Chaikin Money Flow (CMF)

Definisi

Chaikin Money Flow (CMF) adalah penunjuk analisis teknikal yang digunakan untuk mengukur Money Flow Volume pada satu tempoh masa yang ditetapkan. Money Flow Volume (satu konsep yang juga dicipta oleh Marc Chaikin) adalah satu metrik yang digunakan untuk menilai tekanan jual beli sekuriti untuk sesuatu tempoh tunggal. CMF kemudian akan menjumlahkan Money Flow Volume untuk jangka masa kebelakang (look-back period) yang ditentukan pengguna. Apa-apa tetapan masa kebelakang boleh digunakan namun tetapan yang paling popular adalah 20 atau 21 hari. Chaikin Money Flow berubah-ubah antara 1 hingga -1. CMF dapat digunakan sebagai cara untuk mengukur perubahan tekanan jual beli dengan lebih baik dan dapat membantu untuk meramal perubahan di masa depan dan juga peluang perdagangan.

Sejarah

Chaikin Money Flow dicipta oleh penganalisis saham terkenal Marc Chaikin. Chaikin Money Flow adalah berkait rapat dengan dua petunjuk terkenal Chaikin iaitu the Chaikin Oscillator dan Accumulation/Distribution. 

Pengiraan

Pengiraan untuk Chaikin Money Flow (CMF) mempunyai tiga langkah berbeza (untuk contoh ini kita akan menggunakan Period 21 CMF):

1. Cari Pengganda Aliran Wang (Money Flow Multiplier)

[(Close  -  Low) - (High - Close)] /(High - Low) = Money Flow Multiplier

2. Kira Volum Aliran Wang Money Flow Volume 

Money Flow Multiplier x Volume for the Period = Money Flow Volume

3. Kira CMF

21 Period Sum of Money Flow Volume / 21 Period Sum of Volume = 21 Period CMF

Asas

Chaikin percaya bahawa tekanan untuk jual dan beli dapat ditentukan dengan di mana tempoh tutup terhadap julat tinggi/rendah. Sekiranya tempoh menutup pada bahagian atas julat, maka tekanan beli adalah lebih tinggi dan jika tempoh tutup adalah pada bahagian bawah julat, maka tekanan jual adalah lebih tinggi. Inilah yang Money Flow Multiplier mahu lakukan (langkah 1 dalam pengiraan di atas). Money Flow Multiplier adalah yang menentukan Money Flow Volume dan akhirnya Chaikin Money Flow (CMF).

Nilai Chaikin Money Flow berubah-ubah antara nilai 1 hingga -1. Tafsiran asasnya adalah:

● Apabila CMF mendekati 1, tekanan beli lebih tinggi.

● Apabila CMF mendekati -1, tekanan jual lebih tinggi.

Apa yang perlu diperhatikan

Pengesahan Arah Aliran (Trend Confirmation)

Tekanan Beli dan Jual boleh menjadi kaedah yang baik untuk mengesahkan arah aliran yang terjadi.  Ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pedagang bahawa  arah aliran (trend) semasa mempunyai kecenderungan untuk berterusan.

Semasa satu Arah Aliran Bulis, Tekanan Belian berterusan (nilai Chaikin Money Flow di atas 0) dapat menunjukkan bahawa harga akan terus meningkat.

Semasa satu Arah Aliran Bearis, Tekanan Jualan berterusan (nilai Chaikin Money Flow di bawah 0) dapat menunjukkan bahawa harga akan terus jatuh.

Silang (Crosses)

Apabila Chaikin Money Flow  melintasi Garisan Sifar (Zero Line), ini dapat menjadi petunjuk bahawa terdapat perubahan arah aliran akan berlaku.

Silang Bulis terjadi ketika Chaikin Money Flow melintasi dari bawah Garisan Sifar ke atas Garisan Sifar. Harga kemudian semakin menaik.

Silang Bearis berlaku ketika Chaikin Money Flow melintasi dari atas Garisan Sifar ke bawah Garisan Sifar. Harga kemudian jatuh.

Harus diingat bahawa silang pendek dapat menghasilkan isyarat palsu. Cara terbaik untuk mengelakkan isyarat palsu ini adalah dengan memeriksa prestasi masa lalu untuk sekuriti tertentu yang sedang dianalisis dan menyesuaikannya. Sebagai contoh, selain silangan Garisan Sifar, seorang penganalisa teknikal boleh menggunakan dua garisan berasingan seperti .05 dan -.05.

Ketidakpercayaan (Unreliability)

Chaikin Money Flow memang mempunyai kekurangan dalam pengiraannya. Kekurangannya adalah Money Flow Multiplier, yang berperanan untuk menentukan Money Flow Volume dan disebabkan itu nilai-nilai Chaikin Money Flow tidak mengambilkira perubahan julat perdagangan antara tempoh masa. Ini bermaksud bahawa jika ada jurang dalam harga, ia tidak akan diambilkira dan disebabkan itu Chaikin Money Flow dan harga akan menjadi tidak selaras.

Kesimpulan

Chaikin Money Flow adalah satu penunjuk yang bagus dalam memberikan gambaran lain untuk analisis teknikal mengenai teori Chaikin tentang tekanan jual beli. Ia tidak semestinya digunakan dengan sendirinya sebagai penunjuk isyarat yang berdiri sendiri. CMF berfungsi dengan baik apabila bersama-sama dengan penunjuk tambahan, terutamanya penunjuk-penunjuk lain yang juga dihasilkan oleh Chaikin; Accumulation/Distribution (ADL) dan The Chaikin Oscillator.

 Input

Panjang (Length)

Tempoh masa yang akan digunakan dalam mengira Chaikin Money Flow. 

Gaya

MF

Boleh togol kebolehlihatan Garisan Money Flow serta kebolehlihatan garisan harga yang menunjukkan nilai semasa Money Flow sebenar. Boleh juga memilih warna, ketebalan garisan dan jenis visual Garisan Money Flow (Garisan adalah lalai).

Sifar (Zero)

Boleh togol kebolehlihatan Garisan Sifar. Juga boleh memilih nilai, warna, ketebalan garis dan jenis visual Garisan Sifar (Sengkang adalah lalai).

Ketepatan (Precision)

Menetapkan bilangan tempat perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum membundarkan. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan yang akan berada pada nilai penunjuk.