secara automatik akan dihapus.

Mengedit / menutup / membatalkan pesanan boleh dilakukan secara langsung dari carta.

Atau di Panel Pedagangan


dan


Anda boleh menetapkan semula akaun anda pada bila-bila masa. Setelah diset semula, semua sejarah pesanan dan baki akan dikembalikan ke nilai pada awalnya. Anda boleh menetapkan semula akaun anda di Tetapan Akaun.


Sertai The Leap — pertandingan dagangan kertas TradingView

Apabila anda belajar bagaimana dagangan kertas berfungsi dan merasa bersedia untuk menguji kemahiran anda, sertai The Leap — pertandingan dagangan maya 30 hari kami. Di sini, anda akan bersaing dengan pedagang-pedagang lain dari seluruh dunia untuk mencari strategi dagangan manakah yang lebih diperhalusi dan berkesan.

Tiada deposit awal, yuran broker atau caj tersembunyi, dan tiada wang sebenar digunakan semasa pertandingan. Walaupun The Leap adalah dalam bentuk virual, hadiah wang tunai adalah realiti. Ambil peluang menjadi salah seorang dari pemenang kami dalam halaman rasmi pertandingan. Anda juga boleh mengetahui lebih peraturan di sini.